Pada 19/10/2013- Latihan Dalam Perkhidmatan ( LADAP ) bagi Sarana Sekolah dan Sarana Ibu bapa telah diadakan kepada semua guru SKAG pada pagi ini berjalan dengan lancar. Taklimat dan penerangan telah disampaikan oleh Pn NorAzimah Binti Sariman iaitu selaku Pegawai Perhubungan Luar SKAG.
Friday, 18 October 2013
Perhatian: Pertandingan Mencipta Logo PIBG SKAG
Pihak PIBG SKAG mengadakan Pertandingan Mencipta Logo PIBG SKAG. Pertandingan adalah terbuka kepada semua ibubapa dan guru. Tarikh tutup penyertaan adalah 10 /11/2013. Ibubapa dan guru-guru dilau-alukan untuk menyertai pertandingan ini. Logo yang terpilih akan dikira sebagai pemenang dan akan diberikan hadiah yang agak menarik.
Wednesday, 16 October 2013
Program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) Sekolah Rendah dan Menengah Daerah Hulu Selangor 2013
Bertempat di Dusun Eco Resort, Karak Bentong Pahang tiga orang murid Tahun 6 iaitu Wan Asyraf Wajdi bin Wan Asri, Muhammad Hariz b Ismail & Hairul Amin B Ramli telah menyertai program ini. Program tersebut dijalankan pada 9 hb hingga 11 hb Oktober 2013.
Diakhir program, adik Hairul Amin B Ramli telah diumumkan sebagai Peserta Terbaik (Lelaki Rendah) dan telah menerima sekeping sijil dan sebuah trofi manakala rakannya adik Wan Ashraf Wajdi B Wan Asri telah diumumkan sebagai Johan Terbaik dan menerima sekeping sijil penganugerahan.
Pihak sekolah amat berbangga dengan pencapaian wakil-wakil mrid Sekolah Kebangsaan Antara Gapi.

Wednesday, 9 October 2013
Bengkel Teknik Menjawab Soalan Tahun 4 & Tahun 5
Bengkel Teknik Menjawab Soalan Tahun 4 & 5 telah dijalankan pada 2.00 petang dan berakhir jam 5 petang. Bengkel yang di anjurkan bersama oleh Unit Kurikulum di bawah kendalian Unit Kecemerlangan Tahun 4 & Tahun 5 dan juga PIBG SKAG telah berjalan dengan lancar. Pengisian selama 3 jam telah di isikan dengan pelabagai teknik dan tips untuk dua matapelajaran teras iaitu Bahasa Inggeris dan Sains yang di sampaikan oleh Pn. Ieranee Rahayu ( Bahasa Inggeris), Pn. Nor Azimah dan Pn. Aidah ( Sains ). Diharapkan usaha ini dapat menambah lagi keyakinan murid dan memberi murid penambahan ilmu dan idea serta persediaan yang mencukupi dalam menghadapi peperiksaan akhir tahun nanti. Semoga semua anak didik SKAG akan memperoleh kemerlangan. Terima kasih kepada pihak pentadbir SKAG yang banyak memberi sokongan, guru-guru yang terlibat serta PIBG SKAG yang telah membiayai sepenuhnya bengkel ini. Tahniah, perjalanan ke arah kecemerlangan kini sedang bermula. Terima kasih kepada ibubapa yang turut memberi sokongan dan kerjasama yang tak terhingga.
DATANG DENGAN HARAPAN, PULANG DENGAN KECEMERLANGAN. ![]() |
| Bengkel Bahasa Inggeris di Bilik VLE / i-Think . |
![]() |
| Murid tahun 5 fokus mendengar tips dari penceramah Pn Ieranee Rahayu. |
![]() |
| Pn Norazimah memeberi tips bagi mata pelajaran Sains tahun 4. |
![]() |
| Bilik PPSMI yang dipenuhi dengan murid tahun 4. |
![]() |
| Murid fokus mendengar tips dari Pn Nor Azimah. |
Tuesday, 8 October 2013
Makluman kepada Ibubapa Murid Tahun 4 Dan Tahun 5
Assalamualaikum, makluman kepada ibubapa tahun 4 dan tahun 5 murid SKAG. Pada 9/10/2013 Unit Kecermelangan Tahun 4 dan Tahun 5 Bersama PIBG SK Antara Gapi akan mengadakan Bengkel Menjawab Soalan Untuk Tahun 4 Dan Tahun 5 yang bermula pada pukul 2.00 petang sehingga 5.00 petang. Bengkel akan di tangguhkan dan akan diadakan sekali lagi pada 16/10/2013 pada waktu yang sama.
Program: Bengkel Menjawab Soalan Tahun 4 Dan Tahun 5
Tarikh: 9/10/2013 & 16/10/2013
Tempat: Bilik PPSMI -Tahun 4
Bilik VLE Frog- Tahun 5
Masa: 2.00 Petang - 5.00 Petang
Matapelajaran: Semua Subjek Teras.
Harap maklum. Terima Kasih.
Kearah kecemerlangan SKAG.

Thursday, 3 October 2013
MAKLUMAN LAWATAN ILMIAH KE PULAU LANGKAWI
Assalamualaikum w.b.t
Lawatan Ilmiah murid Sk Antara Gapi ke Pulau Langkawi akan diadakan pada 25 hingga 28 Oktober 2013. Antara tempat yang akan dilawati :-
1. Batik Art Village
2. Galeria Perdana
3. Makam Mahsuri
4. Beras terbakar
5. Underwater World
6. Kilang Gamat
7. Langkawi Cable Car
8. Kilang membuat barangan kaca
9. Dataran Lang
10. Pekan Kuah
Yuran penyertaan sebanyak Rm 220 ( tiket keretapi KTMB berkatil, feri, bas lawatan di langkawi, makan serta minum dan penginapan)
Setiap peserta akan diberi baju t shirt percuma yang ditulis lawatan ilmiah SKAG ke Pulau Langkawi untuk dipakai ketika lawatan.
Untuk makluman semua, buat masa ini seramai 32 orang murid telah berminat dan membuat bayaran yuran dan masih terdapat 8 kekosongan tempat. Kepada sesiapa yang berminat sama ada murid-murid Sk Antara Gapi atau bekas murid Sk Antara Gapi boleh lah berhubung dengan Cikgu Azimah atau Cikgu Rosli ( 03-60812655) .
Program ini adalah salah satu daripada aktiviti program selepas UPSR.
Semoga lawatan ini dapat membantu murid-murid menambah pengalaman dan ilmu pengtahun di samping dapat membantu murid-murid menghayati keunikan tempat yang akan dilawati.
Sekian.

Subscribe to:
Posts (Atom)