Monday, 22 December 2014

Mesyuarat PBS bil (1) 2015

23/12 BILIK MESYUARAT 1: Jawatan kuasa PBS dibawah unit kurikulum telah mengadakan mesyuarat kali pertama. Mesyuarat telah dikendalikan oleh Pn Mashitah binti anuar...penyelaras & s/u PBS.Mesyuarat telah di pengerusikan oleh En Zulhisham Bin Nasir(Guru Besar SKAG).


Mesyuarat Guru Kali (1) 2015

22/12/14 Pihak pentadbiran SKAG telah mengadakan Mesyuarat Guru kali pertama yang dipengerusikan oleh Guru Besar SKAG, En. Zulhisham Bin Nasir.Mesyuarat telah diadakan sebagai persediaan untuk menghadapi sesi persekolahan 2015 yang akan bermula pada 12/1/2015..



Saturday, 22 November 2014

Taklimat Ibubapa Murid Prasekolah SKAG 2015

22/11/14-DEWAN BESAR SKAG
Pihak pengurusan Prasekolah SKAG telah mengadakan satu taklimat kepada ibubapa murid Pra Sekolah untuk sesi 2015.Taklimat telah berlansung di Dewan Besar SKAG.Taklimat telah diberikan oleh En. Zulhisham Bin Nasir (Guru Besar SKAG) .
Taklimat telah berjalan dengan lancar.Tahniah dan terima kasih semua guru dan kakitangan yang terlibat.





Barisan Guru Dan Kakitangan PRA Sekolah

Pn Masniza Binti Mohd Badarun
Pn Nooraizawani binti Mohd Said
Pn Haflijurana Binti Halili

Barisan Pembantu Pengurusan Murid (PPM)....
Pn Norlidawati Binti Baharim.
Pn.Yuszalinda Binti Mohd Yunus
Pn. Mariaton Binti Mahidin


Thursday, 30 October 2014

Latihan dalam perkhidmatan Kssr Tahun 5

Unit Latihan Skag telah menjalankan latihan dan taklimat penyebaran Kssr Tahun 5 kepada semua guru Skag dan dituruti oleh Latihan mengemaskinikan blog.Latihan dan taklimat diberikan oleh guru SKAG yang pulang dari kursus tersebut.

Tuesday, 21 October 2014

SK ANTARA GAPI telah meraikan Hari Kanak-Kanak Peringkat sekolah dengan kerjasama dari Kakitangan KFC yang telah menganjurkan acara dan aktiviti yang menarik. Aktiviti telah berlansung di dewan serbaguna SKAG. .

Thursday, 4 September 2014

Program Solat Hajat Perdana

Satu program Solat Hajat Perdana telah berlansung di surau SKAG. Program ini telah dianjurkan oleh penyelaras unit tahun 6 dan bersama dengan PIBG serta dikendalikan oleh panitia Agama Islam SK Antara Gapi. Programa yang bermula selepas maghrib ini telah disertakan dengan bacaan Surah Yasin dan ceramah motivasi. Tujuan program ini diadakan adalah untuk persediaan bagi murid-murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR. Program telah berlansung dengan baik dan dihadiri oleh guru, ibubapa tahun 6 dan juga AJK PIBG .



Tuesday, 2 September 2014

Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Dan Jalur Gemilang

Pihak SK ANTARA GAPI telah melancarkan sambutan hari kemerdekaan dan Jalur Gemilang. Tujuan smabutan ini adalah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang nilai sebuah kemerdekaan dan juga menyemai nilai dan semangat patriotik kedalam jiwa anak-anak- SKAG.