Sunday, 8 July 2012

Kejohanan Sukan Tahunan

Sukan Tahunan SKAG telah berlansung pada pagi ini dalam suasana yang meriah. Walaupun hujan telah turun dari awal pagi namun cuaca mula cerah mulai pukul 8.00 pagi. Acara sukan ini telah dirasmikan oleh YB Dato Mohd Isa Bin Abu Kasim. Adun Batang Kali. Ia turut dihadiri oleh Pn Sarina Binti Shaari wakil dari PPD Hulu Selangor, Ust Kamarulzaman YDP PIBG dan En Daud NYDP PIBG .Ramai ibu bapa yang datang turut serta dalam acara ibu bapa dan memeriahkan lagi kejohanan kali ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan  terima kasih kepada guru-guru, PIBG, syarikat-syarikat dan orang perseorangan yang telah bersama-sama terlibat dalam menjayakan sukan tahunan ini.
  YB Dato Mohd Isa Bin Abu Kasim merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SKAG













Friday, 6 July 2012

Al Fatihah


Assalamualaikum wbt
Warga SK Antara Gapi di kejutkan dengan berita pemergian salah seorang pelajar tahun 3 iaitu Allahyarham Adik Muhammad Nuraiman Bin Jamaluddin dari kelas 3 Zurah yang telah kembali ke rahmatullah pada petang jumaat 6/7/2012.
Seluruh warga sekolah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga En Jamaliddin dan didoakan semoga roh allahyarham ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh... Aminnnn.... Al Fatihah....

Lawatan Sambil Belajar

Pada hari Sabtu  yang lepas bersamaan 30 Jun 2012 ,Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Kecemerlangan Tahun Enam Sekolah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Antara tempat-tempat yang dilawati ialah Pusat Sains Negara, Pusat Kraftangan Jalan Conlay Kuala Lumpur, Masjid Negara, Muzium Polis Kuala Lumpur, Planetarium dan Muzium Negara. Antara Objektif lawatan ini diadakan ialah untuk menambah pengetahuan sains pelajar yang menyertai lawatan ini di samping menambah pengalaman. Di samping itu, lawatan ini juga dapat memberi pendedahan kepada murid-murid akan keselamatan dalam menjalankan aktiviti riadah. Bukan itu sahaja, malah aktiviti lawatan ini juga dapat memberi kesempatan kepada pelajar kepentingan mengikuti aktiviti luar sekolah serta memupuk semangat mencintai negara. 











Thursday, 5 July 2012

Latihan Senamrobik 1M1S1Malaysia

Pada pagi ini satu latihan senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia telah dijalankan di tapak perhimpunan SKAG bermula pada pukul 8.00 pagi. Ia disertai oleh seluruh warga sekolah dalam suasana yang ceria.






Wednesday, 4 July 2012

Makluman Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia


Pelancaran Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia akan dilaksanakan diperingkat kebangsaan pada 10 Julai 2012 (Selasa), jam 8.00 pagi dan bertempat di Kompleks Sekolah Wawasan USJ15, Subang Jaya, Selangor. Bahagian Sukan bercadang YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia menyempurnakan majlis pelancaran ini.

Pada tarikh dan masa yang sama, Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia akan dilaksanakan di peringkat sekolah, daerah dan negeri. Semua sekolah seluruh negara akan melaksanakan senamrobik serentak pada 10 Julai 2012 (Selasa), jam 8.00 pagi di sekolah masing-masing pada waktu perhimpunan rasmi sekolah. Pegawai-pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) akan bersama-sama menyempurnakan pelancaran senamrobik ini di sekolah-sekolah yang berhampiran.

Tuesday, 3 July 2012

Makluman Kejohanan Sukan Sekolah

Kepada semua Ibu bapa/ penjaga murid SKAG. Dimaklumkan bahawa SK Antara Gapi akan mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke 8 seperti ketetapan berikut.

Tarikh  : 8 hb Julai 2012
Tempat : Padang SK Antara Gapi
Masa    : 7.30 hingga 1.30 tgh
Perasmi : YB Dato Mohd Isa Bin Abu Kasim. Adun Batang Kali.

Tuan/Puan dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.
Dimaklumkan juga pada 9hb Julai  Sekolah akan bercuti sempena kejohanan tersebut. 


Sunday, 1 July 2012

Ladap mySPATA


Latihan dalam perkhidmatan untuk guru-guru SKAG telah dijalankan pada Sabtu lepas bersamaan 30 Jun 2012. Di dalam bengkel ini guru-guru telah diberi tugasan masing-masing bagi tujuan pengumpulan data yang diperlukan. Guru-guru juga terpaksa menyemak pelan besar sekolah untuk mendapatkan maklumat bagi mengisi borang-borang yang dikehendaki dalam sistem mySPATA ini. (Borang D.A 3, 4, 5, 6, 8).