Pada 25 hingga 28 Oktober 2013 telah diadakan Lawatan Ilmiah ke Pulau Langkawi. Seramai 34 orang murid dan 3 orang guru pengiring telah menyertai lawatan tersebut. Program lawatan ini adalah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SKAG. Para peserta telah berkumpul di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad ( KTMB) Rawang seawal jam 9.00 malam. Para peserta diberi taklimat oleh penyelaras program berkaitan dengan perjalanan dan peraturan semasa lawatan. Pihak kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Dipertua PIBG iaitu Encik Radzuan yang turut sama berada di Stesen KTMB Rawang untuk melihat dan membantu para peserta yang akan bertolak ke Langkawi. Para peserta bertolak pada pukul 10.30 malam dan tiba di Pulau Langkawi pada pukul 10.00 pagi. Para peserta juga telah menginap di Hotel Sri Lagenda Kuah Langkawi.
Para peserta bersiap sedia menaiki keretapi KTMB
Para peserta di dalan keretapi
Gelagat peserta di dalam Feri menuju ke Pulau langkawi
Wajah ceria peserta lawatan setelah sampai di Jeti Pulau Langkawi
Hari pertama lawatan
Destinasi perta ialah para peserta ke Royal International Regatta 2014 untuk menyaksikan kapal-kapal layar dan kapal-kapal mewah yang berlabuh di perairan Pulau Langkawi.
Di atas kapal mewah "Freedom"
Di Royal Internatinal Regatta 2014
Destinasi kedua ialah peserta ke Makam Mahsuri. Di Makam Mahsuri, selain dapat melihat sendiri Makam Mahsuri, peserta juga dapat melihat telaga Mahsuri dan membasuh muka di telaga tersebut. Di samping itu juga dapat melihat rumah Mahsuri dan melihat pameran yang menceritakan sejarah silam Mahsuri.
Para peserta di Makam Mahsuri
Para peserta di telaga Mahsuri
Rumah tradisional Mahsuri
Para peserta melihat pameran sejarah silam Mahsuri
Destinasi ketiga ialah ke Beras Terbakar. Para peserta dapat melihat lokasi sejarah beras terbakar di Padang Matsirat.
Para peserta membaca sejarah beras terbakar dan melihat beras terbakar
Bergambar kenangan di lokasi beras terbakar yang ditanam
Destinasi keempat ialah ke Underwater World. Para peserta dapat melihat dunia hidupan laut dan darat. Seolah-olah berada di dalam sebuah akuarium.
Murid melihat hidupan di Underwater World
Gelagat murid melihat hidupan
Wah... cantiknya ikan...
Murid melihat gelagat penguin.
Gelagat murid.
Hari Kedua
Destinasi pertama ialah ke Cable Car. Murid dapat merasai pengalaman menaiki Cable Car menuju ke puncak gunung Mat Cinchang.
Murid menaiki kereta kabel atau gondola.
Gelagat murid di dalam gondola.
Gelagat peserta di atas puncak gunung Mat Chingcang
Peserta lawatan bergambar kenangan di atas puncak gunung Mat Chingcang
Bergambar kenangan di Cable Car
Destinasi kedua pula ialah ke Kilang Memproses Gamat. Di tempat tersebut murid dapat melihat cara-cara dan proses membuat gamat dan membeli belah gamat asli.
Peserta merasa gamat asli yang dimasak.
'
Destinasi ketiga ialah ke Dataran Lang . Terdapat sebuiah replika burung helang yang melambangkan Pulau Langkawi.
Maklumat replika burung helang.
Replika burung helang yang menjadi lambang Pulau Langkawi.
Gelagat peserta di replika burung helang.
Peserta bergambar kenangan di peta Pulau Langkawi yang terdapat di Dataran Lang
Kenangan di Pulau Langkawi ( antara sedutan video gelagat peserta lawatan yang sempat dirakamkan)
Para peserta lawatan menyatakan rasa seronok sepanjang lawatan tersebut dan ingin mengikuti semula pada masa akan datang. Sesungguhnya banyak ilmu dan pengalaman baru diperolehi oleh para peserta sepanjang mengikuti lawatan ini.
Best dan excited sangat. Tahun depan nak ikot lagi trip sekolah ya ^_^
ReplyDelete