Sunday 3 February 2013

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434 HIJRAH / 2013

1/2/2013-Panitia Agama Islam SKAG telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat  sekolah untuk tahun 2013. Majlis telah dimulakan dengan bacaan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Majlis diteruskan dengan perarakan guru dan murid sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Majlis diteruskan dengan ceramah yang diberikan oleh penceramah jemputan iaitu  Ustaz Nordin Bin Jaafar . Murid telah disediakan makanan percuma iaitu roti dan air mineral yang disumbangkan oleh Panitia Agama Islam SKAG. Alhamdulillah, majlis telah berjalan dengan lancar. Semoga majlis dilimpahkan segala keberkatan dari Nya dan memberi sebanyak mungkin manfaat kepada murid untuk lebih mengingati dan mencintai Nabi Muhammad S.A.W.  

                                                                         
Bersiap sedia untuk membawa kain rentang dan bunga manggar mengiringi perarakan.

Murid bersedia untuk berarak sekitar kawasan sekolah.

Murid sedang bersedia dalam barisan. 

                                   
Perarakan bermula di depan dataran terbuka SKAG.
                                     

Ustaz Syed Mahdzar memulakan majlis dengan bacaan doa dan ceramah ringkas .
                                       

Penceramah jemputan, Ustaz Nordin Bin Jaafar sedang memberikan ceramah kepada murid SKAG.


Murid sedang tekun mendengar ceramah di dalam Dewan Wawasan SKAG.
                                "WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"
                            

No comments:

Post a Comment