SKAG telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 9 untuk tahun 2014. Majlis telah bermula pada 8.30 pg dan berakhir pada 12.00 tengahari. Majlis yang dirasmikan oleh YB Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan (Adun Batang Kali) telah dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Ikram Bin Ismail, kemudian diteruskan dengan ucapan ringkas dari YDP PIBG 2012,En Radzuan Bin Jaafar , ucapan dari En Zulhisham Bin Nasir ( Guru Besar SKAG ) mewakili pihak pentadbir SKAG dan ucapan perasmian oleh YB Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan (Adun Batang Kali). Majlis telah berlansung dengan lancar seperti dirancang. Majlis juga diselitkan dengan persembahan koir oleh murid tahun 4 SKAG dan juga kumpulan Qasidah SKAG yang diketuai oleh adik Akhyar Aiman. Seterusnya acara penganugerahan istimewa kepada murid cemerlang UPSR 2013 yang mendapat 5A dan 4A 1B. Majlis diteruskan lagi dengan pembubaran AJK PIBG 2013 dan perlantikan AJK PIBG 2014 yang baru. Tahniah kepada ahli AJK PIBG 2014 yang baru dilantik. Di harapkan, PIBG akan terus cemerlang pada sesi kali ini. Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada YB Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan (Adun Batang Kali) kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri dan merasmikan Mesyuarat PIBG Kali-10 (2014) dan juga ibu bapa yang turut hadir dan memberikan kerjasama pada mesyuarat kali ini. Terima Kasih. Terima Kasih. Terima Kasih.
Saturday, 15 March 2014
Wednesday, 12 March 2014
SAMBUTAN HARI LAHIR MURID ( BULAN FEBUARI )
Sambutan Hari Lahir murid yang lahir pada bulan Febuari telah diadakan bagi meraikan murid yang lahir pada bulan tersebut. Antara aktiviti yang diadakan ialah nyanyian lagu hari lahir dan penyampaian kad ucapan.
Nyanyian Lagu Hari Lahir oleh semua murid.
Nyanyian Lagu Hari Lahir oleh semua murid.
Murid-murid yang meraikan hari lahir bagi bulan Febuari
SELAMAT HARI LAHIR... Cikgu doakan semoga panjang umur dan murah rezeki...Amin...
SELAMAT HARI LAHIR... Cikgu doakan semoga panjang umur dan murah rezeki...Amin...
SAMBUTAN HARI LAHIR MURID ( BULAN JANUARI )
Sambutan Hari Lahir murid yang lahir pada bulan Januari telah diadakan bagi menghargai murid bertepatan dengan Amalan Guru Penyayang yang diterapkan di sekolah. Antara aturcara yang diadakan ialah nyanyian lagu hari lahir dan penyampaian kad hari lahir oleh murid Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) kepada murid-murid yang dirai.
SELAMAT HARI LAHIR ... Cikgu doakan semoga panjang umur dan murah rezeki. Amin...
Thursday, 6 March 2014
KUIZ UJI MINDA MATEMATIK BULAN FEBUARI
Pada bulan Febuari Panitia Matematik SKAG telah mengadakan kuiz uji minda. Antara Objektif kuiz ini diadakan ialah untuk menguji murid menyelesaikan soalan matematik yang melibatkan penyelesaian masalah. Pemenang kuiz ini bagi bulan febuari ialah:
Tahap 1 : Nurul Iman Binti Muhammad Zaki ( 2 Bijak )
Tahap 2 : Nur Marini Binti Noor Izzuddin ( 6 Pintar )
Tahniah kepada pemenang...
Tahap 1 : Nurul Iman Binti Muhammad Zaki ( 2 Bijak )
Tahap 2 : Nur Marini Binti Noor Izzuddin ( 6 Pintar )
Tahniah kepada pemenang...
Monday, 3 March 2014
Program Gotong Royong Anjuran PIBG SKAG
AJK PIBG SKAG bersama-sama guru telah menganjurkan satu program gotong royong di SKAG. Program kali ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pihak sekolah,guru dan ibubapa. Bukan sahaja program kali ini dapat menyerikan dan membersihkan kawasan sekolah,malah ia telah menambah dan mengeratkan lagi hubungan antara guru dan ibu bapa. Tahniah PIBG,tahniah pihak pentadbir, tahniah guru-guru SKAG dan tahniah kepada ibubapa yang turut hadir memberikan sumbangan yang tidak ternilai harganya..TERIMA KASIH SEMUA.....
| Murid dan En Abd Hadi sedang mengindahkan taman herba SKAG |
| En Suhaimi sedang menanam pokok bunga di dataran terbuka. |
| En Khairul Anuar (PK KO SKAG) bersama-sama ibubapa sedang membersihkan kawasan kantin SKAG |
| Bapa-bapa yang hadir sedang menikmati sarapan yang disediakan |
Friday, 28 February 2014
Sumbangan minuman Milo
Syarikat Nestle (Malaysia) BHD telah mengunjungi SKAG untuk memberikan minuman MILO percuma kepada murid-murid di SKAG. Sepanjang kehadiran pasukan MILO di SKAG , pelbagai aktiviti menarik telah berlansung yang di sertai oleh murid-murid SKAG yang terpilih. Terima Kasih kepada pihak MILO kerana sudi mengunjungi SKAG dan mengagihkan minuman percuma kepada murid-murid SKAG.
Saturday, 22 February 2014
KEM KEPIMPINAN BERKUALITI SKAG 2014
Pada 22 Febuari 2014 telah diadakan Kem Kepimpinan Berkualiti SKAG 2014 yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Disiplin dan Unit Pusat Sumber Sekolah. Kem yang dijalankan ini adalah khusus untuk Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya dan Ketua serta Penolong Kelas dari tahun 1 hingga ke tahun 6. Tujuan kem kepimpinan ini diadakan ialah untuk mengasah bakat kepimpinan serta menyedarkan peserta bahawa disiplin dan kepimpinan adalah penting kepada mereka. Kem ini telah berjalan dengan lancar dan berakhir seperti di rancang. Tahniah kepada pihak pentadbir,penganjur dan juga kepada semua guru-guru yang terlibat.
Ucapan Perasmian oleh Guru Besar Encik Zulhisham Bin Nasir
| Bacaan Doa Oleh Ustaz Ikram Bin Ismail |
| Peserta Kem |
| Fasilitator yang terdiri dari pihak GPMS |
| Peserta melakukan aktiviti 'Ice Breaking' |
Ceramah ( Kepimpinan Cemerlang ) oleh Encik Shah Rizal
Murid-murid menjalankan aktiviti
Aktiviti berkumpulan
Sesi Pengucapan Awam
Peserta mengadakan sesi perbincangan
Sesi perbentangan
Latihan kawad kaki asas
Sesi latihan bidang tugas
Muhasabah diri
Muhasabah diri
Penyampaian sijil penyertaan
Murid menyalin nota
Gelagat peserta
Subscribe to:
Posts (Atom)






















