Friday 28 February 2014

Sumbangan minuman Milo

Syarikat Nestle (Malaysia) BHD telah mengunjungi SKAG untuk memberikan minuman MILO percuma kepada murid-murid di SKAG. Sepanjang kehadiran pasukan MILO di SKAG , pelbagai aktiviti menarik telah berlansung yang di sertai oleh murid-murid SKAG yang terpilih. Terima Kasih kepada pihak MILO kerana sudi mengunjungi SKAG dan mengagihkan minuman percuma kepada murid-murid SKAG.



Saturday 22 February 2014

KEM KEPIMPINAN BERKUALITI SKAG 2014

Pada 22 Febuari 2014 telah diadakan Kem Kepimpinan Berkualiti SKAG 2014 yang dianjurkan oleh  Unit Bimbingan Dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Disiplin dan Unit Pusat Sumber Sekolah. Kem yang dijalankan ini adalah khusus untuk Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya dan Ketua serta Penolong Kelas dari tahun 1 hingga ke tahun 6. Tujuan kem kepimpinan ini diadakan ialah untuk mengasah bakat kepimpinan serta menyedarkan peserta bahawa disiplin dan kepimpinan adalah penting kepada mereka. Kem ini telah berjalan dengan lancar  dan berakhir seperti di rancang. Tahniah kepada pihak pentadbir,penganjur dan juga kepada semua guru-guru yang terlibat. 




                Ucapan Perasmian oleh Guru Besar Encik Zulhisham Bin Nasir

Bacaan Doa Oleh Ustaz Ikram Bin Ismail
Peserta Kem 

Fasilitator yang terdiri dari pihak GPMS

Peserta melakukan aktiviti 'Ice Breaking' 


               Ceramah ( Kepimpinan Cemerlang ) oleh Encik Shah Rizal


                                     Murid-murid menjalankan aktiviti

                                             Aktiviti berkumpulan


                                         Sesi Pengucapan Awam


                                 Peserta mengadakan sesi perbincangan

                                         Sesi perbentangan

                                          Latihan kawad kaki asas

                                          Sesi latihan bidang tugas

                                                    Muhasabah diri

                                                       Muhasabah diri

                                          Penyampaian sijil penyertaan

                                          Murid menyalin nota

                                              Gelagat peserta

Friday 21 February 2014

BULAN AKADEMIK DAN INOVASI 2014

Unit Kurikulum SKAG telah menganjurkan Bulan Akademik dan Inovasi sepanjang Februari 2014. Program ini telah dijayakan oleh semua Ketua Panitia SKAG. Semua Ketua Panitia ini bertanggungjawab untuk memperkenalkan panitia masing-masing kepada warga SKAG.

 1. Pelancaran Bulan Akademik dan Inovasi oleh Pn. Tn. Gemala, PK Kurikulum SKAG

2. Antara Ketua Panitia yang mempromosikan Panitia masing-masing.
Pn Norazimah- Panitia Sains

Ust Syed Mahdzar-Panitia Agama Islam

Pn Nurul Amalina-Panitia Matematik

Pn Mazura-Panitia Kajian Tempatan

En Abd Hadi Kamil-Panitia KH

Pn Norhasliza- Panitia PSK

Pn Badariah-Panitia Pendidikan Moral

En Nik Fadrizam Akimin- Panitia TMK

En Abd Hadi Kamil-Panitia RBT









Thursday 20 February 2014

Mesyuarat Panitia TMK dan RBT Kali Pertama ahun 2014 bagi Daerah Hulu Selangor

20/2 SKAG telah dipilih menjadi tuan rumah untuk Mesyuarat Panitia TMK dan RBT Kali Pertama untuk 2014  bagi Daerah Hulu Selangor. Mesyuarat telah dihadiri oleh semua guru-guru yang mengajar matapelajaran TMK dan RBT  untuk sekolah rendah bagi Daerah Hulu Selangor. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Guru Besar SKAG En Zulhisham Bin Nasir dan turut di hadiri oleh wakil dari PPD iaitu En KairulAzhar Bin Azmi (PEN. PPD TEKNIK & VOKASIONAL HULU SELANGOR).
En KairulAzhar Azmi (Wakil PPD) sedang memberikan ucapan ringkas bersama En Zulhisham Bin Nasir (Guru Besar SKAG ).
Antara guru-guru yang hadir ke mesyuarat TMK/RBT kali pertama untuk 2014.


Saturday 8 February 2014

Majlis Pemuakatan Ibu bapa Dan Guru Tahun 6 2014

8/2/2014 - Unit Kurikulum SKAG, melalui guru penyelaras tahun 6, telah menganjurkan satu majlis pemuafakatan ibu bapa dan guru tahun 6 . Majlis turut dihadiri oleh barisan pentadbir SKAG, YDP PIBG SKAG, En Radzuan Jaafar, guru penyelaras dan guru yang mengajar tahun 6 serta ibu bapa murid tahun 6. Majlis yang selain bertujuan untuk memperkenalkan barisan guru yang mengajar di tahun 6 kepada ibu bapa, ia juga turut membincangkan  mengenai aktiviti persediaan dari pihak SKAG untuk menghadapi peperiksaan UPSR untuk tahun 2014. Diharapkan majlis ini dapat memberi harapan yang baru dan kejayaan yang cemerlang pada tahun ini.
Insha Allah...

Ucapan dari Guru Besar SKAG En Zulhisham Bin Nasir

Ucapan dari YDP PIBG En Radzuan Jaafar
Pn Nor Hasliza dan Pn Azlina yang bertugas di kaunter  pendaftaran kehadiran ibu bapa.