Saturday 26 January 2013

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2013

25JAN-Unit Ko kurikulum SKAG telah mengadakan kejohanan merentas desa peringkat sekolah untuk tahun 2013. Walaupun hujan telah turun di waktu pagi, kejohanan telah berjalan dengan lancar dan berakhir seperti yang di rancangkan. Kejohanan kali ini juga bertujuan untuk memilih beberapa orang murid untuk wakil sekolah untuk kejohanan merentas desa peringkat daerah nanti. Tahniah kepada semua murid yang telah berjaya menjadi pemenang dan tahniah juga kepada semua murid yang telah berjaya menamatkan larian kali ini. -Majulah Sukan Untuk Negara-



Sesi memanaskan badan dan senamrobik yang di bimbing oleh  Pn Rizamarhanis, Pn Siti Arfah dan Pn Nisha.

Murid-murid sedang melakukan senaman memanaskan badan.

Guru Besar En Zulhisham Bin Nasir sedang memberikan sedikit taklimat sebelum melepaskan peserta.

Murid sedang cuba menamatkan larian.


Adik Anis Sofea berjaya menjadi antara peserta perempuan terawal tiba di penamat.

Petugas di garisan penamat, Pn Aidah, Pn Azlina dan Pn Jumiyah .



Guru Besar SKAG En Zulhisham Bin Nasir menyampaikan pingat kepada pemenang .

Sunday 20 January 2013

Minuman Percuma dari Nestle

21Jan- Syarikat Nestle telah memberikan minuman MILO dan Koko Krunch percuma kepada semua murid di SKAG. Pihak SKAG mengucapkan terima kasih kepada pihak Nestle yang sudi memberikan produk minuman dan makanan percuma.
                                         
Murid sedang beratur untuk mendapatkan minuman Milo dan di awasi oleh Puan Azimah.
                                     


Murid sedang beratur untuk mendapatkan minuman

Puan Nisha sedang mengawasi murid tahun 1.

Murid sedang menikmati Koko Crunch dan minuman Milo.

Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan SKAG 2013

21 Jan-Dewan Terbuka SKAG. Pada 12.30 tengah hari, SKAG telah mengadakan Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan SKAG 2013. Majlis telah di sempurnakan oleh YB Datuk Mohd Isa Bin Abu Kassim, ADUN Batang Kali.

Ucapan ringkas oleh YB Datuk Mohd Isa Bin Abu Kassim, ADUN Batang Kali .

Guru Besar SKAG, En. Zulhisham Bin Nasir  memberikan ucapan kepada ibubapa yang hadir.

YB Datuk Mohd Isa Bin Abu Kassim menyampaikan Bantuan Khas Awal Persekolahan kepada salah seorang ibu yang hadir.

Ibubapa yang hadir sedang mendaftarkan di kaunter yang disediakan.

 Ibubapa yang hadir sedang beratur menunggu giliran.

Saturday 19 January 2013

Majlis Pemuafakatan Ibubapa & Guru Tahun 6 2013.

19 Jan- Pada pagi ini pihak SKAG telah mengadakan Majlis Pemuafakatan Ibubapa & Guru Tahun 6 sesi 2013. Majlis ini telah di anjurkan oleh Jawatankuasa Penyelaras tahun 6, Pn Jumiyah Bt Salleh. Majlis telah bermula pada 8.30 pg  dan telah berakhir 12.00 Tghari. Objektif majlis adalah untuk mengadakan satu pertemuan dan perbincangan antara pihak pentadbir SKAG, guru-guru yang mengajar tahun 6 bersama ibubapa murid tahun 6. Tahniah kepada semua ibubapa yang telah hadir dan juga terima kasih di atas sokongan anda kepada pihak sekolah. Semoga kecemerlangan akan menjadi milik kita bersama pada tahun ini.


Sesi pendaftaran ibubapa yang hadir.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis .
                                         


Bacaan doa oleh Ustaz Syed Mahdzar Bin Syed Hassan
                                             

                                              
Ucapan dari NYDP PIBG , En Daud Bin Ismail.
                                     

Ucapan dari Guru Besar SKAG, En. Zulhisham Bin Nasir.


Sebahagian ibubapa yang hadir.

Sesi pembentangan  perancangan aktiviti tahun 6  oleh Puan Jumiyah Binti Salleh


- MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI -





Friday 18 January 2013

LDP-Taklimat JSU

17/Jan- Unit Latihan SKAG telah menjalankan satu taklimat mengenai JSU. Semua guru SKAG telah hadir. Taklimat berlansung di Bilik PPSMI SKAG.Taklimat yang bermula pada 2.30 ptg telah berakhir pada 4.30 ptg. Taklimat telah disampaikan oleh En Khairulazri Bin Hamdan. 








Thursday 17 January 2013

Latihan Merentas Desa Peringkat Sekolah

16/Jan/2013- Unit Kokurikulum SKAG telah mengadakan latihan merentas desa. Latihan larian bermula dari SKAG dan melalui laluan sekitar kawasan perumahan Antara Gapi. Latihan yang bermula dari 3.00 ptg berakhir pada 5.00 ptg.
Murid SKAG yang terawal tiba di checkpoint ke-2


Murid perempuan mula tiba di checkpoint 2


En Ikram sedang mengawasi keadaan jalan utama bagi memastikan keselamatan murid

Monday 14 January 2013

Majlis Penyerahan Watikah Dan Ikrar Pengawas Sekolah, Pengawas PSS , Ketua Kelas dan Pembimbing Rakan Sebaya

Pada 14 Januari telah berlansung majlis Penyerahan Watikah Dan Ikrar Pengawas Sekolah, Pengawas PSS , Ketua Kelas dan Pembimbing Rakan Sebaya SKAG 2013. Majlis telah disempurnakan oleh Guru Besar SKAG , En. Zulhisham Bin Nasir. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang terpilih , semoga tugas dan amanat dapat dijalankan dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.

Barisan guru SKAG 

Penyerahan watikah  oleh Guru Besar SKAG En. Zulhisham Bin Nasir kepada wakil Pengawas Sekolah 2013

Penyerahan watikah  oleh Guru Besar SKAG kepada wakil Pengawas PSS 2013

Penyerahan watikah  oleh Guru Besar SKAG kepada wakil Ketua Kelas 2013 

Barisan Pengawas Sekolah,Pengawas PSS, Pembimbing Rakan Sebaya , Ketua Kelas dan  Penolong  Ketua Kelas sedang bersiap sedia untuk bacaan ikrar.

Bacaan ikrar oleh  barisan Pengawas Sekolah,Pengawas PSS, Pembimbing Rakan Sebaya , Ketua Kelas dan  Penolong  Ketua Kelas


Thursday 10 January 2013

Acara Akur Janji Murid SKAG 2013

Pada pagi 7 Januari 2013, satu acara akur janji telah berlansung sewaktu perhimpunan rasmi diadakan di dewan wawasan SKAG.  Acara ini adalah di anjurkan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling SKAG. Objektif akur janji ini adalah untuk mengingatkan dan janji semua murid kepada pihak SKAG  untuk menjaga disiplin, berusaha dan menjadi murid yang terbaik di SKAG.
Acara berlansung di dewan wawasan SKAG.


Murid melakukan upacara akujanji di depan Guru Besar dan guru-guru SKAG.

Minggu Transisi Murid Tahun 1-Senaman Aerobik Murid Tahun 1

Pada 4 Januari acara senamrobik telah dijalankan pada jam 8.00 pagi dan berlansung  selama 1 jam yang telah disertai murid tahun 1 SKAG. Acara senamrobik ini di kendalikan oleh Puan Rizamarhanis dan dibantu oleh guru dari unit Kaunseling SKAG dan juga guru yang mengajar murid tahun 1. Acara ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid tentang cara  membuat regangan sebelum bermain dan bersukan bagi memastikan keadaan jasmani dan kecergasan tubuh badan terjaga.















                                                          -Badan sihat , otak cerdas-