Thursday 24 July 2014

SUMBANGAN DARI 7 ELEVEN

Pada hari Isnin yang lepas 21/7/2014 pihak sekolah telah menerima sumbangan dari pihak 7-Eleven cawangan Kepong. Sumbangan yang diberi adalah dalam bentuk barangan bernilai RM3000. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Encik Shuhil Nizam Bin Shukor selaku Pengurus Operasi bahagian Jualan dan Operasi.  Sumbangan ini akan diagihkan kepada murid SKAG dari keluarga miskin dan anak yatim. Pihak SKAG mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak 7 Eleven.


No comments:

Post a Comment