Monday 29 April 2013

Mini Karnival Sukan Dan Pendidikan Anjuran PIBG 2013/2014


27APRIL2013-Pihak AJK PIBG 2013/2014 telah menganjurkan Mini Karnival Sukan Dan Pendidikan 2013. Program yang telah berlansung seawal 8.00 pagi telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai terutama ibubapa kepada murid SKAG. Beberapa agensi kerajaan turut serta memeriahkan mini karnival kali ini seperti pihak Bomba Kuala Kubu Bharu,Pegawai Kesihatan dari Pejabat Kesihatan Hulu Selangor, SKMM(Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia). Taklimat diberikan oleh agensi yang hadir dan juga pemeriksaan kesihatan percuma oleh . Disamping pameran dan gerai jualan,mini karnival juga dimeriahkan dengan pertandingan badminton oleh ibubapa dan guru. Pertandingan yang dijalankan secara beregu telah disertai oleh 14 pasukan. Ucapan terima kasih yang tak terhingga dari pihak SKAG dan juga PIBG 2013 kepada agensi kerajaan yang terlibat, ibubapa yang hadir dan guru-guru yang telah menjayakan mini karnival kali ini.

                                       

Gerai jualan KELAB GURU menjadi tumpuan murid.

Gerai Unit Kecerrmelangan UPSR juga dibuka bagi memeriahkan mini karnival.


Murid memberi tumpuan kepada taklimat keselamatan dan kebakaran oleh pihak Bomba.

Permainan Belon Gergasi menjadi tumpuan utama murid SKAG.

Pameran oleh SKMM yang turut hadir memeriahkan karnival.

Pemeriksaan kesihatan oleh  Pejabat Kesihatan Hulu Selangor.

Pameran kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Hulu Selangor.

                                                                             
Pertandingan badminton sedang berlansung.
Pemenang tempat pertama dan kedua pertandingan badminton acara beregu  bergambar bersama-sama pemenang tempat ke3 dan ke4 untuk kenangan.

Sunday 28 April 2013

PROGRAM PERKONGSIAN ILMU i-THINK NEGERI SELANGOR 2013

Pada 23April yang lalu,seramai 5 orang guru SKAG telah menghadiri sesi program perkongsian ilmu i-THINK di De Palma Hotel Shah Alam. Program yang dihadiri oleh hampir seribu orang guru yang disertai oleh 43 buah sekolah rintis i-Think di seluruh Selangor. Di sebalik perkongsian pengalaman dari beberapa buah sekolah rintis yang berjaya menjalankan program ini, terdapat juga pameran yang disediakan bagi memberikan gambaran sebenar dan hasil kreativiti murid-murid dalam mempersembahkan idea mereka melalui i-THINK.
Peta Alir yang digunakan untuk subjek Pendidikan Islam

Contoh peta buih yang menarik dan kreatif .

Hasil karya murid dipamerkan di ruang pameran.

Beberapa contoh peta pemikiran i -THINK oleh SMK Serendah

Tuesday 23 April 2013

KARNIVAL MINI SUKAN DAN PENDIDIKAN SKAG 2013

Pengumuman kepada semua ibubapa murid SKAG. Satu Karnival Mini Sukan Dan Pendidikan akan diadakan pada 27/4/2013.Di samping pameran yang akan diadakan sepanjang karnival, satu pertandingan badminton amal akan dianjurkan oleh PIBG SKAG. Pertandingan akan diadakan secara beregu. Kepada ibubapa yang berminat untuk menyertai pertandingan badminton diminta untuk menghubungi Biro Sukan PIBG untuk keterangan lebih lanjut. Surat makluman akan diedarkan kepada murid untuk diberikan kepada ibubapa.Sebarang penyertaan hendaklah selewat-lewatnya dihantar pada 25/4/2013.  Sekian Terima Kasih.

Acara: Pertandingan Badminton Amal.
Penyertaan: Acara beregu lelaki dan beregu perempuan.
Tempat: Dewan Besar SKAG
Masa : 7.30-2.00 petang
Yuran: RM30 satu pasangan
Tarikh Tutup Penyertaan: 25/4//2013

-Ini adalah makluman awal, segala maklumat terkini dan keterangan lanjut sila hubungi:
En Syazwan    - 0193560408




PERTANDINGAN MENDEKLAMASIKAN SAJAK SEMPENA MINGGU ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH

Pada 22 April 2013 Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan pertandingan peringkat akhir mendeklamasikan sajak sempena minggu anti dadah peringkat sekolah. Pada peringkat saringan seramai 52 orang peserta mengambil bahagian dan pada peringkat akhir ini hanya 20 orang peserta berentap yang terdiri daripada 10 orang peserta kategori tahap 1 iaitu daripada tahun 1, 2 dan 3 manakala 10 orang peserta lagi untuk katagori tahap 2 iaitu murid tahun 4, 5 dan 6.


Peserta murid tahun 1


Peserta murid tahun 1


Peserta mendeklamasikan sajak


Gaya peserta katagori tahap 2


Peserta mendeklamasikan sajak dengan penuh penghayatan


Peserta mendeklamasikan sajak


Gaya tersendiri


                              Barisan juri yang mengadili pertandingan

Thursday 18 April 2013

PAMERAN DAN CERAMAH ANTI DADAH 2013

Pada 18 April 2013 telah diadakan Pameran dan Ceramah Anti Dadah yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Panitia Pendidikan Seni. Pameran dan Ceramah tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Agensi Anti Dadah cawangan Kuala Kubu Bharu. Daripada ceramah dan pameran tersebut murid-murid dapat mengetahui jenis-jenis dadah dan bahayanya najis dadah dan berusaha untuk menjauhkan diri daripada najis dadah. Sesungguhnya dadah adalah musuh nombor satu negara.

"1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH"


Pegawai Agensi Anti Dadah memberi penerangan kepada murid-murid


                       Murid membaca maklumat yang dipamerkan


   Pembimbing Rakan Sebaya membantu adik-adik memahami isi pameran


                            Murid-murid mendapatkan maklumat


         Murid-murid menjawab soalan kuiz berpandukan bahan pameran


Murid-murid mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)


                                Murid-murid mendengar ceramah


              Murid mencatat apa yang didengar dalam ceramah


                           Murid mendengar dan mencatat isi ceramah


 Sebagai tanda penghargaan kepada wakil Agensi Anti Dadah Kebangsaan



" HIDUP CERIA TANPA DADAH"
" JAUHILAH DADAH"

Sunday 14 April 2013

PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH 2013

Pada 15 April 2013 Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Panitia Pendidikan Seni telah melancarkan Minggu Anti Dadah peringkat sekolah bagi tahun 2013. Majlis ini telah dirasmikan oleh Guru Besar, Encik Zulhisham bin Nasir. Antara objektif program ini dilaksanakan ialah  untuk memastikan murid-murid mempraktikkan gaya hidup sihat. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mendidik murid-murid tentang keburukan dadah seawal peringkat prasekolah lagi serta menyemai dan menanam sikap untuk membenci dan menjauhkan diri daripada dadah.


Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Minggu Anti Dadah ini




Gambar-gambar ketika majlis pelancaran




                               Guru Besar merasmikan majlis pelancaran



Paluan kompang ketika perasmian


                         Lakonan " Saya Benci Dadah" oleh murid tahun 5


Tuesday 9 April 2013

Kejohanan Bolasepak Bawah 12 tahun Mssd Hulu Selangor

Tahniah..Pasukan Bolasepak Skag bawah 12 tahun telah berjaya mengharungi pusingan pertama dengan cemerlang dengan memenangi kesemua 3 perlawanan dalam peringkat kumpulan dan berjaya menjadi juara kumpulan G. Semoga pasukan bolasepak SKAG akan berjaya di pusingan kedua dan terus mara ke peringkat suku akhir. Tahniah kepada semua murid dan guru-guru yang terlibat.

Keputusan perlawanan pusingan 1.

SKAG   vs   SK Sg Tengi                            3 - 0
SKAG   vs   SJKT Kuala Kubu Bharu         2 - 1
SKAG   vs   SK Kerling                               1- 0

Majulah Sukan Untuk Negara
Pasukan SKAG sedang memanaskan badan sebelum perlawanan terakhir

Mesyuarat Ajk PIBG 2013 kali ke-2

6/4/2013-Mesyuarat AJk PIBG SKAG kali ke 2 telah berlansung di bilik mesyuarat 1 SKAG. Mesyuarat kali ni membincangkan mengenai aktiviti PIBG dan juga perkara-perkara yang berbangkit. Mesyuarat yang bermula 9 pagi telah berakhir pada jam 11 pagi.


Friday 5 April 2013

Pemantauan Program Guru Penyayang

05/04/2013  Pada pagi ini seawal pukul 7.10 pagi pihak sekolah telah dipantau pihak oleh Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor dalam perlaksanaan Program Guru Penyayang. Pegawai yang hadir adalah En Hassan Basri Bin Ismail.
Objektif Program ini adalah;
1. Menjiwai bahawa amalan penyayang adalah amalan guru
2. Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah
3. Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
4.Menghargai sumbangan murid, ibubapa,komuniti dan masyarakat kepada sekolah.