Tuesday, 11 September 2012
Majlis Restu Ilmu
Assalammualaikum
Pada pagi Isnin bersamaan 10 hb September 2012 telah diadakan Majlis Restu Ilmu di waktu perhimpunan pagi. Dalam majlis tersebut semua murid Tahun 6 bersalaman dengan guru-guru untuk memohon ampun dan maaf supaya direstui segala ilmu yang telah dicurahkan oleh guru-guru sepanjang mereka belajar di sekolah ini kerana esok mereka akan menduduki Peperiksaan UPSR.
Monday, 10 September 2012
Program Kid Atheletic PraSekolah dan Program Perang Kuali
Assalammualaikum.
Pada hari Sabtu yang lepas Program Kid Atheletic Peringkat Daerah dan Pregram Perang Kuali telah diadakan di SK Batang Kali.Kejohanan tersebut telah diadakan dari pukul 8.00 hingga 1.00 tengahari. Ia dirasmikan oleh Tuan Zainal Abidin Bin Mohd Yusof PPD Hulu Selangor. Dua orang murid Pra Sekolah dari SK Antara Gapi telah terpilih dalam pasukan Zon 4 dan telah memenangi kejohanan tersebut sekali gus melayakkan mereka ke Peringkat Negeri.
Mereka ialah:- Ahmad Nazrien Khair Bin Hishamudin dan Adli Mustaqim Bin Adham
Tahniah....

Tuesday, 4 September 2012
Program Solat Hajat
Program Solah Hajat Perdana dan Motivasi untuk murid-murid tahun 6 telah berlansung pada 30 Ogos
2012 (Khamis) yang lalu.Ucapan Terima Kasih pada Penyelaras program Puan Jumiyah binti Mohd Salleh yang
bertungkus lumus mengendalikan program tersebut sambil dibantu oleh
Jawatankuasa dikalangan guru-guru yang dilantik.
Pendaftaran dilakukan di dewan terbuka dan seterusnya
di surau SKAG. Solat Hajat dipimpin oleh Ustaz Nasrullah Bin Hasbullah yang dijemput
khas dari Selayang. Majlis
tersebut berjalan lancar dan kedatangan ibu bapa amat memberansangkan. Aturcara Majlis
adalah seperti berikut :
7.00 mlm - Ketibaan para jemputan, guru dan ibu
bapa
7.30 mlm - Solat Maghrib
- Bacaan Yasin
- Solat Isyak
- Solat Hajat
- Motivasi
10.30 - Jamuan
Menunggu ketibaan para jemputan dan pendaftaran
Majlis Solat Hajat dipimpin oleh Ustaz Nasrullah bin Hasbullah
Ceramah motivasi
Bacaan yasin
Jamuan
Monday, 3 September 2012
Rawatan Pergigian Sekolah
Pada 27 Ogos hingga 05 Sept 2012, pasukan pergigian bergerak dari Klinik Pergigian Kerajaan Hulu Yam Bharu telah datang ke SK Antara Gapi memberi rawatan pergigian kepada murid-murid Pra Sekolah, Tahun 1 himgga Tahun 6. Mereka membuat rawatan tersebut di Bilik Kesihatan Sekolah.
Tuesday, 28 August 2012
Jemputan ke Program Solat Hajat Perdana
Assalammualaikum..
Kepada semua ibu bapa dan penjaga kepada pelajar tahun 6 khususnya, dijemput hadir beramai-ramai bagi menjayakan Program Solat Hajat Perdana dan Motivasi Untuk Murid-murid UPSR 2012 yang akan diadakan pada hari khamis ini jam 7.00 malam.
Friday, 17 August 2012
Selamat Hari Raya
Assalamu’alaikum Wrt Wbt
Terima kasih buat semua warga SKAG, juga kepada semua pengunjung yang dihormati kerana sentiasa berkunjung ke blog ini Pihak kami mengambil kesempatan dan ruang untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri kepada seluruh muslimin dan muslimah dimana jua berada.
Andai ada salah yang tersirat,terucap dan terlakukan
Dibulan yang penuh keampunan ini.
Mohon dimaafkan,……
Kerana sesungguhnya “Tiada manusia yang tak luput dari salah,Tiada manusia yang sempurna,dan .
sesungguhnya kesempurnaan itu hanyalah milik Allah SWT.
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1 Syawal 1433 H
Raih kemenangan dan kembali kefitrah.
Minal Aidhin Walfaidzin,Mohon Maaf Zahir dan Batin

Wednesday, 15 August 2012
Majlis Khatam Al-Quran
Pada pagi ini telah diadakan satu majlis Khatam Al-Quran di surau SKAG. Majlis ini telah diketuai oleh Ustaz Samsir bin Hj Rusli, Imam 1, Masjid Al Falah Ulu Yam Baru. Seramai 30 orang murid telah mengambil bahagian. Ia turut dihadiri oleh guru-guru dan murid tahap 2.Program ini telah dirancang oleh Panitia Agama Islam.
Subscribe to:
Posts (Atom)