Monday 8 October 2012

Kajian Perlaksanaan KSSR oleh PPK

Assalamualaikum
Pada pagi ini, sekolah telah dilawati oleh dua orang pegawai dari Unit Penilaian, Sektor Dasar dan Penyelidikan, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) untuk menjalankan Kajian Perlaksanaan KSSR Tahun 2. Mereka ialah Dr Nor Zihan bt Hussin dan Ustaz Muhammad Fauzi b Hj Abdul.
Kajian yang dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat tentang perlaksanaan KSSR Tahun 2 dari segi pemahaman pentadbir dan guru, penerimaan bahan kurikulum serta perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini melibatkan soalselidik bersama guru-guru yang mengajar tahun 2 , temu bual bersama pentadbir dan juga pemantauan pengajaran dan pembelajaran.
Turut serta bersama ialah pegawai meja PBS dari PPDHS iaitu En Fadly b Mamat dan Ust Shamsuddin b Ahmad.





No comments:

Post a Comment