Thursday, 27 June 2013

Latihan VLE Frog Untuk Murid


27/6/2013  Pendedahan dan latihan mengenai satu program pembelajaran secara maya yang berteraskan teknologi maklumat telah pun diberikan kepada murid SKAG secara berperingkat-peringkat. Antara murid yang terlibat adalah murid dari tahun 2 Pintar, 3 Pintar, 3 Bijak dan juga 4 Bijak.  Semoga program ini akan dapat memajukan lagi warga SKAG dalam akademik serta memberi motivasi dan  menarik minat warga SKAG untuk terus belajar dan cemerlang  di dalam pelajaran. Keseluruhan murid memberikan minat dan sikap yang positif terhadap program ini.
Dashboard yang menjadi contoh kepada murid.

Murid 3 Bijak


Murid 2 Pintar

Murid 2 Pintar
Tayangan skrin yang menjadi contoh kepada murid

Wednesday, 26 June 2013

PROMOSI SSPN-I DI SEKOLAH KEBANGSAAN ANTARA GAPI

Adalah dimaklumkan bahawa pihak PTPTN akan mengadakan promosi SSPN-i di Sekolah Kebangsaan Antara Gapi. Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.

Mulai 1 Januari 2012, para pelajar yang ingin memohon pembiayaan pendidikan PTPTN bagi membiayai pengajian mereka di Politeknik, IPTA atau IPTS adalah DIWAJIBKAN untuk mempunyai akaun SSPN-i dengan simpanan minimum sebanyak RM20.00 Berikut adalah maklumat tentang promosi yang akan dijalankan.


          


PROMOSI DAN PEMBUKAAN KAUNTER SSPN

TARIKH    12 JULAI 2013 (JUMAAT)

MASA       8:00 PAGI – 1:00 TGH

TEMPAT   :Sekolah Kebangsaan Antara Gapi,
                    Jalan Gapi 1 A, Antara Gapi,
                    48200 Serendah,
                   Selangor Darul Ehsan.

Borang permohonan akan diedarkan kepada murid tahap 2 pada 28 hb Jun 2013

KEISTIMEWAAN SSPN

SSPN menawarkan keistimewaan berikut :

   ●Layak memohon pembiayaan pendidikan PTPTN;
●Pelepasan cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM6,000.00 setahun;
●Perlindungan Takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan     
   RM1,000.00 dan ke atas;
●Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak;
●Simpanan serendah RM20.00 pada bila-bila masa dan dijamin oleh Kerajaan;dan
●Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;



KAEDAH PEMBUKAAN AKAUN

Pembukaan akaun SSPN boleh dibuat melalui kaunter perkhidmatan PTPTN di One Stop Center KL Sentral Bangunan MRCB Shah Alam, dan semua cawangan ejen SSPN di seluruh negara.

Dokumen-dokumen yang perlu disertakan (WAJIB) semasa membuka akaun ialah:-

•Salinan MyKad/Kad Tentera/Kad Polis Pemohon;

•Salinan Sijil Kelahiran/MyKid/MyKad Anak; dan

•Surat Akuan Berkanun/Sijil Anak Angkat (bagi ibu bapa yang ingin membuka akaun bagi anak angkat di bawah jagaan sah mereka).


Sebarang pertanyaan boleh menghubungi En. Farid di talian 0355104753.
Sekian, terima kasih.

Monday, 24 June 2013

Makluman

Sekolah dibuka seperti biasa pada SELASA bersamaan 25/6/2013...
Harap Maklum..Terima Kasih.

Sunday, 23 June 2013

Keselamatan dan Kesihatan Murid

Diharapkan semoga semua murid SKAG menjaga keselamatan dan kesihatan ketika masalah jerebu yang masih melanda.  Dinasihatkan agar murid-murid memakai penutup hidung (respiratory mask) seperti yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan semasa dalam perjalanan ke sekolah dan pulang ke rumah, terutamanya bagi murid-murid yang berbasikal dan yang berjalan kaki ke sekolah. Murid-murid juga dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar rumah.Terima Kasih

Program Motivasi Murid Tahun 4 & 5 bersama Ibubapa Anjuran PIBG SKAG


 23/6/2013 Satu program  motivasi murid Tahun 4 & 5 bersama Ibubapa telah anjuran PIBG SKAG bersama Unit Kecermelangan Tahun 4 & 5 serta Unit Kaunseling SKAG telah berlansung. Acara yang  bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada 12.30 tengahari. Program kali ini adalah bersama Pakar Motivasi En Shah Rizal Bin Mukhtar telah memberikan banyak ilmu dan manafaat kepada murid dan peserta yang hadir. Tahniah kepada ibubapa yang sudi hadir dan memberikan kerjasama dan menemani anak-anak anda untuk bersama-sama memberikan suntikan semangat dan sokongan moral kepada anak-anak SKAG. Ke arah ' Membina Keluarga Cemerlang'. Terima kasih kepada pihak pentadbir SKAG, PIBG SKAG,Unit Kecermelangan Tahun 4 & 5 SKAG , Unit Kaunseling, guru-guru yang terlibat dan tidak lupa ibubapa yang hadir..terima kasih...terima kasih..terima kasih.


Pn Azimah selaku penyelaras unit kecemelangan Tahun 4 & 5 Skag sedang mengalu-alukan kedatangan Ibubapa dan murid.
En Shah Rizal sedang memberikan kata-kata semangat kepada murid dan juga ibubapa.

Ibubapa juga tekun mendengar tips-tips dari Encik Shah Rizal 


Murid dan Ibubapa yang hadir  juga disediakan makanan ketika program berehat seketika.
                                           
                                           

Makluman-Sekolah Ditutup 24.6.13

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kepada Semua Warga SKAG Dan Ibubapa.
 Adalah dimaklumkan bahawa pada ISNIN bersamaan 24.6.2013 sekolah-sekolah di Selangor  ditutup. Pejabat pentadbiran beroperasi seperti biasa, 
Terima Kasih ....Harap Maklum.

Sunday, 16 June 2013

Program Mentor-Mentee

Unit Kaunseling SKAG telah melancarkan program Mentor-Mentee yang melibatkan seramai 37 orang murid tahun 6 dan 37 guru. Murid akan diberi bimbingan dibawah jagaan guru-guru yang telah ditetapkan. Murid ini akan dibimbing sehingga peperiksaan UPSR berakhir. Semoga usaha kali ini akan membawa SKAG ke arah kecemerlangan UPSR pada tahun ini.
Guru Besar SKAG En Zulhisham menyampaikan fail kepada murid tanda simbolik  pelancaran program Mentor Mentee.

Murid menerima fail sebagai tanda simbolik  pelancaran program Mentor Mentee.

Kem Bestari Solat

15/6/13 Panitia Agama Islam SKAG telah menjalankan satu program yang dinamakan Kem Bestari Solat. Kem ini telah dihadiri oleh murid tahun 1 hingga 5 yang telah dipilih. Murid diajar dan dinilai  tahap peguasaan pengetahuan,bacaan solat dan juga  cara berwudhuk yang betul. Kem bermula pada jam 8.00 pagi telah berakhir pada jam 12.00 tengahari.Tahniah kepada Panitia Agama Islam.

En Ikram sedang memberikan taklimat mengenai Kem Bestari Solat kepada murid.

Murid menikmati jamuan yang disediakan ketika rehat.

Pn Wazni sedang membuat penilaian terhadap murid.

En Moazim sedang memberi tunjuk ajar mengenai bacaan solat sebelum memulakan penilaian.

Tuesday, 11 June 2013

Projek Kemahiran Hidup-Berbudi Kepada Tanah

Panitia Kemahiran Hidup telah menjalankan satu akiviti perkebunan di sekolah. Projek  ini yang telah dikelolakan oleh Panitia Kemahiran Hidup yang di ketuai oleh Encik Abdul Hadi Kamil Bin Mukhtar. Program ini melibatkan pelajar tahun 6 SKAG. Projek menanam kangkung telah menampakkan hasil. Kankung yang  dipetik dan telah diagih-agihkan kepada murid-murid yang terlibat. Tahniah kepada panitia KH dan juga murid tahun 6 yang terlibat.
Murid tahun 6 sedang memetik kangkung yang ditanam.

Murid bekerjasama memetik kangkung untuk diagih-agihkan  kepada murid yang terlibat.

En Abd. Hadi juga turut sama-sama bersama murid memetik kangkung tang ditanam.


Tapak penanaman kangkung yang berada di sebelah bangunan blok  B SKAG.

Monday, 3 June 2013

Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR

Pada 27-30 Mei yang lalu Unit Kurikulum SKAG telah menganjurkan satu bengkel khusus kepada murid-murid tahun 6 bagi persiapan awal menghadapi peperiksaan UPSR 2103. Bengkel  Teknik Menjawab Soalan UPSR telah dianjurkan oleh Unit Kecemerlangan UPSR yang di ketua oleh Puan Jumiyah Bt Mohamad Salleh dan semua guru tahun 6 yang lain serta bersama-sama dengan PIBG SKAG.  Penceramah kali ini terdiri daripada pemeriksa kertas dan juga penggubal soalan . Tahniah kepada PIBG dan pihak SKAG yang kali ini telah turut sama berganding bahu dalam memastikan kecermelangan anak-anak didik SKAG. SYABAS. Terima kasih dari SKAG kepada semua guru-guru tahun 6 yang terlibat yang telah menunjukkan semangat keguruan yang tinggi dan juga PIBG yang telah membantu dalam meghulurkan dana kewangan kali ini. Terima Kasih Semua. Jasa anda semua dihargai.

SEKITAR BENGKEL

Penceramah sedang menyampaikan teknik-teknik menjawab soalan kepada murid.
Murid yang tekun mendengar ceramah 
Bengkel Teknik Menjawab untuk kertas Matematik.

Cenderahati dan sijil penghargaan yang disampaikan oleh GB SKAG En Zulhisham Bin Nasir kepada penceramah jemputan.