Tuesday 28 August 2012

Jemputan ke Program Solat Hajat Perdana

Assalammualaikum..
Kepada semua ibu bapa dan penjaga kepada pelajar tahun 6 khususnya, dijemput hadir beramai-ramai bagi menjayakan Program Solat Hajat Perdana dan Motivasi Untuk Murid-murid UPSR 2012 yang akan diadakan pada hari khamis ini jam 7.00 malam.


Friday 17 August 2012

Selamat Hari Raya


Assalamu’alaikum Wrt Wbt
Terima kasih buat semua warga SKAG, juga kepada semua pengunjung yang  dihormati kerana sentiasa berkunjung ke blog ini Pihak kami mengambil kesempatan dan ruang untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri kepada seluruh muslimin dan muslimah dimana jua berada.
 
Andai  ada salah yang tersirat,terucap dan  terlakukan
Dibulan yang penuh keampunan ini.
Mohon dimaafkan,……
Kerana sesungguhnya “Tiada manusia yang tak luput dari salah,Tiada manusia yang sempurna,dan .
sesungguhnya kesempurnaan itu hanyalah milik Allah SWT.
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1 Syawal 1433 H
Raih kemenangan dan kembali kefitrah.
Minal Aidhin Walfaidzin,Mohon Maaf Zahir dan Batin

Wednesday 15 August 2012

Majlis Khatam Al-Quran

Pada pagi ini telah diadakan satu majlis Khatam Al-Quran di surau SKAG. Majlis ini telah diketuai oleh Ustaz Samsir bin Hj Rusli, Imam 1, Masjid Al Falah Ulu Yam Baru. Seramai 30 orang murid telah mengambil bahagian. Ia turut dihadiri oleh guru-guru dan murid tahap 2.Program ini telah dirancang oleh Panitia Agama Islam.