Monday 31 December 2012

LDP - KURSUS i-THINK PERINGKAT SEKOLAH

Pada 31DISEMBER 2012 Pihak sekolah telah mengadakan kursus dalaman iaitu kursus i-THINK yang bermula pada 8.30pg dan berakhir pada 4.30ptg. Terima kasih kepada penceramah jemputan PN. ZARIAH BT ZAINAL (Jurulatih Kebangsaan Program i-THINK ) kerana sudi hadir memberikan ceramah dan latihan kepada guru-guru SKAG.

- i-THINK ( MEMBUDAYAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR )
SUMBER: http://www.ithink.org.my

CONTOH 8 PETA PEMIKIRAN 

UCAPAN DARI GURU BESAR EN ZULHISHAM BIN NASIR

PN ZARIAH  MEMBERI PENERANGAN MENGENAI  PETA PEMIKIRAN

AKTIVITI BERKUMPULAN

AKTIVITI BERKUMPULAN 

AKTIVITI BERKUMPULAN

HASIL KERJA BERKUMPULAN OLEH GURU 

GURU BESAR EN ZULHISHAM MENYAMPAIKAN CENDERAHATI PENGHARGAAN KEPADA PN ZARIAH

PROGRAM SUAIKENAL DAN TAKLIMAT IBUBAPA/PENJAGA TAHUN 1 SESI 2013


Pada 28.12.2012 SKAG telah mengadakan satu program suaikenal dan taklimat ibubapa/penjaga tahun1 sesi 2013. Program telah bermula pada jam 8.00 pagi. Terima Kasih kepada ibubapa/penjaga tahun1 yang telah hadir dan memberi kerjasama sepenuhnya.
PROGRAM DIMULAKAN DENGAN BACAAN DOA OLEH USTAZ SYED MAHDZAR
       
IBUBAPA SEDANG MENGHADIRI SESI TAKLIMAT DARIPADA PIHAK  PENTADBIR SEKOLAH
BAKAL MURID TAHUN 1   BERADA DI DEWAN SEKOLAH UNTUK AKTIVITI MEWARNA                               
SESI PENDAFTARAN MURID TAHUN1 YANG HAMPIR SELESAI

BAKAL MURID TAHUN 1 SEDANG MELAKUKAN AKTIVITI MEWARNA

BAKAL MURID TAHUN 1 SEDANG TEKUN MENJALANI UJIAN                                     









Monday 24 December 2012

TAKLIMAT IBU BAPA MURID PRA SEKOLAH DAN TAHUN 1

ASSALAMMUALAIKUM.
KEPADA IBU BAPA/ PENJAGA MURID PRA SEKOLAH DAN TAHUN 1
SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA TAKLIMAT TERSEBUT AKAN DIADAKAN SEPERTI BUTIRAN DI BAWAH.

TAKLIMAT IBU BAPA MURID PRA SEKOLAH
TARIKH            : 28.12.2012
HARI                 : JUMAAT
MASA               : 9.00 PAGI
TEMPAT            : RUANG SERBAGUNA/DEWAN TERBUKA SKAG

SEHUBUNGAN DENGAN ITU ADALAH DIHARAPKAN  TUAN PUAN DAPAT HADIR BERSAMA ANAK PADA TAKLIMAT TERSEBUT.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

TAKLIMAT IBU BAPA MURID TAHUN 1
TARIKH            : 29.12.2012
HARI                 : SABTU
MASA               : 8.00 PAGI (PENDAFTARAN)
TEMPAT            : A) TAKLIMAT IBU BAPA/ PENJAGA
                                  (RUANG SERBAGUNA/DEWAN TERBUKA SKAG)
                             B) AKTIVITI SUAIKENAL MURID TAHUN 1 (DEWAN BESAR)

DIMAKLUMKAN ANAK JAGAAN TUAN PUAN DIKEHENDAKI MEMAKAI BAJU T BERWARNA PUTIH DAN SELUAR SUKAN BERWARNA HITAM/BIRU GELAP SERTA MEMBAWA PERALATAN MENULIS. (PENSEL,PEMADAM DAN WARNA)


KEHADIRAN DAN KERJASAMA TUAN PUAN SANGAT-SANGAT DIHARAPKAN DAN DIDAHULUI DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.



MESYUARAT GURU BIL1 2012/2013

ASSALAMUALAIKUM
KEPADA SEMUA GURU SK ANTARA GAPI.

SUKACITA DIMAKLUMKAN, MESYUARAT GURU KALI PERTAMA AKAN DIADAKAN SEPERTI BUTIRAN YANG BERIKUT :

TARIKH  : 26 DISEMBER 2012
HARI      : RABU
MASA     : 8.30 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT UTAMA, SKAG

SASARAN : 
SEMUA GURU SK ANTARA GAPI

Wednesday 19 December 2012

KEDAI BUKU

PENGUMUMAN KEPADA SEMUA IBU BAPA MURID SKAG
Kedai buku sekolah akan mula dibuka mulai 22/12/2012 hingga 2/1/2013.
Kedai buku akan beroperasi pada hari Ahad termasuk cuti umum mulai 8.00 pagi hingga pukul 3.00 petang.
Tuan Puan boleh mendapatkan senarai buku dan membeli keperluan alatulis anak-anak tuan puan pada hari tersebut.
Sekian Terima Kasih

Tuesday 11 December 2012

Perlantikan Pengawas Sekolah 2013


Assalammualaikum.
Makluman kepada ibubapa dan penjaga, perlantikan pengawas 2012 dikekalkan ke tahun 2013.
Tahniah diucapkan dan semoga mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih berdedikasi di tahun 2013 nanti.
Terima kasih.

Monday 19 November 2012

Keputusan UPSR

Assalammualaikum.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid-murid SKAG yang telah memperolehi keputusan cemerlang dalam UPSR 2012 yang telah diumumkan hari ini. Dalam majlis ringkas penyampaian sijil keputusan UPSR pagi ini, Guru Besar En Zulhisham Nasir telah  mengucapkan tahniah dan syabas kepada  murid yang telah berjaya mendapat 5A dalam UPSR pada tahun ini. Syabas, tahniah dan terima kasih juga kepada semua guru, terutama guru-guru tahun 6 yang terlibat secara langsung dalam mengajar, membimbing anak-anak didik SKAG, tidak dilupakan kepada semua warga sekolah yang terlibat secara tidak langsung dalam mengukir keputusan yang cemerlang pada tahun ini.
Seramai 3 orang murid telah mendapat keputusan 5A
Mereka adalah Nurul Umaira Husna bt Mohd Lazri, Mohd Afiq Ikhwan bin Mohd Zaidi dan Kathiravan a/l Manikam.
Kepada mereka yang kurang berjaya, jangan putus asa, usaha lagi di peringkat yang akan datang. Keputusan yang kurang memberansangkan dalam UPSR tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya. Perjuangan baru bermula. Usaha dengan lebih gigih lagi pada peringkat yang lebih tinggi nanti. InsyaAllah.

Tuesday 13 November 2012

Tarikh Keputusan UPSR

Assalamualaikum.
Kepada semua Ibu Bapa/Penjaga murid-murid Tahun 6 dan calon-calon UPSR 2012  SKAG.
Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan akan mengeluarkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 19 November 2012.
Calon-calon boleh mendapatkan keputusan tersebut di Pejabat Sekolah selepas pukul 10.00 pagi.
Harap Maklum.


Friday 9 November 2012

Jamuan Akhir Tahun Prasekolah


Pada 8 hb November guru-guru Prasekolah telah mengadakan jamuan untuk meraikan semua murid-murid prasekolah yang berumur 5 dan 6 tahun. Sebahagian hidangan dan juadah adalah sumbangan dari para ibu bapa murid-murid tersebut. 

Thursday 8 November 2012

Jamuan Akhir Tahun Pengawas


Pada 7 November 2012 telah diadakan jamuan akhir tahun untuk Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing rakan sebaya (PRS). Jamuan tersebut diadakan di dewan besar sekolah. Jamuan tersebut diadakan untuk meraikan pengawas sekolah , pengawas pusat sumber dan pembimbing rakan sebaya tahun 6 yang akan meninggalkan sekolah tahun 2012.