Sunday 24 February 2013

Mesyuarat Agung PIBG SKAG kali ke 9 2013

23/2/2013.SKAG telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 9 untuk tahun 2013. Majlis telah bermula  pada 8.30 pg dan berakhir pada 12.00 tengahari. Majlis yang dirasmikan oleh YB Datuk Mohd Isa Bin Abu Kassim (Adun Batang Kali) telah dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Ikram Bin Ismail, kemudian diteruskan dengan ucapan ringkas dari YDP PIBG 2012,Ustaz Kamaruzzaman Bin  Judi , ucapan dari Puan Tuan Gemala Binti Tuan Muda  mewakili pihak pentadbir SKAG dan ucapan perasmian oleh YB Datuk Mohd Isa Bin Abu Kassim (Adun Batang Kali). Walaupun kehadiran ibubapa pada tahun ini berkurangan dari tahun lepas, namun majlis telah berjalan dengan baik. Majlis diteruskan lagi dengan pembubaran AJK PIBG 2012 dan perlantikan AJK PIBG 2013 yang baru. Tahniah kepada ahli AJK PIBG 2013 yang baru dilantik. Di harapkan, PIBG akan terus cemerlang pada sesi kali ini. Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada YB Datuk Mohd Isa Bin Abu Kassim (Adun Batang Kali)  kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri dan merasmikan Mesyuarat PIBG Kali-9 (2013) dan juga ibu bapa yang turut hadir dan memberikan kerjasama pada mesyuarat kali ini. Terima Kasih. Terima Kasih.  Terima Kasih.        
Sesi pendaftaran ibubapa.

Dari kiri En Khairul Anuar Nordin, (PK KO SKAG),  Ustaz Kamaruzzaman Bin  Judi (YDP PIBG 2012)YB Datuk Mohd Isa Bin Abu Kassim (Adun Batang Kali) dan Puan Tuan Gemala Binti Tuan Muda (PK 1 SKAG) .

Bacaan doa oleh Ustaz Ikram Bin Ismail.

Ucapan ringkas dari Ustaz Kamaruzzaman Bin Judi YDP PIBG 2012.

Pn Tuan Gemala Binti Tuan Muda menyampaikan ucapan ringkas.

YB Datuk Mohd Isa Bin Abu Kassim memberikan ucapan seterusnya merasmikan  Mesyuarat Agung  PIBG  2013.

YB Datuk Mohd Isa Bin Mohd Kassim menyampaikan  sumbangan kepada pelajar cemerlang UPSR 2012. 
Barisan AJK PIBG 2013 yang baru dilantik.

Kaum ibu yang berdiri untuk menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku.

No comments:

Post a Comment