Thursday 28 March 2013

KEM MULAKAN LANGKAH TAHUN 6


18/March- Unit Kurikulum SKAG bersama Unit Kecemerlangan UPSR 2013,telah menjalankan satu kem persediaan yang dinamakan  ‘Kem Mulakan Langkah’ ialah langkah persediaan awal untuk murid-murid  bagi menghadapi peperiksaan UPSR 2013. Kem telah berlansung selama 3  hari dan berakhir pada 20 Mac 2013. Kem telah diakhiri dengan solat hajat dan majlis bacaan Yassin oleh guru,ibubapa dan murid tahun 6. Semoga usaha pada tahun ini mendapat keberkatan dariNya dan diberikan kejayaan yang cemerlang pada peperiksaan kali ini.  Amin.
Murid tahun 6 sedang melakukan aktiviti di dataran terbuka SKAG
                                     

Taklimat dan aktiviti yang diadakan di bilik PPSMI SKAG

Bacaan Yassin di ketuai oleh Ustaz Syed Mahzar bersama -sama En Khairul Anuar PK Ko SKAG, En Farid dan murid-murid tahun 6

Bacaan Yassin dan solat hajat pada setiap malam berturut-turut semasa  kem  untuk mencari  keberkatan dan keredhaan dariNYA.

Tuesday 19 March 2013

Taklimat Ringkas i-THINK ( Peta Buih)

19/3/2013.Pada perhimpunan pagi , satu taklimat ringkas pengenalan tentang peta pemikiran 'Peta Buih' telah di berikan kepada semua murid SKAG. Murid telah di maklumkan tentang penggunaan, isyarat tangan dan contoh penggunaan 'Peta Buih'. 'Peta Buih' adalah satu daripada 8 peta pemikiran yang diperkenalkan  dan akan diterapkan kedalam pengajaran dan pembelajaran di setiap sekolah di seluruh Malaysia. 'Peta Buih adalah satu peta pemikiran yang membantu pelajar-pelajar dan murid-murid untuk menerangkan  kata adjektif atau sifat sesuatu objek atau topik yang di berikan.
Contoh Peta Buih yang dihasilkan yang menerangkan adjektif mengenai "Rumah Saya". 

En Nik Fadrizam sedang menerangkan kepada murid mengenai peta buih.

En. Nik dan dua orang murid sedang melakukan 'role play' untuk menerangkan lagi mengenai peta buih.

Murid sedang mendengar penerangan di perhimpunan pagi SKAG

Saturday 16 March 2013

Mesyuarat Ajk Pibg SKAG 2013

16/3/2013 Mesyuarat Ajk Pibg SK Antara Gapi kali pertama  bagi sesi 2013 telah diadakan.Kesemua ajk hadir pada mesyuarat kali ini.Turut hadir adalah penasihat PIBG SKAG En Zulhisham Bin Nasir, Guru Besar SKAG serta GPK Pentadbiran Pn Tuan Gemala Binti Tuan Muda dan GPK Kokurikulum En Khairul Anuar Nordin.
En. Radzuan Bin Jaafar selaku YDP PIBG SKAG menyampaikan cenderahati sumbangan dari Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan kepada guru besar SKAG En Zulhisham Bin Nasir.

Sunday 10 March 2013

Perkhemahan Perdana Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) Peringkat Daerah Hulu Selangor


Pada 08 hingga 10 Mac 2013 telah diadakan Perkhemahan Perdana Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) Peringkat Daerah Hulu Selangor bertempat di Pusat Kokurikulum Ampang Pecah Kuala Kubu Bharu. Perkhemahan ini telah dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor. Sekolah telah menghantar 4 orang wakil murid iaitu Muhd Syaqif bin Jeffry Din dari Tahun 6 Pintar, Muhd Syahmi bin Sulaiman dari Tahun 6 Cerdik, Mohd Hazeem bin Moh Fareq dari Tahun 5 Pintar dan Abdul Azim bin Mohd Azimi dari Tahun 5 Bijak. Sepanjang perkhemahan tersebut telah dijalankan beberapa aktiviti dan pertandingan. Antaranya seperti Orientaring, Ikhtiar Hidup, Ikatan, Rempuh Halangan, Kawad Kaki dan Kraftangan & Keusahawanan. Muhd Syahmi bin Sulaiman telah menjadi Johan Berpasukan Kawad Kaki dan Johan Keseluruhan manakala Abdul Azim bin Mohd Azimi telah menjadi Johan Pertandingan Kraftangan dan Keusahawan dan Tempat Ketiga Keseluruhan. Tahniah diucapkan.


Peserta kem bersiap sedia untuk perhimpunan pagi

Wakil murid ke Perkhemahan Perdana TKRS Peringkat Daerah

Peserta mendirikan khemah

Peserta menjalankan aktiviti dan mendengar ceramah

Peserta sedang mendengar arahan daripada Kem Komandan

Sunday 3 March 2013

Kem Kepimpinan Cemerlang Murid 2013

2-3 Mac 2013. SKAG telah mengadakan kem kepimpinan cemerlang murid yang bermula pada 2 Mac dan berakhir 3 Mac 2013. Kem yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling SKAG turut dibantu oleh beberapa orang ahli GPMS sebagai fasilitator kepada peserta. Guru Besar SKAG En Zulhisham Bin Nasir telah hadir untuk majlis perasmian penutup Kem Kepimpinan Cemerlang Murid 2013. 


Murid selesai mendirikan khemah masing-masing.

Murid sedang menjalankan aktiviti latihan dalam kumpulan .

Murid berehat untuk sarapan pagi.
Aktiviti dalam kumpulan .

Sesi muhasabah diri oleh Ustaz Hafiz.

Sesi senamrobik di pagi hari yang kedua.
Murid sedang menjamu selera.