Sunday 30 September 2012

Pertandingan Membuat Sandwish

Pada pagi ini murid-murid tahun 6 telah menjalankan aktiviti membuat sandwish. Mereka dibahagikan ke dalam beberapa buah kumpulan. Para pengadil adalah di kalangan Pentadbir. Ini merupakan sebahagian dari aktiviti selepas UPSR yang dirancang untuk mereka.






Wednesday 26 September 2012

LADAP - Bengkel VLE FROG

Assalammualaikum.

Pada petang ini semua guru SKAG telah mengikuti bengkel tentang penggunaan VLE-FROG.
Guru-guru telah didedahkan dengan sebuah persekitaran pembelajaran maya atau Vitual Learning Environment (VLE) untuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Bengkel ini telah disampaikan oleh Pn Haflijurana dan Pn Hanizan.













Thursday 20 September 2012

Sekolah Ganti dan Waktu Balik

Assalammualaikum

Makluman kepada semua ibu bapa, murid-murid dan pengusaha bas sekolah.
Sekolah ganti akan dijalankan pada 22/09/12 ini mengikut jadual hari Jumaat. Ambil perhatian bahawa waktu pulang murid adalah pada pukul 12.00 tengahari. Harap Maklum..

Friday 14 September 2012

Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri


Seperti tahun-tahun sebelumnya, SKAG sekali lagi telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidil Fitri bagi tahun 1433H/2012. Majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri kali ini dianjurkan secara bersama oleh Kelab Guru dan Kakitangan SKAG. Majlis sambutan telah diadakan pada 14 September 2012 bertempat di Dewan Besar dan dihadiri oleh semua warga sekolah. Majlis sambutan Aidil Fitri ini dimulakan dengan bacaan doa, ucapan Pengerusi KEGAP, ucapan Guru Besar dan diikuti dengan persembahan dari murid-murid.Setelah itu jamuan makan diadakan di Dewan Terbuka SKAG.












Tuesday 11 September 2012

Selamat Menghadapi Peperiksaan

Assalammualaikum.
Pada pagi ini 11hb Sept sehingga 13 hb Sept semua murid Tahun 6 akan menduduki peperiksaan UPSR. Semua guru dan kakitangan SKAG mendoakan supaya mereka dapat menghadapi peperiksaan tersebut dengan tabah. Segala ikhtiar telah dijalankan dengan harapan mereka dapat lulus dengan cemerlang.
Persediaan sebelum masuk ke dewan peperiksaan.

 Guru dan murid berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan segala urusan
Suasana dalam dewan peperiksaan




Majlis Restu Ilmu

Assalammualaikum  
Pada pagi Isnin bersamaan 10 hb September 2012 telah diadakan Majlis Restu Ilmu di waktu perhimpunan pagi. Dalam majlis tersebut semua murid Tahun 6 bersalaman dengan guru-guru untuk memohon ampun dan maaf supaya direstui segala ilmu yang telah dicurahkan oleh guru-guru sepanjang mereka belajar di sekolah ini kerana esok mereka akan menduduki Peperiksaan UPSR.