Tuesday, 11 September 2012

Selamat Menghadapi Peperiksaan

Assalammualaikum.
Pada pagi ini 11hb Sept sehingga 13 hb Sept semua murid Tahun 6 akan menduduki peperiksaan UPSR. Semua guru dan kakitangan SKAG mendoakan supaya mereka dapat menghadapi peperiksaan tersebut dengan tabah. Segala ikhtiar telah dijalankan dengan harapan mereka dapat lulus dengan cemerlang.
Persediaan sebelum masuk ke dewan peperiksaan.

 Guru dan murid berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan segala urusan
Suasana dalam dewan peperiksaan




Majlis Restu Ilmu

Assalammualaikum  
Pada pagi Isnin bersamaan 10 hb September 2012 telah diadakan Majlis Restu Ilmu di waktu perhimpunan pagi. Dalam majlis tersebut semua murid Tahun 6 bersalaman dengan guru-guru untuk memohon ampun dan maaf supaya direstui segala ilmu yang telah dicurahkan oleh guru-guru sepanjang mereka belajar di sekolah ini kerana esok mereka akan menduduki Peperiksaan UPSR.






Monday, 10 September 2012

Program Kid Atheletic PraSekolah dan Program Perang Kuali

Assalammualaikum.
Pada hari Sabtu yang lepas Program Kid Atheletic Peringkat Daerah dan Pregram Perang Kuali telah diadakan di SK Batang Kali.Kejohanan tersebut telah diadakan dari pukul 8.00 hingga 1.00 tengahari. Ia dirasmikan oleh Tuan Zainal Abidin Bin Mohd Yusof PPD Hulu Selangor. Dua orang murid Pra Sekolah dari SK Antara Gapi telah terpilih dalam pasukan Zon 4  dan telah memenangi kejohanan tersebut sekali gus melayakkan mereka ke Peringkat Negeri.
Mereka ialah:- Ahmad  Nazrien Khair Bin Hishamudin dan Adli Mustaqim Bin Adham

Tahniah....











Tuesday, 4 September 2012

Program Solat Hajat


Program Solah Hajat Perdana dan Motivasi untuk murid-murid tahun 6 telah berlansung pada 30 Ogos 2012 (Khamis) yang lalu.Ucapan Terima Kasih pada Penyelaras program Puan Jumiyah binti Mohd Salleh yang bertungkus lumus mengendalikan program tersebut sambil dibantu oleh Jawatankuasa dikalangan guru-guru yang dilantik.

Pendaftaran dilakukan di dewan terbuka dan seterusnya di surau SKAG. Solat Hajat dipimpin oleh Ustaz Nasrullah Bin Hasbullah yang dijemput khas dari Selayang. Majlis tersebut berjalan lancar dan kedatangan ibu bapa amat memberansangkan. Aturcara Majlis adalah seperti berikut :


7.00 mlm        -           Ketibaan para jemputan, guru dan ibu bapa
7.30 mlm        -           Solat Maghrib
                        -           Bacaan Yasin
                        -           Solat Isyak
                        -           Solat Hajat
                        -           Motivasi
10.30              -           Jamuan
 Menunggu ketibaan para jemputan dan pendaftaran


Majlis Solat Hajat dipimpin oleh Ustaz Nasrullah bin Hasbullah

  Ceramah motivasi



  Bacaan yasin


 



  Jamuan



Monday, 3 September 2012

Rawatan Pergigian Sekolah

Pada 27 Ogos hingga 05 Sept 2012, pasukan pergigian bergerak dari Klinik Pergigian Kerajaan Hulu Yam Bharu telah datang ke SK Antara Gapi memberi rawatan pergigian kepada murid-murid Pra Sekolah, Tahun 1 himgga Tahun 6. Mereka membuat rawatan tersebut di Bilik Kesihatan Sekolah.