Syarikat Nestle (Malaysia) BHD telah mengunjungi SKAG untuk memberikan minuman MILO percuma kepada murid-murid di SKAG. Sepanjang kehadiran pasukan MILO di SKAG , pelbagai aktiviti menarik telah berlansung yang di sertai oleh murid-murid SKAG yang terpilih. Terima Kasih kepada pihak MILO kerana sudi mengunjungi SKAG dan mengagihkan minuman percuma kepada murid-murid SKAG.
Friday, 28 February 2014
Saturday, 22 February 2014
KEM KEPIMPINAN BERKUALITI SKAG 2014
Pada 22 Febuari 2014 telah diadakan Kem Kepimpinan Berkualiti SKAG 2014 yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Disiplin dan Unit Pusat Sumber Sekolah. Kem yang dijalankan ini adalah khusus untuk Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya dan Ketua serta Penolong Kelas dari tahun 1 hingga ke tahun 6. Tujuan kem kepimpinan ini diadakan ialah untuk mengasah bakat kepimpinan serta menyedarkan peserta bahawa disiplin dan kepimpinan adalah penting kepada mereka. Kem ini telah berjalan dengan lancar dan berakhir seperti di rancang. Tahniah kepada pihak pentadbir,penganjur dan juga kepada semua guru-guru yang terlibat.
Ucapan Perasmian oleh Guru Besar Encik Zulhisham Bin Nasir
Bacaan Doa Oleh Ustaz Ikram Bin Ismail |
Peserta Kem |
Fasilitator yang terdiri dari pihak GPMS |
Peserta melakukan aktiviti 'Ice Breaking' |
Ceramah ( Kepimpinan Cemerlang ) oleh Encik Shah Rizal
Murid-murid menjalankan aktiviti
Aktiviti berkumpulan
Sesi Pengucapan Awam
Peserta mengadakan sesi perbincangan
Sesi perbentangan
Latihan kawad kaki asas
Sesi latihan bidang tugas
Muhasabah diri
Muhasabah diri
Penyampaian sijil penyertaan
Murid menyalin nota
Gelagat peserta
Friday, 21 February 2014
BULAN AKADEMIK DAN INOVASI 2014
Unit Kurikulum SKAG telah menganjurkan Bulan Akademik dan Inovasi sepanjang Februari 2014. Program ini telah dijayakan oleh semua Ketua Panitia SKAG. Semua Ketua Panitia ini bertanggungjawab untuk memperkenalkan panitia masing-masing kepada warga SKAG.
1. Pelancaran Bulan Akademik dan Inovasi oleh Pn. Tn. Gemala, PK Kurikulum SKAG
2. Antara Ketua Panitia yang mempromosikan Panitia masing-masing.
2. Antara Ketua Panitia yang mempromosikan Panitia masing-masing.
Pn Norazimah- Panitia Sains |
Ust Syed Mahdzar-Panitia Agama Islam |
Pn Nurul Amalina-Panitia Matematik |
Pn Mazura-Panitia Kajian Tempatan |
En Abd Hadi Kamil-Panitia KH |
Pn Norhasliza- Panitia PSK |
Pn Badariah-Panitia Pendidikan Moral |
En Nik Fadrizam Akimin- Panitia TMK |
En Abd Hadi Kamil-Panitia RBT |
Thursday, 20 February 2014
Mesyuarat Panitia TMK dan RBT Kali Pertama ahun 2014 bagi Daerah Hulu Selangor
20/2 SKAG telah dipilih menjadi tuan rumah untuk Mesyuarat Panitia TMK dan RBT Kali Pertama untuk 2014 bagi Daerah Hulu Selangor. Mesyuarat telah dihadiri oleh semua guru-guru yang mengajar matapelajaran TMK dan RBT untuk sekolah rendah bagi Daerah Hulu Selangor. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Guru Besar SKAG En Zulhisham Bin Nasir dan turut di hadiri oleh wakil dari PPD iaitu En KairulAzhar Bin Azmi (PEN. PPD TEKNIK & VOKASIONAL HULU SELANGOR).
En KairulAzhar Azmi (Wakil PPD) sedang memberikan ucapan ringkas bersama En Zulhisham Bin Nasir (Guru Besar SKAG ). |
Antara guru-guru yang hadir ke mesyuarat TMK/RBT kali pertama untuk 2014. |
Saturday, 8 February 2014
Majlis Pemuakatan Ibu bapa Dan Guru Tahun 6 2014
8/2/2014 - Unit Kurikulum SKAG, melalui guru penyelaras tahun 6, telah menganjurkan satu majlis pemuafakatan ibu bapa dan guru tahun 6 . Majlis turut dihadiri oleh barisan pentadbir SKAG, YDP PIBG SKAG, En Radzuan Jaafar, guru penyelaras dan guru yang mengajar tahun 6 serta ibu bapa murid tahun 6. Majlis yang selain bertujuan untuk memperkenalkan barisan guru yang mengajar di tahun 6 kepada ibu bapa, ia juga turut membincangkan mengenai aktiviti persediaan dari pihak SKAG untuk menghadapi peperiksaan UPSR untuk tahun 2014. Diharapkan majlis ini dapat memberi harapan yang baru dan kejayaan yang cemerlang pada tahun ini.
Insha Allah...Ucapan dari Guru Besar SKAG En Zulhisham Bin Nasir |
Ucapan dari YDP PIBG En Radzuan Jaafar |
Pn Nor Hasliza dan Pn Azlina yang bertugas di kaunter pendaftaran kehadiran ibu bapa. |
Subscribe to:
Posts (Atom)