Hari ini 30 hb Mei merupakan hari ke 3 murid-murid tahun 6 berbengkel. Hari ini adalah untuk matapelajaran matematik. Penceramah jemputan adalah En Hassan bin Basri dari PPD Hulu Selangor.
Thursday, 31 May 2012
Tuesday, 29 May 2012
Bengkel teknik menjawab soalan hari ke 2
Monday, 28 May 2012
Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR
Pada pagi ini bengkel teknik menjawab soalan untuk Bahasa Malaysia telah dijalankan.Penceramah jemputan yang menyampaikan ceramah adalah cikgu Abdul Rahman bin Abdullah dari SK Gedangsa. Semua murid Tahun 6 menyertai bengkel ini. Makanan dan minuman juga disediakan oleh pihak sekolah.
Sunday, 27 May 2012
Selamat Bercuti
Selamat
bercuti diucapkan kepada semua murid dan
guru sempena cuti penggal pertama yang bermula pada 26/5/12 hingga 10/6/12. Kepada
semua murid manfaatkan waktu cuti
persekolahan dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah. Buatlah ulangkaji
pelajaran dan siapkanlah segala kerja rumah yang telah dibekalkan oleh guru.
Kepada pelajar tahun 6, Bengkel Teknik Menjawab
Soalan UPSR akan dijalankan mulai hari Isnin 28/5/12 hingga Khamis 31/5/12 . Sila
rujuk surat pemberitahuan yang telah diedarkan.
HARI
& TARIKH
|
8.30
PG-10.00 PG
|
10.00
PG-10.30 PG
|
10.30PG-12.00PG
|
Isnin
28/05/2012
|
Bahasa
Malaysia Kertas 1
|
Rehat
|
Bahasa
Malaysia Kertas 2
|
Selasa
29/05/2012
|
Sains
Bahagian A
|
Rehat
|
Sains
Bahagian B
|
Rabu
30/05/2012
|
Matematik
Kertas 1
|
Rehat
|
Matematik
Kertas B
|
Khamis
31/05/2012
|
Bahasa
Inggeris Kertas 1
|
Rehat
|
Bahasa
Inggeris Kertas 2
|
Wednesday, 23 May 2012
Lawatan Ziarah Kasih Sempena Hari Guru oleh PPD Hulu Selangor
Pada hari ini
satu rombongan dari PPDHS yang diketuai oleh Timbalan PPD Tuan Jamaluddin Abdul
Kadir telah datang ke SKAG untuk menziarahi salah seorang guru sekolah ini
iaitu Tn Hj Samsuddin yang telah “Pool” iaitu jawatan dalam kumpulan kerana sakit dan tidak boleh melihat lagi.
Pegawai-pegawai lain yang turut serta ialah Tuan Hj Ruslan Che Mee , Tuan Hj Mohd Zawawi
dan Pn Hjh Hamidah Bt Abdul Samad. Mereka sempat berbual mesra dan menyampaikan
sedikit cenderahati kepada Tn Hj Samsudin.
Berbual
mesra dan bertanya khabar
Tuan Timbalan PPD menyampaikan
cenderahati kepada Tn Hj Samsuddin
Tuesday, 22 May 2012
Ceramah Motivasi
Pada pagi ini satu ceramah motivasi telah di adakan
di dewan terbuka SKAG. Sasaran program
tersebut adalah kepada murid-murid tahun 5 dan 6. Program tersebut telah uruskan
oleh unit bimbingan dan kaunseling dan dianjurkan oleh Dr Shahabuddin Al
Ustaz Mun dari Pusat Motivasi Elit, Kelang. Di antara pengisian ceramah tersebut adalah
rahsia bagaimana menjadi pelajar cemerlang.
Thursday, 17 May 2012
Majlis Jamuan SKAG Sempena Hari Guru
Majlis
jamuan minum petang sempena Hari Guru telah diadakan di Awana Golf &
Resort,Genting Highland . Majlis tersebut telah di anjurkan oleh Kelab Guru Dan
Kakitangan SKAG (KEGAP) bermula pada pukul 3.00 petang dan berakhir pada pukul
5.00 petang.
Di
majlis tersebut pelbagai aktiviti dijalankan termasuklah meraikan sambutan
harijadi dan bertukar-tukar hadiah. Tahniah kepada jawatankuasa pelaksana dan
semua guru kerana telah berjaya melaksanakan program walaupun sibuk dengan
tugas-tugas hakiki. Terima kasih cikgu...
Wednesday, 16 May 2012
Sambutan Hari Guru 2012
Hari Guru peringkat sekolah telah
dilaksanakan serentak dengan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan iaitu pada hari ini 16 Mei 2012. Acara dijalankan didewan besar SKAG dengan dimulakan dengan bacaan
perutusan sempena hari Guru dan pelancaran sambutan Hari Guru oleh Guru Besar SKAG.
Seterusnya Bacaan surah Yasin Perdana diadakan. Pihak pengusaha kantin telah
bermurah hati menaja makanan pada hari ini. Sebanyak tiga biji kek telah
disumbang oleh beberapa pihak sebagai menghargai jasa guru.
Selepas waktu rehat, persembahan guru dan murid
pula diadakan didewan terbuka diselang seli dengan penyampaian hadiah. Acara
berlangsung dalam suasana yang meriah. Selamat menyambut hari guru cikgu..Terima kasih cikgu..
Murid-murid menonton perutusan hari guru secara langsung
Acara pakaian beragam
Guru-guru menjamu selera makanan yang ditaja oleh pengusaha kantin
Subscribe to:
Posts (Atom)