Sunday 29 April 2012

Program Susu Sekolah 1 Malaysia


Program Susu 1Malaysia (S1M).
Program ini telah dijalankan beberapa kali dalam seminggu .Semua murid yang telah diberi persetujuan oleh ibu bapa dikumpulkan selepas waktu rehat untuk diberikan susu untuk diminum dan tidak dibenarkan dibawa pulang. Tanpa surat persetujuan ibu bapa, pihak sekolah tidak akan memberi murid susu tersebut. Ini adalah untuk mengelakan dari timbul sebarang masalah jika berlaku. Berikut adalah jadual pengagihan untuk bulan April dan Mei


T. Terima           Pengagihan 1       Pengagihan 2          Pengagihan 3
09/4/2011            10/4/2012,         12/4/2012
17/4/2012            18/4/2011          20/4/2012
24/4/2012            25/4/2012          26/4/2012               27/4/2012
02/5/2012            03/5/2012          04/5/2012











Monday 23 April 2012

Kejohanan Sukan Prasekolah

Kejohanan Sukan Prasekolah SK Antara Gapi telah berlangsung pada 21 April 2012 di padang SK Antara Gapi. Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Pn Sarina bt Shaari, Penyelia Sukan PPD Hulu Selangor. Walaupun keadaan padang agak basah kerana hujan acara tetap berjalan dengan meriah dan turut disertai oleh ibu bapa, murid-murid prasekolah sekolah-sekolah jemputan dan Guru Besar SK Batang Kali sebagai tetamu jemputan. Tahniah kepada para pemenang. Terima kasih diucapkan kepada para guru dan ibu bapa yang turut membantu dalam menjayakan kejohanan ini.














Monday 16 April 2012

Minggu Program Pencegahan Dadah

Minggu Program Pencegahan Dadah 2012 SKAG diadakan pada 09 April hingga 13 April 2012.. Dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Kurikulum Puan Rohana Binti Yahya. Antara objektif program ini diaadakan adalah untuk memastikan murid-murid SK Antara Gapi mempraktikkan gaya hidup sihat, Selain itu, bertujuan untuk mendidik murid-murid tentang keburukan dadah seawal peringkat prasekolah lagi. Bukan itu sahaja, program ini juga dapat menyemai dan menanam sikap untuk membenci dan menjauhkan diri daripada dadah di samping untuk memberi alternatif program sihat tanpa dadah kepada murid-murid.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang minggu ini ialah :

i) Pameran Anti Dadah daripada AADK cawangan Hulu Selangor

ii) Ceramah Antidadah AADK cawangan Hulu Selangor

iii) Pertandingan mewarna untuk tahap 1 iaitu tahun 1,2 3 dan prasekolah

iv) Kuiz antidadah untuk tahap dua iaitu tahun 4,5 dan 6

v) Teka silangkata tahap dua iaitu tahun 4,5 dan 6

vi) Pertandingan melukis poster antidadah tahap dua iaitu tahun 4,5 dan 6

vii) Pertandingan mendeklamasikan sajak antidadah tahap dua iaitu tahun 4,5 dan 6 ( diadakan di bilik PPSMI )

viii) Kuiz disiplin dan peraturan sekolah

Minggu Anti Dadah ini telah dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat seperti ini akan terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi kesedaran untuk mencegah dan menghapuskan dadah. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada murid-murid khususnya.


Thursday 12 April 2012

Majlis Pelancaran Guru Penyayang

 Majlis  Pelancaran Program Guru Penyayang telah dijalankan pada hari Isnin 02 April di dewan sekolah dan telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SKAG En Zulhisham Nasir  Objektif Guru Penyayang ialah menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru, Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah, Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah dan menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.

Program Guru Penyayang ini  hendaklah berterusan serta merupakan budaya guru. Ia akan dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek dan jangka panjang secara berfasa. Bagi fasa pertama pelaksanaannya, guru-guru hendaklah melaksanakan tiga aktiviti berikut;
1.      Mengalu-alukan kehadiran murid
2.      Pelaksanaan Program Mentor Mentee
3.      Memberi penghargaan kepada murid






Wednesday 11 April 2012

Peringatan Mesra Pendaftaran Murid Tahun 1 2013/2014

Permohonan kemasukan Murid Thn1 telah dibuka kepada orang ramai mulai 1 mac 2012 hingga 30 April 2012 melalui pautan http://apps.moe.gov.my/esppsel/. Selepas tarikh tersebut, permohonan akan ditandakan sebagai permohonan lewat.

Oleh itu ibu bapa yang mempunyai anak yang lahir pada tarikh yang dinyatakan dibawah boleh membuat pendaftaran melalui Aplikasi Atas Talian (eSPPSel).

Ibu bapa/ penjaga boleh melakukannya sendiri melalui mana-mana komputer yang ada capaian internet atau mendapatkan bantuan daripada pihak sekolah jika tiada kemudahan tersebut.


Permohonan kanak-kanak (warganegara Malaysia sahaja) kemasukan ke tahun 1 untuk sesi persekolahan 2013 & 2014 sahaja. Tarikh kelahiran:
•02.01.2006 hingga 01.01.2007 (untuk sesi persekolahan 2013)
•02.01.2007 hingga 01.01.2008 (untuk sesi persekolahan 2014)

Thursday 5 April 2012

AKTIVITI LINUS

UJIAN SARINGAN KHAS TAHUN 3 KOHORT 1 TELAH DIJALANKAN PADA 2HB APRIL 2012. LITERASI JAM 11-11.30 PAGI DAN NUMERASI PADA JAM 11.45-12.15. UJIAN BERTULIS BAGI TAHUN 1 DAN 2 SEDANG BERLANSUNG BERMULA 2HB APRIL SEHINGGA 6HB APRIL 2012.