Saturday 8 February 2014

Majlis Pemuakatan Ibu bapa Dan Guru Tahun 6 2014

8/2/2014 - Unit Kurikulum SKAG, melalui guru penyelaras tahun 6, telah menganjurkan satu majlis pemuafakatan ibu bapa dan guru tahun 6 . Majlis turut dihadiri oleh barisan pentadbir SKAG, YDP PIBG SKAG, En Radzuan Jaafar, guru penyelaras dan guru yang mengajar tahun 6 serta ibu bapa murid tahun 6. Majlis yang selain bertujuan untuk memperkenalkan barisan guru yang mengajar di tahun 6 kepada ibu bapa, ia juga turut membincangkan  mengenai aktiviti persediaan dari pihak SKAG untuk menghadapi peperiksaan UPSR untuk tahun 2014. Diharapkan majlis ini dapat memberi harapan yang baru dan kejayaan yang cemerlang pada tahun ini.
Insha Allah...

Ucapan dari Guru Besar SKAG En Zulhisham Bin Nasir

Ucapan dari YDP PIBG En Radzuan Jaafar
Pn Nor Hasliza dan Pn Azlina yang bertugas di kaunter  pendaftaran kehadiran ibu bapa.

No comments:

Post a Comment