Saturday 19 January 2013

Majlis Pemuafakatan Ibubapa & Guru Tahun 6 2013.

19 Jan- Pada pagi ini pihak SKAG telah mengadakan Majlis Pemuafakatan Ibubapa & Guru Tahun 6 sesi 2013. Majlis ini telah di anjurkan oleh Jawatankuasa Penyelaras tahun 6, Pn Jumiyah Bt Salleh. Majlis telah bermula pada 8.30 pg  dan telah berakhir 12.00 Tghari. Objektif majlis adalah untuk mengadakan satu pertemuan dan perbincangan antara pihak pentadbir SKAG, guru-guru yang mengajar tahun 6 bersama ibubapa murid tahun 6. Tahniah kepada semua ibubapa yang telah hadir dan juga terima kasih di atas sokongan anda kepada pihak sekolah. Semoga kecemerlangan akan menjadi milik kita bersama pada tahun ini.


Sesi pendaftaran ibubapa yang hadir.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis .
                                         


Bacaan doa oleh Ustaz Syed Mahdzar Bin Syed Hassan
                                             

                                              
Ucapan dari NYDP PIBG , En Daud Bin Ismail.
                                     

Ucapan dari Guru Besar SKAG, En. Zulhisham Bin Nasir.


Sebahagian ibubapa yang hadir.

Sesi pembentangan  perancangan aktiviti tahun 6  oleh Puan Jumiyah Binti Salleh


- MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI -





No comments:

Post a Comment