Sunday 28 October 2012

Pertandingan Bowling

Assalammualaikum.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SKAG akan mengadakan Pertandingan Bowling Amal pada hari Sabtu bersamaan 3/11/12 ini.
Tuan-tuan dan puan-puan dijemput bersama-sama menyertai pertandingan ini yang bertujuan untuk mengisi tabung persatuan.
Syarat-syarat pertandingan adalah seperti yang terdapat dalam borang penyertaan.
Pertandingan akan diadakan di Pusat Bowling, Bandar Baru Rawang. (atas pasar Rawang)
Jika ada pertanyaan sila hubungi
En Daud bin Ismail     019 3800436
En Abd Karim bin Abdullah   016 6952344
Ust Syed Mahdhar 013 5593190

Monday 22 October 2012

Laporan Lawatan Ke Langkawi


Pada 19.10.2012  bersamaan hari Jumaat seramai 32 orang murid dan 4 orang guru pengiring telah mengikuti lawatan ke Langkawi dengan menaiki keretapi dari KTMB Rawang ke KTMB Arau. Perjalanan yg selesa dan menghiburkan peserta.




Perjalanan yang selesa dengan KTM
Tiba di jeti Langkawi pada jam 11.30 pagi, Sabtu 20.10.2012

Menaiki kereta kabel di Gunung Mat Cincang
Berkumpul di KTMB Rawang

Sunday 21 October 2012

Makluman Kepada Ibu Bapa/Penjaga/Pengusaha Bas Sekolah

Assalamualaikum.
Adalah dimaklumkan bahawa surat tentang makluman terkini aktiviti sekolah telah diedarkan kepada semua murid pada Jumaat yang lepas. Di antara pengumuman yang disampaikan adalah tentang
1. Tarikh Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah.
2. Pengumuman Cuti Sempena Hari Raya AidilAdha
3. Tarikh pemulangan dan penerimaan buku teks
4. Tarikh Hari Graduasi Prasekolah dan Anugerah Cemerlang
5. Tarikh Hari Anugerah Kokurikulum
6. Tarikh Taklimat Ibu Bapa / Penjaga Prasekolah 2013
7. Tarikh Taklimat Ibu Bapa dan Majlis Suai Kenal Tahun 1 2013

Ibu Bapa / Penjaga , Pengusaha bas sekolah diminta perihatin tentang tarikh-tarikh tersebut.


Monday 15 October 2012

Khidmat Bantu

Pada pagi ini pasukan khidmat bantu ICTdari PKG Kuala Kubu Bharu telah datang ke SKAG untuk memberi bantuan dalam membaiki komputer yang terdapat dalam makmal komputer. Kumpulan ini diketuai oleh Ust Roslan bin Maidin bersama dua orang juruteknik. Kebanyakan komputer yang didapati rosak telah diformat semula dan telah dapat berfungsi semula. Pada sebelah petang satu acara penyampaian saguhati telah diadakan di pejabat GB sebagai mengucapkan rasa terimakasih di atas bantuan yang dihulurkan.






Monday 8 October 2012

Kajian Perlaksanaan KSSR oleh PPK

Assalamualaikum
Pada pagi ini, sekolah telah dilawati oleh dua orang pegawai dari Unit Penilaian, Sektor Dasar dan Penyelidikan, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) untuk menjalankan Kajian Perlaksanaan KSSR Tahun 2. Mereka ialah Dr Nor Zihan bt Hussin dan Ustaz Muhammad Fauzi b Hj Abdul.
Kajian yang dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat tentang perlaksanaan KSSR Tahun 2 dari segi pemahaman pentadbir dan guru, penerimaan bahan kurikulum serta perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini melibatkan soalselidik bersama guru-guru yang mengajar tahun 2 , temu bual bersama pentadbir dan juga pemantauan pengajaran dan pembelajaran.
Turut serta bersama ialah pegawai meja PBS dari PPDHS iaitu En Fadly b Mamat dan Ust Shamsuddin b Ahmad.





Monday 1 October 2012

Fenomena Halo

Assalamualaikum. Pada hari ini  2/10/2012 satu fenomena yang jarang atau mungkin tidak pernah dilihat oleh penulis telah berlaku tepat pada pukul 12.15 tengahari. Subahanallah.....cantiknya ciptaan Allah swt.Terdapat seakan akan gelang atau pelangi di sekeliling matahari.




Pemantauan PBS

Pada pagi ini SKAG telah menerima kedatangan dua orang pegawai dari PPDHS. Mereka ialah En Aznan bin Kassan dan En Halim bin Sayuti. Kehadiran mereka adalah untuk memantau perlakanaan PBS di sekolah ini. Pemantauan bermula sekitar 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 1.15 tghari.
 Penyelaras PBS dan GPK1 disoal dengan pelbagai soalan.

Ujian Penilaian Kompetensi Doktor Muda Harapan.

Assalamualaikum.
Pada pagi ini telah diadakan Ujian Penilaian Kopentensi Doktor Muda Harapan. Seramai 26 orang murid yang terdiri dari ahli Doktor Muda iaitu daripada  5 orang Tahun 4, 11 orang Tahun 5 dan 9 orang Tahun 6 telah mengambil ujian ini.
Set soalan adalah daripada Kementerian Kesihatan dan ujian berlangsung selama satu jam.