Wednesday 25 November 2015

PEMILIHAN PEMAIN BOLASEPAK BAWAH 7,8,9.10 DAN 11 (ATS)

PEMILIHAN PEMAIN BOLASEPAK BAWAH 7,8,9.10 DAN 11 AKDEMI TUNAS SELANGOR (ATS) 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...,
Makluman kepada ibubapa yang berminat untuk membawa anak-anak anda yang mempunyai bakat bolasepak di Selangor. Satu pemilihan  akan didakan bertujuan memilih pemain untuk ke Pusat ke-4 Akademi Tunas Selangor. Ibu bapa pelajar boleh membawa anak-anak mereka ke sesei pemilihan tersebut seperti hari ,tarikh dan kategori di bawah.


Tarikh   :  29 November 2015 (Ahad)              Kategori Umur 7,8,dan 9 Tahun

                 30 November 2015 (Isnin)                Kategori Umur  10 dan 11 Tahun

Masa     : 8.00 pagi - 12.00 Tengah hari

Tempat : Padang SMK Syed Mashor


Terima Kasih.

Borang boleh di muat turun di pautan berikut.



https://drive.google.com/file/d/0Bw9zsUTi94LbRjUwWUdQM1JfTGM/view?usp=sharing

Tuesday 24 November 2015

LADAP terakhir sesi 2015

24.11.2015...tahniah SU LADAP skag 2015 iaitu puan Ruzina kerana telah berjaya menguruskan LADAP untuk sesi 2015...dan tahniah kepada guru yang telah menghadiri majlis pemantapan ilmu ini...semoga tahun 2016 guru-guru SKAG semakin mantap....amin

Hi Tea SKAG 2015

23.11.2015...bertempat di Restoran Steambot De Manggis, Kuang...Dengan bertemakan pakaian merah hitam, hi tea tahun ini disambut dengan meriah sekali...Jutaan tahniah AJK Kelab Guru SKAG 2015 atas penat lelah untuk  majlis hi tea kali ini. Majlis ini juga dihadiri oleh YDP Pibg skag 2015 iaitu En.Abi Nubli Akrami sebagai jemputan khas.

Thursday 19 November 2015

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2015

Hari Anugerah Kecemerlangan 2015 SK Antara Gapi telah berlansung dengan begitu lancar dan meriah sekali. Majlis kali ini diserikan juga dengan majlis graduasi PRA sekolah dan Tahun 6 . Majlis ini di adakan bertujua untuk menghargai prestasi murid-murid pada yang cemerlang pada tahun 2015. Murid yang cemerlang pada peperiksaan UPSR 2015 turut diraikan. Majlis ini juga telah dibantu oleh PIBG SK Antara Gapi yang turut memberi sumbangan kewangan dan tenaga. Alhamdulillah semua berjalan seperti yang dirancang. Terima Kasih pentadbir,semua guru-guru, kakitangan, ibubapa dan juga pekerja-pekerja yang telah mengerah tenaga dalam menjayakan majlis kali ini. Tahniah sekali lagi kepada SK Antara Gapi yang berjaya memperolehi 7 orang pelajar 5A dan 7 orang 4A 1B. Satu penngkatan yang meberansangkan. Syukur kepada Allah yang memberikan kejayaan kepada SK Antara Gapi. Satu peningkatan yang memberansangkan. Sekalung Tahniah....
Selamat Tinggal...sesi persekolahan 2015... 2016...pasti lebih mencabar..



Guru Besar bersama Ajk PIBG En Halim, YDP PIBG En Abi Nubli Iiram dan Pegawai dari PPD. En Abu Mansor Sateri.

Bacaan doa oleh Ustaz Syed Mahdzar.

Ucapan dari Guru Besar (En Zulhisham Bin Nasir).

Persembehan dari PRA Sekolah
Persembahan oleh murid PPKI


Anugerah tahap 1



Persembahan Choral Speaking oleh murid tahun 3,4 dan 5.



Murid tahun 6 yang mengabadikan kenangan .

Adik Nur Adilah  Bt Azhari (Tokoh Murid 2015)

Tahniah!!Barisan murid yang mendapat 5A.

Murid yang mendapat 4A 1B


Tuesday 17 November 2015

Keputusan UPSR 2015

Tahniah!!!! Keputusan Upsr 2015 telah diumumkan. Pada tahun ini SK ANTARA GAPI telah berjaya meningkatkan jumlah bilangan murid yang mendapat 5A seramai 7 orang dan 4A 1B seramai 7 orang, berbanding tahun 2014 iaitu seramai 3 orang yang mendapat 5A. Tahniah pentadbir, semua guru-guru , ibubapa tahun 6 dan semua warga kerja SKAG...

Murid yang mendapat keputusan 5A


Thursday 5 November 2015

Mesyuarat Guru ke 4 2015

Mesyuarat Guru telah diadakan di bilik mesyuarat 1 SK Antara Gapi. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh tuan Guru Besar, En Zulhisham Bin Nasir yang membincangkan isu-isu,perkara berbangkit dan perkembangan  dan pemberitahuan yang terbaru mengenai pendidikan. Mesyuarat telah dihadiri oleh hampir kesemua guru .