Saturday 26 July 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Andai langkah membekas lara,
Andai kata merungkai dusta,
Andai tingkah menoreh luka,
Izinkan kami bersimpuh sila,
Menghulur tangan di bulan mulia,
Selamat Hari Raya Aidil Fitri,
Dari seluruh Warga SKAG,
Minal Aidil Wal Faizin..

Thursday 24 July 2014

SUMBANGAN DARI 7 ELEVEN

Pada hari Isnin yang lepas 21/7/2014 pihak sekolah telah menerima sumbangan dari pihak 7-Eleven cawangan Kepong. Sumbangan yang diberi adalah dalam bentuk barangan bernilai RM3000. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Encik Shuhil Nizam Bin Shukor selaku Pengurus Operasi bahagian Jualan dan Operasi.  Sumbangan ini akan diagihkan kepada murid SKAG dari keluarga miskin dan anak yatim. Pihak SKAG mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak 7 Eleven.


Monday 21 July 2014

Majlis Khatam Al-Quran Dan Penutupan Program Ihya Ramadhan

Majlis Khatam Al-Quran Dan Penutupan Program Ihya Ramadhan telah berlansung di dewan terbuka SKAG . Majlis penutup telah dirasmikan oleh Guru Besar SKAG SKAG, En Zulhisham Bin Nasir. Alhamdulillah majlis telah berjalan denga lancar dan berakhir seperti yang dirancangkan. Semoga Allah memberi kita ruang dan waktu di masa hadapan untuk meneruskan majlis kerohanian sebegini. Terima kasih jua kepada Ustaz Wan Mohd Nor Bin Ali kerana sudi menghadiri majlis ini. Hanya Allah yang akan mampu membalas segala kebaikan.
Syukran jazilan شُكْرًا جَزِيْلً  Alhamdulillah




Sumbangan Hari Raya Dari KEGAP

Kegap(Kelab Guru Dan Kakitangan SK Antara Gapi ) telah menyerahkan sumbangan berbentuk baangan keperluan untuk beberapa keluarga murid Sk Antara Gapi yang memerlukan. Sumbangan telah dilakukan oleh Pengerusi KEGAP sendiri ke rumah-rumah keluarga sebagai satu ibadah dan jariah yang ikhlas dari KEGAP . Semoga acara sebegini akan diteruskan lagi pada tahun-tahun hadapan.