Saturday, 18 May 2013

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah SKAG 2013

Pihak SKAG telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru 2013 yang dianjurkan  oleh pihak Kelab Guru SKAG (KEGAP). Majlis yang sepatutnya di adakan pada 16 Mei 2013 terpaksa ditunda kerana Peperiksaan Pertengahan Tahun sedang berlansung pada tarikh tersebut.  Majlis yang dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Ikram Bin Ismail dan kemudian disusuli dengan nyanyian lagu ' Guru Malaysia' dan 'Warisan' yang disampaikan oleh semua guru SKAG. Majlis telah diteruskan dengan bacaan surah Yassin oleh semua guru yang hadir sebagai tanda kesyukuran kepada ALLAH S.W.T kerana  memberikan kesempatan kepada semua guru dan murid untuk menyambut hari guru kali ini. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan ucapan dan amanat dari Guru Besar SKAG, En. Zulhisham Bin Nasir. Sambutan kali ini telah dimeriahkan lagi oleh persembahan tarian dari murid-murid Prasekolah yang dibimbing oleh guru-guru Prasekolah yang begitu berbakat dan kreatif sekali. Murid-murid tahap 2 dan tahap 1 juga mengambil bahagian dalam membuat persembahan kerana ingin memberi penghargaan kepada semua guru-guru SKAG .Acara persembahan di akhiri oleh persembahan  tarian ala 'Retro' dari guru-guru SKAG. Alhamdulillah, majlis telah berjalan dengan lancar dan juga berakhir seperti yang dirancangkan. Tahniah kepada guru-guru dan pihak pentadbir yang telah memberi kerjasama yang amat jitu sekali dalam menjayakan majlis Sambutan Hari Guru kali ini. 1 Aspirasi 1 Agenda.
Bacaan Perutusan Hari Guru pada 16 Mei 2013

En. Farid yang sedang bersedia untuk melansungkan  acara sukaneka guru.

Wednesday, 15 May 2013

Selamat Hari Guru





Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik. Semoga tuan-tuan/puan-puan dapat meneruskan tekad dan iltizam tanpa mengenal erti jemu untuk memberikan sumbangan dan khidmat bantu dengan penuh hormat dan kasih sayang demi anak bangsa Malaysia yang tercinta. Semoga setiap pengorbanan dirahmati Allah di dunia dan akhirat.
‘Guru Malaysia : 1Aspirasi 1Agenda’
SELAMAT HARI GURU. TERIMA KASIH CIKGU

Friday, 10 May 2013

Perkhemahan Agung Badan Beruniform SKAG 2013

10/5/13- Unit Kokurikulum SKAG telah mengadakan satu Perkhemahan Agung Badan Beruniform SKAG untuk tahun 2013. Perkhemahan yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Antara Gapi telah disertai oleh 3 badan beruniform sekolah iaitu Pengakap,Puteri  Islam dan Kadet Remaja Sekolah. Perkhemahan telah berlansung selama 2 hari 1 malam iaitu bermula pada 10/5/13 sehingga 11/5/13. Tahniah kepada semua guru,murid dan juga ibubapa yang turut memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan perkhemahan kali ini.
Murid mendengar ucapan dari Guru Besar SKAG En Zulhisham Bin Nasir.
Taklimat kepada peserta oleh Komader Kem En Abd Hadi.


Peserta menyanyikan lagu Negaraku

Aktiviti membina dan meniru gajet oleh peserta.


Peserta sedang memasang khemah dan dibantu oleh Puan Kartini.

Aktiviti memasang khemah oleh peserta dan dibantu guru penasihat.
                                           

Peserta menghadiri Malam Kebudayaan dan bersiap sedia untuk melakukan persembahan seni dalam kumpulan.
                                                     

Friday, 3 May 2013

Isnin ini Hari Pelepasan Am

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Kepada semua warga SKAG dan ibu bapa..
Adalah dimaklumkan bahawa Isnin ini bersamaan 6hb Mei 2013 merupakan Hari Pelepasan Am sepertimana yang telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor..Semua sekolah dan PPD bercuti pada hari tersebut..Harap Maklum..

LAWATAN MURID PRASEKOLAH KE KIDZANIA KUALA LUMPUR

Pada 2 Mei 2013 Prasekolah Sk Antara Gapi telah mengadakan lawatan sambil belajar murid-murid prasekolah ke Kidzania. Seramai 47 orang murid terlibat dalam lawatan ini dan 8 orang guru pengiring. Antara objektif lawatan ini adalah untuk memberi pengalaman baru kepada murid -murid prasekolah tentang kerjaya pada masa akan datang serta dapat membantu meningkatkan keyakinan diri murid-murid untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mengecapi kerjaya yang diinginkan. Semasa di Kidzania murid-murid diberi peluang untuk merasai sendiri pelbagai jenis pekerjaan seperti murid diberi peluang menjadi seorang ahli bomba serta memadamkan kebakaran, menjadi seorang jurutera, doktor dan sebagainya. Murid-murid akan melakukan sendiri kerjaya tersebut.



                                            Kidzania Kuala Lumpur



                             Murid berkumpul sebelum bertolak ke Kidzania


             Murid -murid diberi taklimat sebelum masuk ke dalam Kidzania


                                 Kerjaya sebagai ahli bomba


                                  Murid memadam kebakaran


                               Kerjaya sebagai Juruterbang


                              Kerjaya sebagai Pramugara/ Pramugari


                              Kerjaya sebagai Attanden pam minyak


                             Kerjaya sebagai Pegawai Polis


                                 Kerjaya sebagai Chef


                                 Kerjaya sebagai Pengecat Bangunan

Monday, 29 April 2013

Mini Karnival Sukan Dan Pendidikan Anjuran PIBG 2013/2014


27APRIL2013-Pihak AJK PIBG 2013/2014 telah menganjurkan Mini Karnival Sukan Dan Pendidikan 2013. Program yang telah berlansung seawal 8.00 pagi telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai terutama ibubapa kepada murid SKAG. Beberapa agensi kerajaan turut serta memeriahkan mini karnival kali ini seperti pihak Bomba Kuala Kubu Bharu,Pegawai Kesihatan dari Pejabat Kesihatan Hulu Selangor, SKMM(Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia). Taklimat diberikan oleh agensi yang hadir dan juga pemeriksaan kesihatan percuma oleh . Disamping pameran dan gerai jualan,mini karnival juga dimeriahkan dengan pertandingan badminton oleh ibubapa dan guru. Pertandingan yang dijalankan secara beregu telah disertai oleh 14 pasukan. Ucapan terima kasih yang tak terhingga dari pihak SKAG dan juga PIBG 2013 kepada agensi kerajaan yang terlibat, ibubapa yang hadir dan guru-guru yang telah menjayakan mini karnival kali ini.

                                       

Gerai jualan KELAB GURU menjadi tumpuan murid.

Gerai Unit Kecerrmelangan UPSR juga dibuka bagi memeriahkan mini karnival.


Murid memberi tumpuan kepada taklimat keselamatan dan kebakaran oleh pihak Bomba.

Permainan Belon Gergasi menjadi tumpuan utama murid SKAG.

Pameran oleh SKMM yang turut hadir memeriahkan karnival.

Pemeriksaan kesihatan oleh  Pejabat Kesihatan Hulu Selangor.

Pameran kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Hulu Selangor.

                                                                             
Pertandingan badminton sedang berlansung.
Pemenang tempat pertama dan kedua pertandingan badminton acara beregu  bergambar bersama-sama pemenang tempat ke3 dan ke4 untuk kenangan.

Sunday, 28 April 2013

PROGRAM PERKONGSIAN ILMU i-THINK NEGERI SELANGOR 2013

Pada 23April yang lalu,seramai 5 orang guru SKAG telah menghadiri sesi program perkongsian ilmu i-THINK di De Palma Hotel Shah Alam. Program yang dihadiri oleh hampir seribu orang guru yang disertai oleh 43 buah sekolah rintis i-Think di seluruh Selangor. Di sebalik perkongsian pengalaman dari beberapa buah sekolah rintis yang berjaya menjalankan program ini, terdapat juga pameran yang disediakan bagi memberikan gambaran sebenar dan hasil kreativiti murid-murid dalam mempersembahkan idea mereka melalui i-THINK.
Peta Alir yang digunakan untuk subjek Pendidikan Islam

Contoh peta buih yang menarik dan kreatif .

Hasil karya murid dipamerkan di ruang pameran.

Beberapa contoh peta pemikiran i -THINK oleh SMK Serendah