Tarikh : 28 DISEMBER 2013
Hari : SABTU
Masa : 8.30 PAGI (PENDAFTARAN)
Tempat : a. TAKLIMAT IBU BAPA / PENJAGA (DEWAN TERBUKA)
b. AKTIVITI SUAIKENAL MURID TAHUN 1 (DEWAN BESAR)
Wednesday, 11 December 2013
Saturday, 16 November 2013
Taklimat Sarana Ibu bapa, Sarana Sekolah 2014 Dan Taklimat Ibu bapa Pra Sekolah
Pihak SKAG telah mengadakan satu taklimat sarana ibu bapa yang bertempat di dewan besar SKAG. Taklimat ini adalah bertunuan untuk memberi pendedahan dan pencerahan kepada ibu bapa yang hadir mengenai program sarana ibu bapa yang telah diwujudkan oleh pihak kementerian dimana program sarana ibu bapa dan sarana sekolah merupakan satu program dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 yang dgerakkan untuk memastikan Falsafah Pendidikan Negara - Melahirkan individu yang holistik dapat dijayakan dengan efektif. Ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah hadir dan memberi kerjasama dan sokongan kepada pihak SKAG.
Di samping itu, pada hari yang sama, satu sesi taklimat diberikan kepada ibu bapa murid prasekolah SKAG 2014. Taklimat ini juga adalah untk memberi pendedahan dan pencerahan kepada ibu bapa murid prasekolah yang akan menghadiri sesi persekolahan untuk tahun 2014.
Di samping itu, pada hari yang sama, satu sesi taklimat diberikan kepada ibu bapa murid prasekolah SKAG 2014. Taklimat ini juga adalah untk memberi pendedahan dan pencerahan kepada ibu bapa murid prasekolah yang akan menghadiri sesi persekolahan untuk tahun 2014.
Ucapan oleh Guru Besar SKAG,En Zulhisham Bin Nasir. Turut hadir YDP PIBG En Radzuan, NYDP En Zaid dan juga Pn Azimah selaku wakil sarana sekolah SKAG. |
Ibubapa yang hadir ke taklimat. |
Thursday, 14 November 2013
Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SKAG 2013
14/11/13 SKAG telah mengadakan satu Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SKAG 2013 . Program yang telah berlansung seawal 8.00 pg sehingga 12.30 tengahari bertujuan untuk menyampaikan anugerah-anugerah kecermelangan kepada murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan ko kurikulum. Majlis juga di sertakan dengan acara pengumuman keputusan UPSR 2013.Pada kali ini, seramai 3 orang murid telah mendapat 5A dan 7 orang murid mendapat 4A 1B. Tahniah kepada semua murid yang berjaya dan cemerlang.
Bacaan Doa oleh En Ikram Ismail. |
Ibubapa yang hadir |
Ucapan dari Guru Besar SKAG En Zulhisham Bin Nasir |
Persembahan tarian oleh murid Pra Sekolah |
Majlis Graduasi Prasekolah |
Persembahan nyanyian oleh adik Sara Khaleeda murid dari tahun 3 |
'Choral Speaking' oleh murid tahun 3 Pintar |
Penyampaian Anugerah kepada murid. |
Nur Irdina Bt Roslan telah menerima anugerah tokoh murid untuk tahun 2013. |
Nur Irdina bersama ibu dan bapanya, Pn Ruzina dan En Roslan. |
Wednesday, 13 November 2013
Augerah Kualiti Pendidikan Islam - Pengurusan Panitia Pendidikan Islam Terbaik (Sekolah Rendah ).
Tahiah di ucapkan kepada Panitia Pendidikan Islam SKAG kerana telah menerima satu anugerah dari Jabatan Pendidikan Selangor yang amat bermakna sekali. Pihak Panitia Pendidikan Islam SKAG telah menerima Augerah Kualiti Pendidikan Islam - Pengurusan Panitia Pendidikan Islam Terbaik (Sekolah Rendah ). Tahniah!Tahniah!Tahniah!
Makluman Program Karnival Pusat Sumber Sekolah Dengan Kerjasama Pibg Sk Antara Gapi Tahun 2013
Kepada Ibu bapa/ Penjaga Murid
Sekolah Kebangsaan Antara Gapi
Makluman Program Karnival Pusat Sumber Sekolah Dengan Kerjasama Pibg Sk Antara Gapi Tahun 2013
Dengan segala hormatnya tuan puan Ibu bapa/ Penjaga Murid Sekolah Kebangsaan Antara Gapi adalah di jemput untuk menghadiri Program Karnival Pusat Sumber Sekolah Dengan Kerjasama Pibg Sk Antara Gapi Tahun 2013 pada ketetapan berikut
Tarikh : 16 November 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 pg hingga 1.00 petang
Tempat: Sk Antara Gapi
Datanglah beramai-ramai untuk menyokong dan memeriahkan lagi program kali ini.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti Jualan Karnival PSS
* wakaf buku,pertandingan mewarna,pameran,permainan belon istana,bot belon dan banyak lagi.
Sekolah Kebangsaan Antara Gapi
Makluman Program Karnival Pusat Sumber Sekolah Dengan Kerjasama Pibg Sk Antara Gapi Tahun 2013
Dengan segala hormatnya tuan puan Ibu bapa/ Penjaga Murid Sekolah Kebangsaan Antara Gapi adalah di jemput untuk menghadiri Program Karnival Pusat Sumber Sekolah Dengan Kerjasama Pibg Sk Antara Gapi Tahun 2013 pada ketetapan berikut
Tarikh : 16 November 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 pg hingga 1.00 petang
Tempat: Sk Antara Gapi
Datanglah beramai-ramai untuk menyokong dan memeriahkan lagi program kali ini.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti Jualan Karnival PSS
* wakaf buku,pertandingan mewarna,pameran,permainan belon istana,bot belon dan banyak lagi.
Saturday, 9 November 2013
Seminar Integriti
Pada 9/11/13 SKAG telah menjadi tuan rumah untuk Seminar Integriti Warga Pendidik Daerah Hulu Selangor yang juga telah dihadiri oleh lima buah sekolah lain yang berdekatan .Seminar adalah bertujuan pendedahan mengenai Integriti di kalangan guru-guru di Hulu Selangor.
Wednesday, 30 October 2013
SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SKAG 2013
Pada 29 Oktober 2013 telah diadakan Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat Sekolah Kebangsaan Antara Gapi. Pada hari tersebut murid-murid diraikan dengan kehadiran Chicky dan kawan kawan daripada KFC. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya pertandingan mewarna, mencipta kad ucapan, permainan dan sebagainya. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak KFC di atas kesudian hadir ke sekolah untuk meraikan murid-murid sempena Hari Kanak-kanak.
Aktiviti bersama Chicky dan kawan - kawan
Murid-murid prasekolah sedang menjalankan aktiviti mewarna.
Pertandingan membuat kad ucapan Hari Kanak-kanak
Pertandingan membuat kolaj
Pertadingan mewarna
Agihan KFC kepada murid-murid
Murid-murid menjamu selera dengan KFC
Aktiviti permainan 1
Aktiviti permainan 2
Murid-murid berasa seronok dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Aturcara program diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah bagi pemenang yang menang dalam pertandingan yang dijalankan.
Saturday, 26 October 2013
LAWATAN ILMIAH KE PULAU LANGKAWI 2013
Pada 25 hingga 28 Oktober 2013 telah diadakan Lawatan Ilmiah ke Pulau Langkawi. Seramai 34 orang murid dan 3 orang guru pengiring telah menyertai lawatan tersebut. Program lawatan ini adalah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SKAG. Para peserta telah berkumpul di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad ( KTMB) Rawang seawal jam 9.00 malam. Para peserta diberi taklimat oleh penyelaras program berkaitan dengan perjalanan dan peraturan semasa lawatan. Pihak kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Dipertua PIBG iaitu Encik Radzuan yang turut sama berada di Stesen KTMB Rawang untuk melihat dan membantu para peserta yang akan bertolak ke Langkawi. Para peserta bertolak pada pukul 10.30 malam dan tiba di Pulau Langkawi pada pukul 10.00 pagi. Para peserta juga telah menginap di Hotel Sri Lagenda Kuah Langkawi.
Para peserta bersiap sedia menaiki keretapi KTMB
Para peserta di dalan keretapi
Gelagat peserta di dalam Feri menuju ke Pulau langkawi
Wajah ceria peserta lawatan setelah sampai di Jeti Pulau Langkawi
Hari pertama lawatan
Destinasi perta ialah para peserta ke Royal International Regatta 2014 untuk menyaksikan kapal-kapal layar dan kapal-kapal mewah yang berlabuh di perairan Pulau Langkawi.
Di atas kapal mewah "Freedom"
Di Royal Internatinal Regatta 2014
Destinasi kedua ialah peserta ke Makam Mahsuri. Di Makam Mahsuri, selain dapat melihat sendiri Makam Mahsuri, peserta juga dapat melihat telaga Mahsuri dan membasuh muka di telaga tersebut. Di samping itu juga dapat melihat rumah Mahsuri dan melihat pameran yang menceritakan sejarah silam Mahsuri.
Para peserta di Makam Mahsuri
Para peserta di telaga Mahsuri
Rumah tradisional Mahsuri
Para peserta melihat pameran sejarah silam Mahsuri
Destinasi ketiga ialah ke Beras Terbakar. Para peserta dapat melihat lokasi sejarah beras terbakar di Padang Matsirat.
Para peserta membaca sejarah beras terbakar dan melihat beras terbakar
Bergambar kenangan di lokasi beras terbakar yang ditanam
Destinasi keempat ialah ke Underwater World. Para peserta dapat melihat dunia hidupan laut dan darat. Seolah-olah berada di dalam sebuah akuarium.
Murid melihat hidupan di Underwater World
Gelagat murid melihat hidupan
Wah... cantiknya ikan...
Murid melihat gelagat penguin.
Gelagat murid.
Hari Kedua
Destinasi pertama ialah ke Cable Car. Murid dapat merasai pengalaman menaiki Cable Car menuju ke puncak gunung Mat Cinchang.
Murid menaiki kereta kabel atau gondola.
Gelagat murid di dalam gondola.
Gelagat peserta di atas puncak gunung Mat Chingcang
Peserta lawatan bergambar kenangan di atas puncak gunung Mat Chingcang
Bergambar kenangan di Cable Car
Destinasi kedua pula ialah ke Kilang Memproses Gamat. Di tempat tersebut murid dapat melihat cara-cara dan proses membuat gamat dan membeli belah gamat asli.
Peserta merasa gamat asli yang dimasak.
'
Destinasi ketiga ialah ke Dataran Lang . Terdapat sebuiah replika burung helang yang melambangkan Pulau Langkawi.
Maklumat replika burung helang.
Replika burung helang yang menjadi lambang Pulau Langkawi.
Gelagat peserta di replika burung helang.
Peserta bergambar kenangan di peta Pulau Langkawi yang terdapat di Dataran Lang
Kenangan di Pulau Langkawi ( antara sedutan video gelagat peserta lawatan yang sempat dirakamkan)
Para peserta lawatan menyatakan rasa seronok sepanjang lawatan tersebut dan ingin mengikuti semula pada masa akan datang. Sesungguhnya banyak ilmu dan pengalaman baru diperolehi oleh para peserta sepanjang mengikuti lawatan ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)