Thursday 31 May 2012

Bengkel teknik menjawab soalan hari ke 3

Hari ini 30 hb Mei merupakan hari ke 3 murid-murid tahun 6 berbengkel. Hari ini adalah untuk matapelajaran matematik. Penceramah jemputan adalah En Hassan bin Basri dari PPD Hulu Selangor.






Tuesday 29 May 2012

Bengkel teknik menjawab soalan hari ke 2

Hari ini merupakan hari ke dua bagi murid-murid tahun 6 berbengkel. Pagi ini adalah untuk mata pelajaran sains. Penceramah yang dijemput adalah Cikgu Hanip Bin Idris dari SK Bandar Sungai Buaya.

Monday 28 May 2012

Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR

Pada pagi ini bengkel teknik menjawab soalan untuk Bahasa Malaysia telah dijalankan.Penceramah jemputan yang menyampaikan ceramah adalah cikgu Abdul Rahman bin Abdullah dari SK Gedangsa. Semua murid Tahun 6 menyertai bengkel ini. Makanan dan minuman juga disediakan oleh pihak sekolah.






Sunday 27 May 2012

Selamat Bercuti


Selamat bercuti diucapkan  kepada semua murid dan guru sempena cuti penggal pertama yang bermula pada 26/5/12 hingga 10/6/12. Kepada semua murid  manfaatkan waktu cuti persekolahan dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah. Buatlah ulangkaji pelajaran dan siapkanlah segala kerja rumah yang telah dibekalkan oleh guru.

Kepada pelajar tahun 6, Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR akan dijalankan mulai hari Isnin 28/5/12 hingga Khamis 31/5/12 . Sila rujuk surat pemberitahuan yang telah diedarkan. 


HARI & TARIKH
8.30 PG-10.00 PG
10.00 PG-10.30 PG
10.30PG-12.00PG
Isnin
28/05/2012
Bahasa Malaysia Kertas 1
Rehat
Bahasa Malaysia Kertas 2
Selasa
29/05/2012
Sains Bahagian A
Rehat
Sains Bahagian B
Rabu
30/05/2012
Matematik Kertas 1
Rehat
Matematik Kertas B
Khamis
31/05/2012
Bahasa Inggeris Kertas 1
Rehat
Bahasa Inggeris Kertas 2

Wednesday 23 May 2012

Lawatan Ziarah Kasih Sempena Hari Guru oleh PPD Hulu Selangor


Pada hari ini satu rombongan dari PPDHS yang diketuai oleh Timbalan PPD Tuan Jamaluddin Abdul Kadir telah datang ke SKAG untuk menziarahi salah seorang guru sekolah ini iaitu Tn Hj Samsuddin yang telah  “Pool” iaitu jawatan dalam kumpulan  kerana sakit dan tidak boleh melihat lagi. Pegawai-pegawai lain yang turut serta ialah Tuan Hj Ruslan Che Mee , Tuan Hj Mohd Zawawi dan Pn Hjh Hamidah Bt Abdul Samad. Mereka sempat berbual mesra dan menyampaikan sedikit cenderahati kepada Tn Hj Samsudin.
 Berbual mesra dan bertanya khabar
 Tuan Timbalan PPD menyampaikan cenderahati kepada Tn Hj Samsuddin

 

Tuesday 22 May 2012

Ceramah Motivasi


Pada pagi ini satu ceramah motivasi telah di adakan di  dewan terbuka SKAG. Sasaran program tersebut adalah kepada murid-murid tahun 5 dan 6. Program tersebut telah uruskan oleh unit bimbingan dan kaunseling dan dianjurkan oleh Dr Shahabuddin Al Ustaz Mun dari Pusat Motivasi Elit, Kelang.  Di antara pengisian ceramah tersebut adalah rahsia bagaimana menjadi pelajar cemerlang. 





Thursday 17 May 2012

Majlis Jamuan SKAG Sempena Hari Guru


Majlis jamuan minum petang sempena Hari Guru telah diadakan di Awana Golf & Resort,Genting Highland . Majlis tersebut telah di anjurkan oleh Kelab Guru Dan Kakitangan SKAG (KEGAP) bermula pada pukul 3.00 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang.
Di majlis tersebut pelbagai aktiviti dijalankan termasuklah meraikan sambutan harijadi dan bertukar-tukar hadiah. Tahniah kepada jawatankuasa pelaksana dan semua guru kerana telah berjaya melaksanakan program walaupun sibuk dengan tugas-tugas hakiki. Terima kasih cikgu...

Wednesday 16 May 2012

Sambutan Hari Guru 2012


Hari Guru peringkat sekolah telah dilaksanakan serentak dengan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan iaitu pada hari ini 16 Mei 2012. Acara dijalankan didewan besar SKAG dengan dimulakan dengan bacaan perutusan sempena hari Guru dan pelancaran sambutan Hari Guru oleh Guru Besar SKAG. Seterusnya Bacaan surah Yasin Perdana diadakan. Pihak pengusaha kantin telah bermurah hati menaja makanan pada hari ini. Sebanyak tiga biji kek telah disumbang oleh beberapa pihak sebagai menghargai jasa guru.
Selepas waktu rehat, persembahan guru dan murid pula diadakan didewan terbuka diselang seli dengan penyampaian hadiah. Acara berlangsung dalam suasana yang meriah. Selamat menyambut hari guru cikgu..Terima kasih cikgu..

 
 Murid-murid menonton perutusan hari guru secara langsung
 Acara pakaian beragam






 Guru-guru menjamu selera makanan yang ditaja oleh pengusaha kantin