Mulai 1 Januari 2012, para pelajar yang ingin memohon pembiayaan pendidikan PTPTN bagi membiayai pengajian mereka di Politeknik, IPTA atau IPTS adalah DIWAJIBKAN untuk mempunyai akaun SSPN-i dengan simpanan minimum sebanyak RM20.00 Berikut adalah maklumat tentang promosi yang akan dijalankan.
TARIKH : 12 JULAI 2013 (JUMAAT)
MASA : 8:00 PAGI – 1:00 TGH
TEMPAT :Sekolah Kebangsaan Antara Gapi,
Jalan Gapi 1 A, Antara Gapi,
48200 Serendah,
Selangor Darul Ehsan.
Borang permohonan akan diedarkan kepada murid tahap 2 pada 28 hb Jun 2013
KEISTIMEWAAN SSPN
SSPN menawarkan keistimewaan berikut :
●Layak memohon pembiayaan pendidikan PTPTN;
●Pelepasan cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM6,000.00 setahun;
●Perlindungan Takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan
RM1,000.00 dan ke atas;
●Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak;
●Simpanan serendah RM20.00 pada bila-bila masa dan dijamin oleh Kerajaan;dan
●Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;
KAEDAH PEMBUKAAN AKAUN
Pembukaan akaun SSPN boleh dibuat melalui kaunter perkhidmatan PTPTN di One Stop Center KL Sentral Bangunan MRCB Shah Alam, dan semua cawangan ejen SSPN di seluruh negara.
Dokumen-dokumen yang perlu disertakan (WAJIB) semasa membuka akaun ialah:-
•Salinan MyKad/Kad Tentera/Kad Polis Pemohon;
•Salinan Sijil Kelahiran/MyKid/MyKad Anak; dan
•Surat Akuan Berkanun/Sijil Anak Angkat (bagi ibu bapa yang ingin membuka akaun bagi anak angkat di bawah jagaan sah mereka).
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi En. Farid di talian 0355104753.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment