Saturday, 18 May 2013

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah SKAG 2013

Pihak SKAG telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru 2013 yang dianjurkan  oleh pihak Kelab Guru SKAG (KEGAP). Majlis yang sepatutnya di adakan pada 16 Mei 2013 terpaksa ditunda kerana Peperiksaan Pertengahan Tahun sedang berlansung pada tarikh tersebut.  Majlis yang dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Ikram Bin Ismail dan kemudian disusuli dengan nyanyian lagu ' Guru Malaysia' dan 'Warisan' yang disampaikan oleh semua guru SKAG. Majlis telah diteruskan dengan bacaan surah Yassin oleh semua guru yang hadir sebagai tanda kesyukuran kepada ALLAH S.W.T kerana  memberikan kesempatan kepada semua guru dan murid untuk menyambut hari guru kali ini. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan ucapan dan amanat dari Guru Besar SKAG, En. Zulhisham Bin Nasir. Sambutan kali ini telah dimeriahkan lagi oleh persembahan tarian dari murid-murid Prasekolah yang dibimbing oleh guru-guru Prasekolah yang begitu berbakat dan kreatif sekali. Murid-murid tahap 2 dan tahap 1 juga mengambil bahagian dalam membuat persembahan kerana ingin memberi penghargaan kepada semua guru-guru SKAG .Acara persembahan di akhiri oleh persembahan  tarian ala 'Retro' dari guru-guru SKAG. Alhamdulillah, majlis telah berjalan dengan lancar dan juga berakhir seperti yang dirancangkan. Tahniah kepada guru-guru dan pihak pentadbir yang telah memberi kerjasama yang amat jitu sekali dalam menjayakan majlis Sambutan Hari Guru kali ini. 1 Aspirasi 1 Agenda.
Bacaan Perutusan Hari Guru pada 16 Mei 2013

En. Farid yang sedang bersedia untuk melansungkan  acara sukaneka guru.

Wednesday, 15 May 2013

Selamat Hari Guru





Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik. Semoga tuan-tuan/puan-puan dapat meneruskan tekad dan iltizam tanpa mengenal erti jemu untuk memberikan sumbangan dan khidmat bantu dengan penuh hormat dan kasih sayang demi anak bangsa Malaysia yang tercinta. Semoga setiap pengorbanan dirahmati Allah di dunia dan akhirat.
‘Guru Malaysia : 1Aspirasi 1Agenda’
SELAMAT HARI GURU. TERIMA KASIH CIKGU

Friday, 10 May 2013

Perkhemahan Agung Badan Beruniform SKAG 2013

10/5/13- Unit Kokurikulum SKAG telah mengadakan satu Perkhemahan Agung Badan Beruniform SKAG untuk tahun 2013. Perkhemahan yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Antara Gapi telah disertai oleh 3 badan beruniform sekolah iaitu Pengakap,Puteri  Islam dan Kadet Remaja Sekolah. Perkhemahan telah berlansung selama 2 hari 1 malam iaitu bermula pada 10/5/13 sehingga 11/5/13. Tahniah kepada semua guru,murid dan juga ibubapa yang turut memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan perkhemahan kali ini.
Murid mendengar ucapan dari Guru Besar SKAG En Zulhisham Bin Nasir.
Taklimat kepada peserta oleh Komader Kem En Abd Hadi.


Peserta menyanyikan lagu Negaraku

Aktiviti membina dan meniru gajet oleh peserta.


Peserta sedang memasang khemah dan dibantu oleh Puan Kartini.

Aktiviti memasang khemah oleh peserta dan dibantu guru penasihat.
                                           

Peserta menghadiri Malam Kebudayaan dan bersiap sedia untuk melakukan persembahan seni dalam kumpulan.
                                                     

Friday, 3 May 2013

Isnin ini Hari Pelepasan Am

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Kepada semua warga SKAG dan ibu bapa..
Adalah dimaklumkan bahawa Isnin ini bersamaan 6hb Mei 2013 merupakan Hari Pelepasan Am sepertimana yang telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor..Semua sekolah dan PPD bercuti pada hari tersebut..Harap Maklum..

LAWATAN MURID PRASEKOLAH KE KIDZANIA KUALA LUMPUR

Pada 2 Mei 2013 Prasekolah Sk Antara Gapi telah mengadakan lawatan sambil belajar murid-murid prasekolah ke Kidzania. Seramai 47 orang murid terlibat dalam lawatan ini dan 8 orang guru pengiring. Antara objektif lawatan ini adalah untuk memberi pengalaman baru kepada murid -murid prasekolah tentang kerjaya pada masa akan datang serta dapat membantu meningkatkan keyakinan diri murid-murid untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mengecapi kerjaya yang diinginkan. Semasa di Kidzania murid-murid diberi peluang untuk merasai sendiri pelbagai jenis pekerjaan seperti murid diberi peluang menjadi seorang ahli bomba serta memadamkan kebakaran, menjadi seorang jurutera, doktor dan sebagainya. Murid-murid akan melakukan sendiri kerjaya tersebut.



                                            Kidzania Kuala Lumpur



                             Murid berkumpul sebelum bertolak ke Kidzania


             Murid -murid diberi taklimat sebelum masuk ke dalam Kidzania


                                 Kerjaya sebagai ahli bomba


                                  Murid memadam kebakaran


                               Kerjaya sebagai Juruterbang


                              Kerjaya sebagai Pramugara/ Pramugari


                              Kerjaya sebagai Attanden pam minyak


                             Kerjaya sebagai Pegawai Polis


                                 Kerjaya sebagai Chef


                                 Kerjaya sebagai Pengecat Bangunan