Sunday 26 April 2015

SUKAN TAHUNAN SKAG 2015 KALI KE 11

SK Antara Gapi telah melansungkan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke 11 pada 27/4/15. Kejohanan sukan tahunan kali ini telah di rasmikan oleh Yg Bhg Dato' Mohd Isa Bin Abu Kassim (Ahli Lembaga Pengarah Felda) . Kejohanan kali ini telah berlansung dengan lancar dan meriah. Penyertaan kali ini agak istimewa kerana selain rumah sukan biru,merah,kuning dan hijau, pra sekolah dan juga PPKI juga turut mengambil bahagian dalam perbarisan dan menyertai acara sukaneka. Kejohanan kali ini juga telah menerima banyak sumbangan tenaga,hamper dan idea dari pihak AJK PIBG yang turut bekerjasama erat dalam menjayakan kejohanan kali ini. Pada kejohanan kali ini Rumah Biru telah dinobatkan  sebagai johan keseluruhan, sekaligus merampas kejuaraan daripada rumah kuning. Mohd Faizzudin (Merah) dan juga Nurnina (Biru) telah dipilih sebagai olahragawan dan olahragawati.