Sukantara dan Sukaneka
Sukantara diadakan selama 2 hari, Jumaat (29
Jun) & Isnin (2 Julai). Diadakan untuk murid Tahap 2, di mana setiap murid
perlu mencapai had yang ditetapkan untuk mengutip mata bagi rumah sukan
masing-masing. Hakim bagi setiap acara terdiri oleh guru-guru rumah sukan yang
berbeza supaya segalanya berjalan dengan adil & saksama. Diharap semua
murid dapat melakukan yang terbaik untuk membantu rumah sukan masing-masing. Sukaneka juga telah diadakan bagi murid-murid tahap satu.
No comments:
Post a Comment