Monday 16 April 2012

Minggu Program Pencegahan Dadah

Minggu Program Pencegahan Dadah 2012 SKAG diadakan pada 09 April hingga 13 April 2012.. Dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Kurikulum Puan Rohana Binti Yahya. Antara objektif program ini diaadakan adalah untuk memastikan murid-murid SK Antara Gapi mempraktikkan gaya hidup sihat, Selain itu, bertujuan untuk mendidik murid-murid tentang keburukan dadah seawal peringkat prasekolah lagi. Bukan itu sahaja, program ini juga dapat menyemai dan menanam sikap untuk membenci dan menjauhkan diri daripada dadah di samping untuk memberi alternatif program sihat tanpa dadah kepada murid-murid.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang minggu ini ialah :

i) Pameran Anti Dadah daripada AADK cawangan Hulu Selangor

ii) Ceramah Antidadah AADK cawangan Hulu Selangor

iii) Pertandingan mewarna untuk tahap 1 iaitu tahun 1,2 3 dan prasekolah

iv) Kuiz antidadah untuk tahap dua iaitu tahun 4,5 dan 6

v) Teka silangkata tahap dua iaitu tahun 4,5 dan 6

vi) Pertandingan melukis poster antidadah tahap dua iaitu tahun 4,5 dan 6

vii) Pertandingan mendeklamasikan sajak antidadah tahap dua iaitu tahun 4,5 dan 6 ( diadakan di bilik PPSMI )

viii) Kuiz disiplin dan peraturan sekolah

Minggu Anti Dadah ini telah dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat seperti ini akan terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi kesedaran untuk mencegah dan menghapuskan dadah. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada murid-murid khususnya.


No comments:

Post a Comment