Wednesday 11 December 2013

TAKLIMAT IBU BAPA/PENJAGA & SUAIKENAL MURID TAHUN 1 SESI 2014

Tarikh       :      28 DISEMBER 2013

Hari           :       SABTU

Masa         :       8.30 PAGI (PENDAFTARAN)

Tempat      :       a.  TAKLIMAT IBU BAPA / PENJAGA (DEWAN TERBUKA)

                           b.  AKTIVITI SUAIKENAL MURID TAHUN 1 (DEWAN BESAR)

Saturday 16 November 2013

Taklimat Sarana Ibu bapa, Sarana Sekolah 2014 Dan Taklimat Ibu bapa Pra Sekolah

Pihak SKAG telah mengadakan satu taklimat sarana ibu bapa yang bertempat di dewan besar SKAG. Taklimat ini adalah bertunuan untuk memberi pendedahan dan pencerahan kepada ibu bapa yang hadir mengenai program sarana ibu bapa yang telah diwujudkan oleh pihak kementerian dimana program sarana ibu bapa dan sarana sekolah merupakan satu program dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 yang dgerakkan untuk memastikan Falsafah Pendidikan Negara - Melahirkan individu yang holistik dapat dijayakan dengan efektif. Ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah hadir dan memberi kerjasama dan sokongan kepada pihak SKAG.

Di samping itu, pada hari yang sama, satu sesi taklimat diberikan kepada ibu bapa murid prasekolah SKAG 2014. Taklimat  ini juga adalah untk memberi pendedahan dan pencerahan kepada ibu bapa murid prasekolah yang akan menghadiri sesi persekolahan untuk tahun 2014.

Ucapan oleh Guru Besar SKAG,En Zulhisham Bin Nasir. Turut hadir YDP PIBG En Radzuan, NYDP En Zaid dan juga Pn Azimah selaku wakil sarana sekolah SKAG.
Ibubapa yang hadir ke taklimat.



Thursday 14 November 2013

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SKAG 2013

14/11/13 SKAG telah mengadakan satu Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SKAG 2013 . Program yang telah berlansung seawal 8.00 pg sehingga 12.30 tengahari bertujuan untuk menyampaikan anugerah-anugerah kecermelangan kepada murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan ko kurikulum. Majlis juga di sertakan dengan acara pengumuman keputusan UPSR 2013.Pada kali ini, seramai 3 orang murid telah mendapat 5A dan 7 orang murid mendapat 4A 1B. Tahniah kepada semua murid yang berjaya dan cemerlang.
Bacaan Doa oleh En Ikram Ismail.

Ibubapa yang hadir 
Ucapan dari Guru Besar SKAG En Zulhisham Bin Nasir

Persembahan tarian oleh murid Pra Sekolah 

Majlis Graduasi Prasekolah
Persembahan nyanyian oleh adik Sara Khaleeda murid dari tahun 3


'Choral Speaking'  oleh murid tahun 3 Pintar

Penyampaian Anugerah kepada murid.

Nur Irdina Bt Roslan telah menerima anugerah tokoh murid untuk tahun 2013.

Nur Irdina bersama ibu dan bapanya, Pn Ruzina dan En Roslan. 

Wednesday 13 November 2013

Augerah Kualiti Pendidikan Islam - Pengurusan Panitia Pendidikan Islam Terbaik (Sekolah Rendah ).

Tahiah di ucapkan kepada Panitia Pendidikan Islam SKAG kerana telah menerima satu anugerah dari Jabatan Pendidikan Selangor yang amat bermakna sekali. Pihak Panitia Pendidikan Islam SKAG telah menerima Augerah Kualiti Pendidikan Islam - Pengurusan Panitia Pendidikan Islam Terbaik (Sekolah Rendah ). Tahniah!Tahniah!Tahniah!

Makluman Program Karnival Pusat Sumber Sekolah Dengan Kerjasama Pibg Sk Antara Gapi Tahun 2013

Kepada Ibu bapa/ Penjaga Murid
Sekolah Kebangsaan Antara Gapi

 Makluman Program Karnival Pusat Sumber Sekolah Dengan Kerjasama Pibg Sk Antara Gapi Tahun 2013

Dengan segala hormatnya tuan puan Ibu bapa/ Penjaga Murid Sekolah Kebangsaan Antara Gapi adalah di jemput untuk menghadiri Program Karnival Pusat Sumber Sekolah Dengan Kerjasama Pibg Sk Antara Gapi Tahun 2013 pada ketetapan berikut

Tarikh : 16 November 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 pg hingga 1.00 petang
Tempat: Sk Antara Gapi

Datanglah beramai-ramai untuk menyokong dan memeriahkan lagi program kali ini.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti Jualan Karnival PSS
* wakaf buku,pertandingan mewarna,pameran,permainan belon istana,bot belon dan banyak lagi.


Saturday 9 November 2013

Seminar Integriti

Pada  9/11/13 SKAG telah menjadi tuan rumah untuk Seminar Integriti Warga Pendidik Daerah Hulu Selangor yang juga telah dihadiri oleh lima buah sekolah lain yang berdekatan .Seminar adalah bertujuan pendedahan mengenai Integriti di kalangan guru-guru di Hulu Selangor.

Wednesday 30 October 2013

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SKAG 2013

Pada 29 Oktober 2013 telah diadakan Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat Sekolah Kebangsaan Antara Gapi. Pada hari tersebut murid-murid diraikan dengan kehadiran Chicky dan kawan kawan daripada KFC. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya pertandingan mewarna, mencipta kad ucapan, permainan dan sebagainya. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak KFC di atas kesudian hadir ke sekolah untuk meraikan murid-murid sempena Hari Kanak-kanak. 

                          Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah

                             Aktiviti bersama Chicky dan kawan - kawan

           Murid-murid prasekolah sedang menjalankan aktiviti mewarna.


             Pertandingan membuat kad ucapan Hari Kanak-kanak

                                          Pertandingan membuat kolaj

                                           Pertadingan mewarna

                                          Agihan KFC kepada murid-murid

                                      Murid-murid menjamu selera dengan KFC

                                             Aktiviti permainan 1

                                              Aktiviti permainan 2

Murid-murid berasa seronok dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Aturcara program diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah bagi pemenang yang menang dalam pertandingan yang dijalankan.

Saturday 26 October 2013

LAWATAN ILMIAH KE PULAU LANGKAWI 2013

Pada 25 hingga 28 Oktober 2013 telah diadakan Lawatan Ilmiah ke Pulau Langkawi. Seramai 34 orang murid dan 3 orang guru pengiring telah menyertai lawatan tersebut. Program lawatan ini adalah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SKAG.  Para peserta telah berkumpul di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad ( KTMB) Rawang seawal jam 9.00 malam. Para peserta diberi taklimat oleh penyelaras program berkaitan dengan perjalanan dan peraturan semasa lawatan. Pihak kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Dipertua PIBG iaitu Encik Radzuan yang turut sama berada di Stesen KTMB Rawang untuk melihat dan membantu para peserta yang akan bertolak ke Langkawi. Para peserta bertolak pada pukul 10.30 malam dan tiba di Pulau Langkawi pada pukul 10.00 pagi. Para peserta juga telah menginap di Hotel Sri Lagenda Kuah Langkawi.


                        Para peserta bersiap sedia menaiki keretapi KTMB

                                          Para peserta di dalan keretapi

                  Gelagat peserta di dalam Feri menuju ke Pulau langkawi

             Wajah ceria peserta lawatan setelah sampai di Jeti Pulau Langkawi

Hari pertama lawatan

Destinasi perta ialah para peserta ke Royal International Regatta 2014 untuk menyaksikan kapal-kapal layar dan kapal-kapal mewah yang berlabuh di perairan Pulau Langkawi.

                                         Di atas kapal mewah "Freedom"


                                         Di Royal Internatinal Regatta 2014

Destinasi kedua ialah peserta ke Makam Mahsuri. Di Makam Mahsuri, selain dapat melihat sendiri Makam Mahsuri, peserta juga dapat melihat telaga Mahsuri dan membasuh muka di telaga tersebut. Di samping itu juga dapat melihat rumah Mahsuri dan melihat pameran yang menceritakan sejarah silam Mahsuri.


                                          Para peserta di Makam Mahsuri

                                           Para peserta di telaga Mahsuri

                                             Rumah tradisional Mahsuri

Para peserta melihat pameran sejarah silam Mahsuri


Destinasi ketiga ialah ke Beras Terbakar. Para peserta dapat melihat lokasi sejarah beras terbakar di Padang Matsirat.

                                        Selamat Datang ke Beras Terbakar

 Para peserta membaca sejarah beras terbakar dan melihat beras terbakar

                 Bergambar kenangan di lokasi beras terbakar yang ditanam

Destinasi keempat ialah ke Underwater World. Para peserta dapat melihat dunia hidupan laut dan darat. Seolah-olah berada di dalam sebuah akuarium. 

Guru pengiring iaitu Encik Mohd Rosli sedang memberi sticker masuk kepada para peserta.

                              Murid melihat hidupan di Underwater World

                                           Gelagat murid melihat hidupan

                                          Wah... cantiknya ikan...

                                           Murid melihat gelagat penguin.

                                                  Gelagat murid.


Hari Kedua

Destinasi pertama ialah ke Cable Car. Murid dapat merasai pengalaman menaiki Cable Car menuju ke puncak gunung Mat Cinchang. 

                                 Menunggu giliran menaiki gondola.

                          Murid menaiki kereta kabel atau gondola.


                                         Gelagat murid di dalam gondola.

                         Gelagat peserta di atas puncak gunung Mat Chingcang

Peserta lawatan bergambar kenangan di atas puncak gunung Mat Chingcang

                                         Bergambar kenangan di Cable Car

Destinasi kedua pula ialah ke Kilang Memproses Gamat. Di tempat tersebut murid dapat melihat cara-cara dan proses membuat gamat dan membeli belah gamat asli.

           Peserta mendengar taklimat daripada pemilik kilang gamat.

                          Peserta merasa gamat asli yang dimasak.
'
Destinasi ketiga ialah ke Dataran Lang . Terdapat sebuiah replika burung helang yang melambangkan Pulau Langkawi.

                      Bergambar kenangan di replika burung helang.

                                          Maklumat replika burung helang.

             Replika burung helang yang menjadi lambang Pulau Langkawi.

                         Gelagat peserta di replika burung helang.

Peserta bergambar kenangan di peta Pulau Langkawi yang terdapat di Dataran Lang

Kenangan di Pulau Langkawi ( antara sedutan video gelagat peserta lawatan yang sempat dirakamkan)



Para peserta lawatan menyatakan rasa seronok sepanjang lawatan tersebut dan ingin mengikuti semula pada masa akan datang. Sesungguhnya banyak ilmu dan pengalaman baru diperolehi oleh para peserta sepanjang mengikuti lawatan ini.