Sunday 24 February 2013

Mesyuarat Agung PIBG SKAG kali ke 9 2013

23/2/2013.SKAG telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 9 untuk tahun 2013. Majlis telah bermula  pada 8.30 pg dan berakhir pada 12.00 tengahari. Majlis yang dirasmikan oleh YB Datuk Mohd Isa Bin Abu Kassim (Adun Batang Kali) telah dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Ikram Bin Ismail, kemudian diteruskan dengan ucapan ringkas dari YDP PIBG 2012,Ustaz Kamaruzzaman Bin  Judi , ucapan dari Puan Tuan Gemala Binti Tuan Muda  mewakili pihak pentadbir SKAG dan ucapan perasmian oleh YB Datuk Mohd Isa Bin Abu Kassim (Adun Batang Kali). Walaupun kehadiran ibubapa pada tahun ini berkurangan dari tahun lepas, namun majlis telah berjalan dengan baik. Majlis diteruskan lagi dengan pembubaran AJK PIBG 2012 dan perlantikan AJK PIBG 2013 yang baru. Tahniah kepada ahli AJK PIBG 2013 yang baru dilantik. Di harapkan, PIBG akan terus cemerlang pada sesi kali ini. Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada YB Datuk Mohd Isa Bin Abu Kassim (Adun Batang Kali)  kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri dan merasmikan Mesyuarat PIBG Kali-9 (2013) dan juga ibu bapa yang turut hadir dan memberikan kerjasama pada mesyuarat kali ini. Terima Kasih. Terima Kasih.  Terima Kasih.        
Sesi pendaftaran ibubapa.

Dari kiri En Khairul Anuar Nordin, (PK KO SKAG),  Ustaz Kamaruzzaman Bin  Judi (YDP PIBG 2012)YB Datuk Mohd Isa Bin Abu Kassim (Adun Batang Kali) dan Puan Tuan Gemala Binti Tuan Muda (PK 1 SKAG) .

Bacaan doa oleh Ustaz Ikram Bin Ismail.

Ucapan ringkas dari Ustaz Kamaruzzaman Bin Judi YDP PIBG 2012.

Pn Tuan Gemala Binti Tuan Muda menyampaikan ucapan ringkas.

YB Datuk Mohd Isa Bin Abu Kassim memberikan ucapan seterusnya merasmikan  Mesyuarat Agung  PIBG  2013.

YB Datuk Mohd Isa Bin Mohd Kassim menyampaikan  sumbangan kepada pelajar cemerlang UPSR 2012. 
Barisan AJK PIBG 2013 yang baru dilantik.

Kaum ibu yang berdiri untuk menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku.

Wednesday 13 February 2013

Program Transfomasi Diri SKAG 2013

 Pada 7&8 Feb yang lalu, Unit Bimbingan & Kaunseling SKAG telah menjalankan satu program motivasi kepada murid-murid SKAG yang dinamakan 'Program Transfomasi Diri'. Objektif program ini adalah untuk membantu meningkatkan motivasi murid agar berubah ke arah yang lebih positif dan meningkatkan kecemerlangan akademik juga sahsiah murid. Pelbagai aktiviti telah djalankan seperti senamrobik, ceramah motivasi dan aktiviti berkumpulan.




Guru Besar SKAG, En Zulhisham Bin Nasir sedang menyampaikan ceramah kepada murid tahap 2.


EN. Khairulazri bersama murid tahun 5.

Acara senamrobik 

Aktiviti berkumpulan

Ustaz Ikram bersama murid tahun 6.

Monday 4 February 2013

Majlis Pembugaran Nilam SKAG 2013.

4/2/2013-Unit PSS SKAG telah melancarkan Majlis Pembugaran PSS 2013. Majlis telah berlansung di dewan wawasan SKAG sewaktu perhimpunan rasmi dijalankan. Majlis telah dilancarkan oleh Guru Besar SKAG, En. Zulhisham Bin Nasir. Acara paluan gong dilakukan sebagai tanda simbolik pelancaran majlis tersebut. Penyerahan kamus kepada setiap guru kelas juga di jalankan sebagai simbolik kepada budaya membaca di SKAG. Majlis telah diakhiri dengan persembahan nyanyian  oleh murid.
Gong untuk simbolik pelancaran majlis pembugaran nilam 2013.
Guru Besar SKAG, En. Zulhisham Bin Nasir memberikan memberi ucapan ringkas .


Guru Besar SKAG En. Zulhisham Bin Nasir melakukan paluan gong sebagai simbolik melancarkan Program Pembugaran Nilam  2013.


Penyerahan kamus kepada En Moazim wakil untuk kelas tahun 2.

Pn Norhasliza menerima sumbangan kamus  untuk Tahun  6.

En Khairul Azri menerima sumbangan kamus untuk murid tahun 5.

Murid sedang bersedia untuk mempersembahkan nyanyian bagi menutup majlis pelancaran Pembugaran Nilam 2013.

Sunday 3 February 2013

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434 HIJRAH / 2013

1/2/2013-Panitia Agama Islam SKAG telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat  sekolah untuk tahun 2013. Majlis telah dimulakan dengan bacaan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Majlis diteruskan dengan perarakan guru dan murid sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Majlis diteruskan dengan ceramah yang diberikan oleh penceramah jemputan iaitu  Ustaz Nordin Bin Jaafar . Murid telah disediakan makanan percuma iaitu roti dan air mineral yang disumbangkan oleh Panitia Agama Islam SKAG. Alhamdulillah, majlis telah berjalan dengan lancar. Semoga majlis dilimpahkan segala keberkatan dari Nya dan memberi sebanyak mungkin manfaat kepada murid untuk lebih mengingati dan mencintai Nabi Muhammad S.A.W.  

                                                                         
Bersiap sedia untuk membawa kain rentang dan bunga manggar mengiringi perarakan.

Murid bersedia untuk berarak sekitar kawasan sekolah.

Murid sedang bersedia dalam barisan. 

                                   
Perarakan bermula di depan dataran terbuka SKAG.
                                     

Ustaz Syed Mahdzar memulakan majlis dengan bacaan doa dan ceramah ringkas .
                                       

Penceramah jemputan, Ustaz Nordin Bin Jaafar sedang memberikan ceramah kepada murid SKAG.


Murid sedang tekun mendengar ceramah di dalam Dewan Wawasan SKAG.
                                "WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"