Saturday, 19 January 2013

Majlis Pemuafakatan Ibubapa & Guru Tahun 6 2013.

19 Jan- Pada pagi ini pihak SKAG telah mengadakan Majlis Pemuafakatan Ibubapa & Guru Tahun 6 sesi 2013. Majlis ini telah di anjurkan oleh Jawatankuasa Penyelaras tahun 6, Pn Jumiyah Bt Salleh. Majlis telah bermula pada 8.30 pg  dan telah berakhir 12.00 Tghari. Objektif majlis adalah untuk mengadakan satu pertemuan dan perbincangan antara pihak pentadbir SKAG, guru-guru yang mengajar tahun 6 bersama ibubapa murid tahun 6. Tahniah kepada semua ibubapa yang telah hadir dan juga terima kasih di atas sokongan anda kepada pihak sekolah. Semoga kecemerlangan akan menjadi milik kita bersama pada tahun ini.


Sesi pendaftaran ibubapa yang hadir.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis .
                                         


Bacaan doa oleh Ustaz Syed Mahdzar Bin Syed Hassan
                                             

                                              
Ucapan dari NYDP PIBG , En Daud Bin Ismail.
                                     

Ucapan dari Guru Besar SKAG, En. Zulhisham Bin Nasir.


Sebahagian ibubapa yang hadir.

Sesi pembentangan  perancangan aktiviti tahun 6  oleh Puan Jumiyah Binti Salleh


- MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI -





Friday, 18 January 2013

LDP-Taklimat JSU

17/Jan- Unit Latihan SKAG telah menjalankan satu taklimat mengenai JSU. Semua guru SKAG telah hadir. Taklimat berlansung di Bilik PPSMI SKAG.Taklimat yang bermula pada 2.30 ptg telah berakhir pada 4.30 ptg. Taklimat telah disampaikan oleh En Khairulazri Bin Hamdan. 








Thursday, 17 January 2013

Latihan Merentas Desa Peringkat Sekolah

16/Jan/2013- Unit Kokurikulum SKAG telah mengadakan latihan merentas desa. Latihan larian bermula dari SKAG dan melalui laluan sekitar kawasan perumahan Antara Gapi. Latihan yang bermula dari 3.00 ptg berakhir pada 5.00 ptg.
Murid SKAG yang terawal tiba di checkpoint ke-2


Murid perempuan mula tiba di checkpoint 2


En Ikram sedang mengawasi keadaan jalan utama bagi memastikan keselamatan murid

Monday, 14 January 2013

Majlis Penyerahan Watikah Dan Ikrar Pengawas Sekolah, Pengawas PSS , Ketua Kelas dan Pembimbing Rakan Sebaya

Pada 14 Januari telah berlansung majlis Penyerahan Watikah Dan Ikrar Pengawas Sekolah, Pengawas PSS , Ketua Kelas dan Pembimbing Rakan Sebaya SKAG 2013. Majlis telah disempurnakan oleh Guru Besar SKAG , En. Zulhisham Bin Nasir. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang terpilih , semoga tugas dan amanat dapat dijalankan dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.

Barisan guru SKAG 

Penyerahan watikah  oleh Guru Besar SKAG En. Zulhisham Bin Nasir kepada wakil Pengawas Sekolah 2013

Penyerahan watikah  oleh Guru Besar SKAG kepada wakil Pengawas PSS 2013

Penyerahan watikah  oleh Guru Besar SKAG kepada wakil Ketua Kelas 2013 

Barisan Pengawas Sekolah,Pengawas PSS, Pembimbing Rakan Sebaya , Ketua Kelas dan  Penolong  Ketua Kelas sedang bersiap sedia untuk bacaan ikrar.

Bacaan ikrar oleh  barisan Pengawas Sekolah,Pengawas PSS, Pembimbing Rakan Sebaya , Ketua Kelas dan  Penolong  Ketua Kelas


Thursday, 10 January 2013

Acara Akur Janji Murid SKAG 2013

Pada pagi 7 Januari 2013, satu acara akur janji telah berlansung sewaktu perhimpunan rasmi diadakan di dewan wawasan SKAG.  Acara ini adalah di anjurkan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling SKAG. Objektif akur janji ini adalah untuk mengingatkan dan janji semua murid kepada pihak SKAG  untuk menjaga disiplin, berusaha dan menjadi murid yang terbaik di SKAG.
Acara berlansung di dewan wawasan SKAG.


Murid melakukan upacara akujanji di depan Guru Besar dan guru-guru SKAG.

Minggu Transisi Murid Tahun 1-Senaman Aerobik Murid Tahun 1

Pada 4 Januari acara senamrobik telah dijalankan pada jam 8.00 pagi dan berlansung  selama 1 jam yang telah disertai murid tahun 1 SKAG. Acara senamrobik ini di kendalikan oleh Puan Rizamarhanis dan dibantu oleh guru dari unit Kaunseling SKAG dan juga guru yang mengajar murid tahun 1. Acara ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid tentang cara  membuat regangan sebelum bermain dan bersukan bagi memastikan keadaan jasmani dan kecergasan tubuh badan terjaga.















                                                          -Badan sihat , otak cerdas-

Wednesday, 2 January 2013

Program Minggu Transisi Dan Guru Penyayang

Hari ini, 2/1/2013, bermulanya penggal persekolahan bagi sesi 2013 dan hari ini juga bermulanya hari pertama bagi minggu Program Transisi Dan Guru Penyayang untuk murid tahun 1. Alhamdulillah, dengan berkat kerjasama pihak pentadbir, guru-guru dan juga ibu bapa/penjaga, hari pertama minggu Program Transisi Dan Guru Penyayang berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, semoga tahun 2013 menjadi tahun yang cemerlang bagi anak-anak didik SKAG.

Ibu bapa yang turut bersama memberi sokongan kepada murid PraSekolah dan murid Tahun 1.
     

Pengawas diberikan amanat dan pesanan daripada Pn. Nor Azimah selaku guru disiplin SKAG.

Ibu bapa / penjaga yang menemani murid tahun 1.
Murid tahun 1 berkumpul untuk diagihkan ke kelas masing-masing.


Ibu bapa/penjaga setia menemani murid tahun 1 bersarapan di kantin sekolah

                                            Sesi taklimat bersama guru kaunseling sekolah
Kasih seorang guru. Pn Nisha yang sedang memujuk seorang murid tahun 1.
 
Murid tahun 1 yang penuh bersemangat di hari pertama,
Guru penyayang.
                                                                         


En Mohd Rosli sedang memberikan motivasi kepada murid tahun 1.


Murid tahun 1 dibawa ke kantin dan diberi penerangan mengenai adab dan peraturan di kantin.

Murid tahun 1 berada di Dewan Wawasan.