Saturday 16 November 2013

Taklimat Sarana Ibu bapa, Sarana Sekolah 2014 Dan Taklimat Ibu bapa Pra Sekolah

Pihak SKAG telah mengadakan satu taklimat sarana ibu bapa yang bertempat di dewan besar SKAG. Taklimat ini adalah bertunuan untuk memberi pendedahan dan pencerahan kepada ibu bapa yang hadir mengenai program sarana ibu bapa yang telah diwujudkan oleh pihak kementerian dimana program sarana ibu bapa dan sarana sekolah merupakan satu program dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 yang dgerakkan untuk memastikan Falsafah Pendidikan Negara - Melahirkan individu yang holistik dapat dijayakan dengan efektif. Ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah hadir dan memberi kerjasama dan sokongan kepada pihak SKAG.

Di samping itu, pada hari yang sama, satu sesi taklimat diberikan kepada ibu bapa murid prasekolah SKAG 2014. Taklimat  ini juga adalah untk memberi pendedahan dan pencerahan kepada ibu bapa murid prasekolah yang akan menghadiri sesi persekolahan untuk tahun 2014.

Ucapan oleh Guru Besar SKAG,En Zulhisham Bin Nasir. Turut hadir YDP PIBG En Radzuan, NYDP En Zaid dan juga Pn Azimah selaku wakil sarana sekolah SKAG.
Ibubapa yang hadir ke taklimat.



Thursday 14 November 2013

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SKAG 2013

14/11/13 SKAG telah mengadakan satu Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SKAG 2013 . Program yang telah berlansung seawal 8.00 pg sehingga 12.30 tengahari bertujuan untuk menyampaikan anugerah-anugerah kecermelangan kepada murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan ko kurikulum. Majlis juga di sertakan dengan acara pengumuman keputusan UPSR 2013.Pada kali ini, seramai 3 orang murid telah mendapat 5A dan 7 orang murid mendapat 4A 1B. Tahniah kepada semua murid yang berjaya dan cemerlang.
Bacaan Doa oleh En Ikram Ismail.

Ibubapa yang hadir 
Ucapan dari Guru Besar SKAG En Zulhisham Bin Nasir

Persembahan tarian oleh murid Pra Sekolah 

Majlis Graduasi Prasekolah
Persembahan nyanyian oleh adik Sara Khaleeda murid dari tahun 3


'Choral Speaking'  oleh murid tahun 3 Pintar

Penyampaian Anugerah kepada murid.

Nur Irdina Bt Roslan telah menerima anugerah tokoh murid untuk tahun 2013.

Nur Irdina bersama ibu dan bapanya, Pn Ruzina dan En Roslan. 

Wednesday 13 November 2013

Augerah Kualiti Pendidikan Islam - Pengurusan Panitia Pendidikan Islam Terbaik (Sekolah Rendah ).

Tahiah di ucapkan kepada Panitia Pendidikan Islam SKAG kerana telah menerima satu anugerah dari Jabatan Pendidikan Selangor yang amat bermakna sekali. Pihak Panitia Pendidikan Islam SKAG telah menerima Augerah Kualiti Pendidikan Islam - Pengurusan Panitia Pendidikan Islam Terbaik (Sekolah Rendah ). Tahniah!Tahniah!Tahniah!

Makluman Program Karnival Pusat Sumber Sekolah Dengan Kerjasama Pibg Sk Antara Gapi Tahun 2013

Kepada Ibu bapa/ Penjaga Murid
Sekolah Kebangsaan Antara Gapi

 Makluman Program Karnival Pusat Sumber Sekolah Dengan Kerjasama Pibg Sk Antara Gapi Tahun 2013

Dengan segala hormatnya tuan puan Ibu bapa/ Penjaga Murid Sekolah Kebangsaan Antara Gapi adalah di jemput untuk menghadiri Program Karnival Pusat Sumber Sekolah Dengan Kerjasama Pibg Sk Antara Gapi Tahun 2013 pada ketetapan berikut

Tarikh : 16 November 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 pg hingga 1.00 petang
Tempat: Sk Antara Gapi

Datanglah beramai-ramai untuk menyokong dan memeriahkan lagi program kali ini.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti Jualan Karnival PSS
* wakaf buku,pertandingan mewarna,pameran,permainan belon istana,bot belon dan banyak lagi.


Saturday 9 November 2013

Seminar Integriti

Pada  9/11/13 SKAG telah menjadi tuan rumah untuk Seminar Integriti Warga Pendidik Daerah Hulu Selangor yang juga telah dihadiri oleh lima buah sekolah lain yang berdekatan .Seminar adalah bertujuan pendedahan mengenai Integriti di kalangan guru-guru di Hulu Selangor.