Thursday, 23 January 2014

BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA

SKAG telah melaksanakan agihan wang  BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA  secara menyeluruh kepada semua murid di Sk Antara Gapi 2014. Alhamdulillah,pelaksanaan agihan telah berjalan dengan lancar dengan bantuan semua pihak sekolah dan kerjasama dari ibubapa murid.




Wednesday, 22 January 2014

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah SKAG 2014

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah SKAG 2014 berlansung pada petang 22 Jan 2014. Kejohanan kali ini adalah untuk mencari dan memilih murid yang berjaya untuk menyertai Kejohanan Merentas Desa Peringkat MSSD2014 di SMK Bandar Baru Batang Kali. Kejohanan telah berjalan lancar dan berakhir seperti di rancangkan. Tahniah kepada murid yang telah berjaya.
 Majulah Sukan Untuk Negara.


Tuesday, 14 January 2014

Salam Maulidur Rasul


Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W,  Marilah kita bersama-sama berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W sempena hari kelahiran beliau hari ini 

Selamat menyambut Maulidurrasul 



Friday, 10 January 2014

MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS PUSAT SUMBER, PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SERTA KETUA DAN PENOLONG KELAS

Pada 09 Januari 2014 telah diadakan Majlis Watikah Perlantikan bagi Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya serta Ketua dan Penolong Kelas. Antara objektif program ini diadakan ialah untuk memberi pengiktirafan dan semangat kepada Pengawas Sekolah , Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya serta Ketua dan Penolong Kelas  2014 Sekolah Kebangsaan Antara Gapi supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh bertanggungjawab. Semoga dengan perlantikan ini, semua murid yang telah dilantik dapat menggalas dan menyempurnakan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh taat dan dedikasi.

                 Penyampaian watikah kepada wakil Pengawas Sekolah

            Penyampaian watikah kepada wakil Pengawas Pusat Sumber (PSS)

       Penyampaian watikah kepada wakil Pembimbing Rakan sebaya ( PRS)

                Penyampaian watikah kepada wakil Ketua Kelas dan Penolong

                                          Bacaan Ikrar pemimpin murid

                               Barisan PRS dan Ketua serta Penolong Kelas

                             Barisan Pengawas Sekolah SKAG 2014

MAJLIS AKU JANJI MURID SKAG 2014

Pada 09 Januari 2014 telah diadakan Majlis Aku Janji Murid SKAG 2014. Antara aturcara ialah bacaan Ikrar Aku Janji oleh semua murid SKAG. Antara tujuan program ini diadakan ialah untuk meningkat keyakinan dan semangat kepada murid untuk belajar bersungguh -sungguh dan membantu meningkat kesedaran kepada murid tentang pentingnya disiplin diri dan sikap yang baik.


 Bacaan Ikrar Aku Janji yang dipimpin oleh Akhyar Aiman ( Tahun 6 Pintar)

                                          Murid membaca Ikrar Aku Janji

                                       Bacaan Ikrar oleh semua murid

                                          Bacaan Ikrar

Wednesday, 8 January 2014

ORINETASI MURID BARU BERTUKAR MASUK KE SKAG

Pada 07 Januari telah diadakan orientasi murid baru dari sekolah lain yang bertukar masuk ke SKAG. Antara objektif program ini adalah untuk memperkenalkan sekolah kepada murid di samping membantu murid mengetahu peraturan dan disiplin di sekolah.


                                          Murid melawat bilik -bilik khas

                        Murid mendengar taklimat peraturan dan disiplin sekolah

                                          Sesi pengenalan diri

                               Murid baru bertukar masuk ke SKAG

Wednesday, 1 January 2014

Selamat Tahun Baru 2014 dan Selamat Kembali ke sekolah kepada semua murid-murid warga SK Antara Gapi...