Pada pagi ini SKAG telah melancarkan
Senamrobik serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia.
Acara ini disertai oleh seluruh warga sekolah bermula jam 8.00 pagi di dataran
perhimpunan. Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia adalah kesinambungan
kepada pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan. Senamrobik serentak ini dijangka akan
mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai “Largest
Simultaneous Participation of School Students In An Aerobic Session” yang akan disertai oleh sekurang-kurangnya 4.5 juta
murid, guru dan warga KPM.
Matlamat mengadakan aktiviti senamrobik ini
adalah untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat, dan membudayakan
senaman sebagai amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka. Menerusi
senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini
dilakukan dengan iringan muzik berserta dengan gaya senaman yang dapat
menyihatkan tubuh badan.
Di samping itu, aktiviti senamrobik ini juga
bertujuan membina keyakinan diri murid supaya yakin melibatkan diri di dalam
aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.
No comments:
Post a Comment