Saturday, 26 July 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Andai langkah membekas lara,
Andai kata merungkai dusta,
Andai tingkah menoreh luka,
Izinkan kami bersimpuh sila,
Menghulur tangan di bulan mulia,
Selamat Hari Raya Aidil Fitri,
Dari seluruh Warga SKAG,
Minal Aidil Wal Faizin..

Thursday, 24 July 2014

SUMBANGAN DARI 7 ELEVEN

Pada hari Isnin yang lepas 21/7/2014 pihak sekolah telah menerima sumbangan dari pihak 7-Eleven cawangan Kepong. Sumbangan yang diberi adalah dalam bentuk barangan bernilai RM3000. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Encik Shuhil Nizam Bin Shukor selaku Pengurus Operasi bahagian Jualan dan Operasi.  Sumbangan ini akan diagihkan kepada murid SKAG dari keluarga miskin dan anak yatim. Pihak SKAG mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak 7 Eleven.


Monday, 21 July 2014

Majlis Khatam Al-Quran Dan Penutupan Program Ihya Ramadhan

Majlis Khatam Al-Quran Dan Penutupan Program Ihya Ramadhan telah berlansung di dewan terbuka SKAG . Majlis penutup telah dirasmikan oleh Guru Besar SKAG SKAG, En Zulhisham Bin Nasir. Alhamdulillah majlis telah berjalan denga lancar dan berakhir seperti yang dirancangkan. Semoga Allah memberi kita ruang dan waktu di masa hadapan untuk meneruskan majlis kerohanian sebegini. Terima kasih jua kepada Ustaz Wan Mohd Nor Bin Ali kerana sudi menghadiri majlis ini. Hanya Allah yang akan mampu membalas segala kebaikan.
Syukran jazilan شُكْرًا جَزِيْلً  Alhamdulillah




Sumbangan Hari Raya Dari KEGAP

Kegap(Kelab Guru Dan Kakitangan SK Antara Gapi ) telah menyerahkan sumbangan berbentuk baangan keperluan untuk beberapa keluarga murid Sk Antara Gapi yang memerlukan. Sumbangan telah dilakukan oleh Pengerusi KEGAP sendiri ke rumah-rumah keluarga sebagai satu ibadah dan jariah yang ikhlas dari KEGAP . Semoga acara sebegini akan diteruskan lagi pada tahun-tahun hadapan.



Sunday, 29 June 2014

SUKAN TAHUNAN SKAG 2014

29 Jun 2014- Alhamdulillah ,telah berlansung dengan jayanya acara sukan tahunan SKAG 2014. Kali ini acara telah berlansung dengan meriah sekali. Kehadiran ibubapa yang turut memeriahkan majlis menjadikan acara sukan kali ini lebih memberansangkan.Kehadiran gerai-gerai jualan juga menceriakan suasan sukan pada tahun ini. Terima kasih kepada semua,pihak pentadbir,guru-guru,ibubapa dan juga pihak PIBG yang turut memberikan sumbangan pada tahun ini. Thumbs Up.

Majulah Sukan Untuk Negara.













Wednesday, 14 May 2014

PEMBERITAHUAN CUTI SEKOLAH DAN CUTI GANTI SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2014

Pemberitahuan Cuti Sekolah Dan Ganti Sempena Hari Raya Aidilfitri 2014
Adalah dimaklumankan bahawa sekolah cuti gati sempena Hari Raya Aidilfitri 2014. Maklumat mengenai persekolahan cuti ganti adalah seperti di bawah:


Saturday, 15 March 2014

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 10 2014

SKAG telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 9 untuk tahun 2014. Majlis telah bermula  pada 8.30 pg dan berakhir pada 12.00 tengahari. Majlis yang dirasmikan oleh YB Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan (Adun Batang Kali) telah dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Ikram Bin Ismail, kemudian diteruskan dengan ucapan ringkas dari YDP PIBG 2012,En Radzuan Bin Jaafar , ucapan dari En Zulhisham Bin Nasir ( Guru Besar SKAG )  mewakili pihak pentadbir SKAG dan ucapan perasmian oleh YB Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan (Adun Batang Kali). Majlis telah berlansung dengan lancar seperti dirancang. Majlis juga diselitkan dengan persembahan koir oleh murid tahun 4 SKAG dan juga kumpulan Qasidah SKAG yang diketuai oleh adik Akhyar Aiman. Seterusnya acara penganugerahan istimewa kepada murid cemerlang UPSR 2013 yang mendapat 5A dan 4A 1B.  Majlis diteruskan lagi dengan pembubaran AJK PIBG 2013 dan perlantikan AJK PIBG 2014 yang baru. Tahniah kepada ahli AJK PIBG 2014 yang baru dilantik. Di harapkan, PIBG akan terus cemerlang pada sesi kali ini. Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada YB Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan (Adun Batang Kali)  kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri dan merasmikan Mesyuarat PIBG Kali-10 (2014) dan juga ibu bapa yang turut hadir dan memberikan kerjasama pada mesyuarat kali ini. Terima Kasih. Terima Kasih.  Terima Kasih.