Sunday, 9 October 2016

Sukan Tahunan SKAG 2016

Tahun ini Sukan Tahunan SKAG dijalankan secara dalaman sahaja disebabkan oleh beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan..walaupun simple ia tetap meriah ..
Dari kiri: Pn.Junainah (GPK Koku), Tuan GB Zulhisham bin Nasir, Pn.Nazmin (Gpk Hem)

Pn.Azimah ..Pengacara Majlis 



























Persaraan GPK Pentadbiran Dan Kurikulum..Puan Tuan Gemala bt Tuan Muda

  Kesedihan sekali lagi melanda warga SKAG...belum reda dengan persaraan GPK Hem , kami terpaksa meraikan  persaraan Puan Gemala walaupun hati kami terlalu berat untuk melepaskannya pergi..Disaat kami masih memerlukan tunjuk ajar dan bimbingannya, kami terpaksa merelakannya..kami pastinya akan merindui "kak Mala" yang sentiasa pemurah, sentiasa memudahkan permasaalahan, senyum, gelak tawa, gurauan dan penuh keibuan...
    kami warga SKAG teramat sayang dengan Puan Gemala ..sebagaimana sayangnya kami pada Puan Napsah....Kalian berdua adalah pentadbir yang amat kami kasihi dan sanjungi..segala tunjuk ajar dan teguran dari Kak Mala dan Kak Chah akan kami aplikasikannya dakan tugasan kami khususnya perguruan dan pentadbiran...semoga kak mala dan kak chah dapat berehat bersama keluarga tercinta..
   Terima kasih buat pentadbir tersayang ..Kak Mala  dan Kak Chah..Kenang kami dalam doamu...amin

Kehadiran mantan Gpk Hem Pn. Napsah bt Ishak mengubat kerinduan kami semua.












Barisan pengawas UPSR 2016

Ketua pengawas UPSR 2016 adalah ustaz Najmuddin dari SK Rasa..Semoga semuanya berjalan lancar...


UPSR 2016

   Semoga anak- anak tahun 6 dapat menjawab dengan tenang dan dipermudahkan oleh Nya....kami barisan guru-guru SKAG merestui segala ilmu yang kami curahkan kepada anak2 kami sekelian.Semoga kalian berjaya dengan cemerlang di dunia dan akhirat..amin..
    Tiada apa yang kami mahu dari kalian..bukan wang ringgit...bukan kekayaan..tapi secebis ingatan dan doa untuk kami barisan guru ,tampil sihat dan bertenaga rohani dan jasmani demi mencurah bakti untuk anak anak SKAG..
" SELAMAT BERJAYA ANAK2 TAHUN 6 TERSAYANG UPSR 2016 ..DOA KAMI MENGIRINGI KALIAN ..SEMOGA KEJAYAAN MENJADI MILIK KALIAN..AMIN.."







Sekitar Pecutan Akhir UPSR 2016

Semoga program-program yg ditelah dijalankan memberi manfaat utk anak- anak tahun 6 yg kami sayangi...





Thursday, 30 June 2016

Majlis Khatam Al Quran 2016


 Assalamualaikum.Alhamdulillah sedang berlangsung Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Penutupan Program Ihya' Ramadan 2016M/1437H bertempat di Dewan Besar SKAG. Jemputan khas Ustaz Wan Mohamad Noor bin Wan Ali (Pensyarah Tasmik Darul Quran, Kuala Kubu Bharu). Jutaan terima kasih kepada semua ibubapa, guru-guru, murid dan semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.Semoga kita semua mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT.Amin..