Tuesday 31 July 2012

Kempen Kibarkan Jalur Gemilang

Pelancaran Kempen Kibarkan Jalur Gemilang dan Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan untuk tahun ini dilaksanakan mulai 17 Julai 2012 sehingga 16 September 2012. Perayaan ini telah disambut di peringkat sekolah pada 27 hb julai yang lalu. Acara dijalankan dengan beberapa aktiviti seperti Ucapan, Cerita tentang sejarah Malaysia,bacaan puisi dan nyanyai lagu jalur gemilang. Acara kemuncak adalah penyerahan Jalur Gemilang dan dinaikkan oleh Tuan Guru Besar SKAG.




Wednesday 25 July 2012

Program sepanjang Ramadhan

Sepanjang bulan Ramadhan ini, Panitia Pendidikan Islam telah menjalankan beberapa aktiviti. Antaranya adalah tazkirah pagi dan program tadarus Al-Quran. Program tadarus untuk murid-murid tahap 2 berlangsung di surau sekolah pada waktu rehat.




Minggu Panitia Pendidikan Moral

 Minggu Panitia Pendidikan Moral telah diadakan pada 9 hingga 13 Julai. Beberapa pertandingan telah diadakan. Pada pagi ini satu upacara penyampaian hadiah telah diadakan sempena minggu tersebut.


Monday 23 July 2012

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011


Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 bagi PPD Hulu Selangor telah pun berlansung pada 14 julai yang lalu bertempat di Auditorium Akademik Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu.
Seramai 256 orang guru telah dinobatkan sebagai penerima untuk anugerah tersebut. Tahniah kepada 3 orang guru yang terpilih dari SK Antara Gapi. Guru-guru tersebut adalah Pn Norhanisa Binti Hanipah, Pn Nurul Baizura Bt Hamzah dan Pn Zainabong binti Jusoh.

Lantaran itu pada pagi ini di peringkat sekolah Kelab Guru dan Kakitangan telah mengadakan sedikit majlis penyampaian jambangan bunga untuk meraikan ketiga-tiga guru tersebut.   Tahniah cikgu..

Sunday 15 July 2012

Kem Motivasi Kecemerlangan UPSR


Pada 13 dan 14 Julai 2012 iaitu Jumaat dan Sabtu Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit Kecemerlangan Tahun 6 Sekolah ini telah mengadakan Kem Motivasi Kecemerlangan UPSR 2012 bertempat di Sekolah Kebangsaan Antara Gapi. Kem ini berlangsung selama 2 hari 1 malam. Antara pengisian kem ini ialah seperti ceramah motivasi daripada Mr Lau, ceramah motivasi oleh En Khairil daripada Ebit Consultant Bangi dan  Muhasabah ini yang dikendalikan  oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling iaitu En Mohd Rosli yang dibantu oleh Fasilitator MRSM Kuala Kubu Bharu. Selain itu, juga diadakan Ceramah Latihan Dalam Kumpulan (LDK) 1 dan 2 yang disampaikan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Taman Bunga Raya 1 iaitu En Hasmadi, manakala ceramah LDK 3 dan 4 dikendalikan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling MRSM Kuala Kubu Bharu dan ceramah LDK 5 serta refleksi telah dikendalikan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Antara Gapi iaitu En Mohd Rosli. Perjalanan kem motivasi UPSR ini dibantu oleh Fasilitator jemputan iaitu seramai 10 orang pelajar MRSM Kuala Kubu Bharu.
Antara objektif kem motivasi ini diadakan ialah untuk  memberi peluang kepada murid membuat persiapan lebih awal sebelum menduduki UPSR. Selain itu, dapat memberi pendedahan awal kepada murid tentang teknik-teknik mengurus masa dengan baik sera membantu murid-murid  meningkatkan motivasi dan keyakinan diri untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik mahupun sosial.






















Wednesday 11 July 2012

Pertandingan Karnival Sains dan Teknologi Peringkat Daerah Hulu Selangor:

Tahniah...

9.7.2012: Isnin. Skag telah menghantar 7 orang peserta untuk menyertai pelbagai kategori yang dipertandingkan dalam karnival sains peringkat daerah yang telah dijalankan di SK Rasa. Seorang mewakili bercerita sains, Mohd Zahin b. Mohd Zaid 4u, 2 orang menyertai saintis muda dan 4 orang untuk ureka re. Ureka re yg buat pertama kali penyertaan SKAG telah mendapat tempat ke 3 daripada 8 buah sekolah.

Tuesday 10 July 2012

Senamrobik Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia.


Pada pagi ini SKAG telah melancarkan Senamrobik  serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia. Acara ini disertai oleh seluruh warga sekolah bermula jam 8.00 pagi di dataran perhimpunan. Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia adalah kesinambungan kepada pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan. Senamrobik serentak ini dijangka akan mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai “Largest Simultaneous Participation of School Students In An Aerobic Session”  yang akan disertai oleh sekurang-kurangnya 4.5 juta murid, guru dan warga KPM.

Matlamat mengadakan aktiviti senamrobik ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat, dan membudayakan senaman sebagai amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik berserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan.
Di samping itu, aktiviti senamrobik ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid supaya yakin melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.