Sunday, 29 April 2012
Program Susu Sekolah 1 Malaysia
Program Susu 1Malaysia (S1M).
Program ini telah dijalankan beberapa kali dalam seminggu .Semua murid yang telah diberi persetujuan oleh ibu bapa dikumpulkan selepas waktu rehat untuk diberikan susu untuk diminum dan tidak dibenarkan dibawa pulang. Tanpa surat persetujuan ibu bapa, pihak sekolah tidak akan memberi murid susu tersebut. Ini adalah untuk mengelakan dari timbul sebarang masalah jika berlaku. Berikut adalah jadual pengagihan untuk bulan April dan Mei
T. Terima Pengagihan 1 Pengagihan 2 Pengagihan 3
09/4/2011 10/4/2012, 12/4/2012
17/4/2012 18/4/2011 20/4/2012
24/4/2012 25/4/2012 26/4/2012 27/4/2012
02/5/2012 03/5/2012 04/5/2012
Monday, 23 April 2012
Kejohanan Sukan Prasekolah
Kejohanan Sukan Prasekolah SK Antara Gapi telah berlangsung pada 21 April 2012 di padang SK Antara Gapi. Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Pn Sarina bt Shaari, Penyelia Sukan PPD Hulu Selangor. Walaupun keadaan padang agak basah kerana hujan acara tetap berjalan dengan meriah dan turut disertai oleh ibu bapa, murid-murid prasekolah sekolah-sekolah jemputan dan Guru Besar SK Batang Kali sebagai tetamu jemputan. Tahniah kepada para pemenang. Terima kasih diucapkan kepada para guru dan ibu bapa yang turut membantu dalam menjayakan kejohanan ini.
Monday, 16 April 2012
Minggu Program Pencegahan Dadah
Antara aktiviti yang diadakan sepanjang minggu ini ialah :
i) Pameran Anti Dadah daripada AADK cawangan Hulu Selangor
ii) Ceramah Antidadah AADK cawangan Hulu Selangor
iii) Pertandingan mewarna untuk tahap 1 iaitu tahun 1,2 3 dan prasekolah
iv) Kuiz antidadah untuk tahap dua iaitu tahun 4,5 dan 6
v) Teka silangkata tahap dua iaitu tahun 4,5 dan 6
vi) Pertandingan melukis poster antidadah tahap dua iaitu tahun 4,5 dan 6
vii) Pertandingan mendeklamasikan sajak antidadah tahap dua iaitu tahun 4,5 dan 6 ( diadakan di bilik PPSMI )
viii) Kuiz disiplin dan peraturan sekolah
Minggu Anti Dadah ini telah dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat seperti ini akan terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi kesedaran untuk mencegah dan menghapuskan dadah. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada murid-murid khususnya.
Thursday, 12 April 2012
Majlis Pelancaran Guru Penyayang
Majlis Pelancaran
Program Guru Penyayang telah dijalankan pada hari Isnin 02 April di dewan
sekolah dan telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SKAG En Zulhisham Nasir Objektif
Guru Penyayang ialah menjiwai amalan
penyayang adalah budaya guru, Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan
rahmat kepada sekolah, Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah
dan menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada
sekolah.
Program Guru Penyayang ini hendaklah berterusan serta merupakan budaya
guru. Ia akan dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek dan jangka panjang
secara berfasa. Bagi fasa pertama
pelaksanaannya, guru-guru hendaklah melaksanakan tiga aktiviti berikut;
1.
Mengalu-alukan kehadiran murid
2.
Pelaksanaan Program Mentor Mentee
3.
Memberi penghargaan kepada murid
Wednesday, 11 April 2012
Peringatan Mesra Pendaftaran Murid Tahun 1 2013/2014
Permohonan kemasukan Murid Thn1 telah dibuka kepada orang ramai mulai 1 mac 2012 hingga 30 April 2012 melalui pautan http://apps.moe.gov.my/esppsel/. Selepas tarikh tersebut, permohonan akan ditandakan sebagai permohonan lewat.
Oleh itu ibu bapa yang mempunyai anak yang lahir pada tarikh yang dinyatakan dibawah boleh membuat pendaftaran melalui Aplikasi Atas Talian (eSPPSel).
Ibu bapa/ penjaga boleh melakukannya sendiri melalui mana-mana komputer yang ada capaian internet atau mendapatkan bantuan daripada pihak sekolah jika tiada kemudahan tersebut.
Permohonan kanak-kanak (warganegara Malaysia sahaja) kemasukan ke tahun 1 untuk sesi persekolahan 2013 & 2014 sahaja. Tarikh kelahiran:
•02.01.2006 hingga 01.01.2007 (untuk sesi persekolahan 2013)
•02.01.2007 hingga 01.01.2008 (untuk sesi persekolahan 2014)
Oleh itu ibu bapa yang mempunyai anak yang lahir pada tarikh yang dinyatakan dibawah boleh membuat pendaftaran melalui Aplikasi Atas Talian (eSPPSel).
Ibu bapa/ penjaga boleh melakukannya sendiri melalui mana-mana komputer yang ada capaian internet atau mendapatkan bantuan daripada pihak sekolah jika tiada kemudahan tersebut.
Permohonan kanak-kanak (warganegara Malaysia sahaja) kemasukan ke tahun 1 untuk sesi persekolahan 2013 & 2014 sahaja. Tarikh kelahiran:
•02.01.2006 hingga 01.01.2007 (untuk sesi persekolahan 2013)
•02.01.2007 hingga 01.01.2008 (untuk sesi persekolahan 2014)
Thursday, 5 April 2012
AKTIVITI LINUS
UJIAN SARINGAN KHAS TAHUN 3 KOHORT 1 TELAH DIJALANKAN PADA 2HB APRIL 2012. LITERASI JAM 11-11.30 PAGI DAN NUMERASI PADA JAM 11.45-12.15. UJIAN BERTULIS BAGI TAHUN 1 DAN 2 SEDANG BERLANSUNG BERMULA 2HB APRIL SEHINGGA 6HB APRIL 2012.
Subscribe to:
Posts (Atom)