Pada 2 Mei 2013 Prasekolah Sk Antara Gapi telah mengadakan lawatan sambil belajar murid-murid prasekolah ke Kidzania. Seramai 47 orang murid terlibat dalam lawatan ini dan 8 orang guru pengiring. Antara objektif lawatan ini adalah untuk memberi pengalaman baru kepada murid -murid prasekolah tentang kerjaya pada masa akan datang serta dapat membantu meningkatkan keyakinan diri murid-murid untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mengecapi kerjaya yang diinginkan. Semasa di Kidzania murid-murid diberi peluang untuk merasai sendiri pelbagai jenis pekerjaan seperti murid diberi peluang menjadi seorang ahli bomba serta memadamkan kebakaran, menjadi seorang jurutera, doktor dan sebagainya. Murid-murid akan melakukan sendiri kerjaya tersebut.
Kidzania Kuala Lumpur
Murid berkumpul sebelum bertolak ke Kidzania
Murid -murid diberi taklimat sebelum masuk ke dalam Kidzania
Kerjaya sebagai ahli bomba
Murid memadam kebakaran
Kerjaya sebagai Juruterbang
Kerjaya sebagai Pramugara/ Pramugari
Kerjaya sebagai Attanden pam minyak
Kerjaya sebagai Pegawai Polis
Kerjaya sebagai Chef
Kerjaya sebagai Pengecat Bangunan
AKTIVITI YANG HARUS MENJADI AKTIVITI TAHUNAN DAN MENJADI CONTOH KEPADA ALIRAN PERDANA. PRASEKOLAH DAH MULA, TAHAP 1 & 2 BILA LAGI?
ReplyDelete"ASSALAMUALAIKUM" puan mia hanim..
ReplyDelete:) "KATA2" yg saya kira paling "MANIS" bagi saya GURU PRASEKOLAH..
:) AKTIVITI ini memerlukan BELANJA YANG BESAR PUAN.. bukan SERINGGIT DUA..
:) ALHAMDULILLAH.. "PENJAGA" anak murid saya "BERI KERJASAMA" dengan "BAIK" dan "SANGAT TIP TOP"
:) mereka [PENJAGA MURID PRASEKOLAH] jika ada masalah atau ketidak puas hatian akan terus ke sekolah puan. PUAN BOLEH CONTOHI SIKAP MEREKA.. biarpun sekadar hal seluar dan baju.. MEREKA RUJUK KEPADA YG BERKENAAN PUAN
P/S: :) jika puan "SANGAT BERMINAT" boleh bawa anak puan seisi keluarga di THE CURVE..