Thursday 28 June 2012

Taklimat sistem pengurusan aset tidak alih


Pada petang ini satu taklimat tentang sistem pengurusan aset tidak alih telah diadakan di bilik mesyuarat utama pada pulul 2.00 petang. Ia dipengerusikan oleh Guru Besar dan disampaikan oleh ustaz Ikram. Guru-guru diberikan penerangan berkenaan output yang telah ditetapkan di dalam taklimat ini. Ini termasuk tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh guru dalam  penggunaan aplikasi mySPATA. Guru-guru juga diterangkan latar belakang kewujudan Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JPAK), fungsi, struktur pengurusannya dan kronologi yang membawa kepada pembangunan aplikasi mySPATA Pendedahan mengenai kepentingan skop dan penggunaan dokumen PiPATA dalam pengurusan aset Tak Alih kerajaan juga telah dijelaskan. Guru-guru juga diberikan pemahaman asas terhadap struktur kod dan kaitannya dengan pendaftaran aset yang diguna pakai dalam aplikasim ySPATA. Beberapa contoh penggunaan kod juga dijelaskan dalam sesi ini



.

Saturday 23 June 2012

Hari Terbuka SKAG

Pagi ini SKAG telah mengadakan hari terbuka kepada semua ibu bapa pelajar bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Hampir 90% ibu bapa hadir untuk menandatangani buku laporan pelajar dan berbincang dengan guru kelas tentang pencapaian prestasi  anak mereka. Pada tahun ini perjumpaan diadakan secara berpusat bertempat  di dewan terbuka SKAG yang turut disertai oleh tiga syarikat pembekal buku dan satu pembekal Al-Quran Pen. Kelab guru juga turut membuka gerai jualan makanan.










Ibu bapa yang datang berbincang dengan guru kelas anak masing-masing.





Diantara gerai-gerai yang turut serta

Friday 22 June 2012

Pemantauan Perlaksanaan Guru Penyayang


Pada pagi ini Pn Sarina Binti Shaari dari PPD Hulu Selangor telah datang ke SKAG untuk memantau perjalanan program Guru Penyayang. Beliau telah bersama-sama dengan guru-guru SKAG menyambut kedatangan murid pada awal pagi dan berpuas hati dengan pelaksanaan program tersebut.


Thursday 21 June 2012

Latihan Sukan Sekolah





Latihan Sukan Sekolah telah diadakan sepanjang minggu ini. Semua murid dan guru terlibat dalam persediaan menjelang sukan sekolah yang bakal diadakan pada 8hb Julai 2012.







Monday 18 June 2012

Pertandingan Fotografi oleh PKNS


Pertandingan Fotografi  PKNS kembali lagi buat kali yang ke-2. Bertemakan “Colors Of Life” yang merangkumi foto-foto seperti kawasan kemudahan, persekitaran sekeliling, seni dan reka bentuk binaan oleh 'PKNS Properties' 2012. Penyampaian hadiah akan diadakan pada 15 Julai 2012 bertempat di SK Antara Gapi Serendah.
Borang dan syarat-syarat pertandingan boleh didapati di  http://www.antaragapi.com.

Sunday 17 June 2012

Hari Terbuka SK Antara Gapi 2012

Dimaklumkan kepada semua Ibu Bapa dan Penjaga murid SKAG dari Prasekolah hingga Tahun 6 bahawa hari terbuka SKAG akan diadakan pada hari Sabtu 23 Jun 2012 jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Tuan/Puan dijemput hadir ke sekolah pada tarikh dan masa tersebut. Tuan/Puan juga boleh menyemak keputusan anak-anak tuan/puan melalui laman web rasmi http://saps.moe.gov.my atau melalui pautan dalam blog sekolah ini. Surat edaran telah pun diedarkan melalui anak-anak tuan/puan pada 15/6/2012 yang lalu.


Thursday 14 June 2012

Program Tandas Bersih 1 Malaysia


Salam 1 Malaysia, Pada hari Rabu iaitu 13 Jun 2012 sekolah telah mengadakan Program  tandas bersih sempena Pertandingan Tandas Bersih 1 Malaysia. Program ini melibatkan semua guru dan murid. Setiap kelas diberi tandas untuk dijaga dan dijadikan sebagai " Tandas Angkat" . Program ini bertepatan dengan saranan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor untuk mewujudkan tandas bersih melalui Pertandingan Tandas Bersih 1 Malaysia untuk semua sekolah menengah dan rendah peringkat Negeri Selangor 2012.







Kesedaran awal adalah penting bagi membantu warga sekolah menjadi seorang yang bertanggungjawab. Oleh itu proses pembentukan nilai dan norma kebersihan perlu disemai secara berterusan supaya ia menjadi sebati dalam jiwa setiap orang. Kejayaan program ini amat bergantung kepada komitmen semua warga yang terlibat. Program ini diharap akan menjadi amalan yang berkekalan dalam kehidupan seharian dengan penuh kesedaran dan rasa tanggungjawab dan seterusnya menyumbang kepada wawasan Negara yang berusaha membina modal insan yang cemerlang.