Saturday 15 March 2014

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 10 2014

SKAG telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 9 untuk tahun 2014. Majlis telah bermula  pada 8.30 pg dan berakhir pada 12.00 tengahari. Majlis yang dirasmikan oleh YB Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan (Adun Batang Kali) telah dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Ikram Bin Ismail, kemudian diteruskan dengan ucapan ringkas dari YDP PIBG 2012,En Radzuan Bin Jaafar , ucapan dari En Zulhisham Bin Nasir ( Guru Besar SKAG )  mewakili pihak pentadbir SKAG dan ucapan perasmian oleh YB Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan (Adun Batang Kali). Majlis telah berlansung dengan lancar seperti dirancang. Majlis juga diselitkan dengan persembahan koir oleh murid tahun 4 SKAG dan juga kumpulan Qasidah SKAG yang diketuai oleh adik Akhyar Aiman. Seterusnya acara penganugerahan istimewa kepada murid cemerlang UPSR 2013 yang mendapat 5A dan 4A 1B.  Majlis diteruskan lagi dengan pembubaran AJK PIBG 2013 dan perlantikan AJK PIBG 2014 yang baru. Tahniah kepada ahli AJK PIBG 2014 yang baru dilantik. Di harapkan, PIBG akan terus cemerlang pada sesi kali ini. Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada YB Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan (Adun Batang Kali)  kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri dan merasmikan Mesyuarat PIBG Kali-10 (2014) dan juga ibu bapa yang turut hadir dan memberikan kerjasama pada mesyuarat kali ini. Terima Kasih. Terima Kasih.  Terima Kasih.        



Wednesday 12 March 2014

SAMBUTAN HARI LAHIR MURID ( BULAN FEBUARI )

Sambutan Hari Lahir murid yang lahir pada bulan Febuari telah diadakan bagi meraikan murid yang lahir pada bulan tersebut. Antara aktiviti yang diadakan ialah nyanyian lagu hari lahir dan penyampaian kad ucapan.


                             Nyanyian Lagu Hari Lahir oleh semua murid.


                
                     Murid-murid yang meraikan hari lahir bagi bulan Febuari

SELAMAT HARI LAHIR... Cikgu doakan semoga panjang umur dan murah rezeki...Amin...

SAMBUTAN HARI LAHIR MURID ( BULAN JANUARI )

Sambutan Hari Lahir murid yang lahir pada bulan Januari telah diadakan bagi menghargai murid bertepatan dengan Amalan Guru Penyayang yang diterapkan di sekolah. Antara aturcara yang diadakan ialah nyanyian lagu hari lahir dan penyampaian kad hari lahir oleh murid  Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) kepada murid-murid yang dirai.




             Murid-murid yang menyambut hari lahir pada bulan Januari


SELAMAT HARI LAHIR ... Cikgu doakan semoga panjang umur dan murah rezeki. Amin...

Thursday 6 March 2014

KUIZ UJI MINDA MATEMATIK BULAN FEBUARI

Pada bulan Febuari Panitia Matematik SKAG telah mengadakan kuiz uji minda. Antara Objektif  kuiz ini diadakan ialah untuk menguji murid menyelesaikan soalan matematik yang melibatkan penyelesaian masalah. Pemenang kuiz ini bagi bulan febuari ialah:

Tahap 1 : Nurul Iman Binti Muhammad Zaki ( 2 Bijak )



Tahap 2 : Nur Marini Binti Noor Izzuddin ( 6 Pintar )



Tahniah kepada pemenang...

Monday 3 March 2014

Program Gotong Royong Anjuran PIBG SKAG

 AJK PIBG SKAG bersama-sama guru telah menganjurkan satu program gotong royong di SKAG. Program kali ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pihak sekolah,guru dan ibubapa. Bukan sahaja program kali ini dapat menyerikan dan membersihkan kawasan sekolah,malah ia telah menambah dan mengeratkan lagi hubungan antara guru dan ibu bapa. Tahniah PIBG,tahniah pihak pentadbir, tahniah guru-guru SKAG dan tahniah kepada ibubapa yang turut hadir memberikan sumbangan yang tidak ternilai harganya..TERIMA KASIH SEMUA.....
Murid dan En Abd Hadi sedang mengindahkan taman herba SKAG

En Suhaimi sedang menanam pokok bunga di dataran terbuka.

En Khairul Anuar (PK KO SKAG) bersama-sama ibubapa sedang membersihkan kawasan kantin SKAG

Bapa-bapa yang hadir sedang menikmati sarapan yang disediakan