Monday 19 November 2012

Keputusan UPSR

Assalammualaikum.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid-murid SKAG yang telah memperolehi keputusan cemerlang dalam UPSR 2012 yang telah diumumkan hari ini. Dalam majlis ringkas penyampaian sijil keputusan UPSR pagi ini, Guru Besar En Zulhisham Nasir telah  mengucapkan tahniah dan syabas kepada  murid yang telah berjaya mendapat 5A dalam UPSR pada tahun ini. Syabas, tahniah dan terima kasih juga kepada semua guru, terutama guru-guru tahun 6 yang terlibat secara langsung dalam mengajar, membimbing anak-anak didik SKAG, tidak dilupakan kepada semua warga sekolah yang terlibat secara tidak langsung dalam mengukir keputusan yang cemerlang pada tahun ini.
Seramai 3 orang murid telah mendapat keputusan 5A
Mereka adalah Nurul Umaira Husna bt Mohd Lazri, Mohd Afiq Ikhwan bin Mohd Zaidi dan Kathiravan a/l Manikam.
Kepada mereka yang kurang berjaya, jangan putus asa, usaha lagi di peringkat yang akan datang. Keputusan yang kurang memberansangkan dalam UPSR tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya. Perjuangan baru bermula. Usaha dengan lebih gigih lagi pada peringkat yang lebih tinggi nanti. InsyaAllah.

Tuesday 13 November 2012

Tarikh Keputusan UPSR

Assalamualaikum.
Kepada semua Ibu Bapa/Penjaga murid-murid Tahun 6 dan calon-calon UPSR 2012  SKAG.
Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan akan mengeluarkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 19 November 2012.
Calon-calon boleh mendapatkan keputusan tersebut di Pejabat Sekolah selepas pukul 10.00 pagi.
Harap Maklum.


Friday 9 November 2012

Jamuan Akhir Tahun Prasekolah


Pada 8 hb November guru-guru Prasekolah telah mengadakan jamuan untuk meraikan semua murid-murid prasekolah yang berumur 5 dan 6 tahun. Sebahagian hidangan dan juadah adalah sumbangan dari para ibu bapa murid-murid tersebut. 

Thursday 8 November 2012

Jamuan Akhir Tahun Pengawas


Pada 7 November 2012 telah diadakan jamuan akhir tahun untuk Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing rakan sebaya (PRS). Jamuan tersebut diadakan di dewan besar sekolah. Jamuan tersebut diadakan untuk meraikan pengawas sekolah , pengawas pusat sumber dan pembimbing rakan sebaya tahun 6 yang akan meninggalkan sekolah tahun 2012.







Jati Diri dan Hati ke Hati

Pada 5 November 2012 sekolah telah menghantar wakil seramai 8 orang untuk mengikuti Program Pembangunan Sahsiah Diri dan Disiplin Murid yang bertajuk Jati Diri dan Hati ke Hati. Program tersebut diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 2. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah kesihatan daripada pejabat kesihatan, latihan dalam kumpulan, menjawab soal selidik dan sebagainya. Program ini dianjurkan oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor. 


 
 
 
 
 

Friday 2 November 2012

Majlis Graduasi


Pada hari ini telah berlangsung Majlis Graduasi Prasekolah dan Anugerah Kecemerlangan SK Antara Gapi bagi tahun 2012. Majlis tersebut telah di rasmikan oleh Tuan Timbalan PPD Hulu Selangor iaitu En. Jamaluddin bin Abdul Kadir. 
Majlis diserikan lagi dengan persembahan dari murid dalam suasana yang sungguh ceria.
Majlis dimulakan degan nyanyian lagu Negaraku

 
 Bacaan doa dibaca oleh Ustaz Ikram
 Ucapan dari Guru Besar
Ucapan Perasmian oleh Tuan Timbalan PPD Hulu Selangor En. Jamaluddin bin Abdul Kadir.
Persembahan dari murid-murid Prasekolah
Persembahan solo
Penyampaian hadiah oleh Tuan Timbalan dan Guru Besar

Gerai pemeriksaan kesihatan

Gerai mencanting batik
Gerai yakult