Sunday 29 September 2013

Pemberitahuan:Sesi Persekolahan 30/9/2013

Esok 30/9/2013..Pemberitahuan: Kepada semua ibubapa..sesi persekolahan di SKAG berjalan seperti biasa...terima kasih.

Monday 9 September 2013

Sumbangan Dari 7 Eleven



Pada hari jumaat yang lepas pihak sekolah telah menerima sumbangan dari pihak 7-Eleven cawangan Kepong. Sumbangan yang diberi adalah dalam bentuk barangan dan hamper. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Encik Shuhil Nizam Bin Shukor selaku Pengurus Operasi bahagian Jualan dan Operasi. Pihak SKAG mengucapkan jutaan terima kasih daun keladi kepada pihak 7 Eleven.


Friday 6 September 2013

Majlis Restu Ilmu

Satu majlis restu ilmu diadakan pada pagi Jumaat yang mulia ini.Majlis ini telah berlansung pada seawal jam 7.20 pagi. Majlis restu ilmu adalah majlis bagi murid tahun 6 memohon restu ke atas ilmu yang telah guru curahkan kepada semua murid tahun 6 dan juga untuk memohon maaf dari semua guru-guru yang bertugas di SKAG di atas segala salah dan silap. Semoga majlis restu ilmu ini  memberikan lagi ketenangan hati dan semangat kepada murid tahun 6 untuk menghadapi UPSR tahun ini. Amin
Bacaan Doa oleh Ustaz Syed Mahdzar membuka majlis restu ilmu.

Ucapan dari Guru Besar SKAG 

Murid tahun 6 sedang memohon restu dan maaf dari guru SKAG

Murid tahun 6 dan guru sedang bersalaman dan bermaafan

Thursday 5 September 2013

Solat Hajat Perdana SKAG 2013

Satu majlis solat hajat perdana telah diadakan oleh pihak SKAG Khamis pada 5/12/2103. Solat hajat telah diadakan bagi memohon daripadaNya agar segala urusan dan persediaan murid-murid tahun 6 bagi menghadapi peperiksaan UPSR 2013 tahun ini dipermudahkan. Solat hajat perdana dihadiri oleh guru-guru SKAG dan juga ibubapa murid tahun 6.Selain dari solat hajat, bacaan Surah Yassin serta tazkirah (motivasi kepada murid tahun 6)  dilakukan.  Semoga tahun ini segala usaha ikhlas guru-guru dan doa ibubapa,serta usaha murid tahun 6 akan di makbulkan olehNYA dan di bekati olehNYA. Selamat berjaya kepada semua calon. InsyaAllah.
Bacaan Yassin oleh ibubapa,murid dan juga guru.

Sebahagian bapa yang sedang membaca surah Yassin.

Para ibu juga turut membacakan Surah Yassin.

Wednesday 4 September 2013

Promosi dari KFC



Pada pagi ini pihak KFC dari Wisma KFC, Kuala Lumpur telah hadir ke SKAG seawal 7.15 pagi untuk membuat promosi sempena sambutan Hari Kanak-Kanak yang bakal diadakan pada bulan hadapan. Kumpulan itu yang diketuai oleh Pn Nazwin Azman selaku jurulatih acara kanak-kanak, telah membuat demonstrasi berupa tarian chiken dance dan kuiz.. Demonstrasi yang mengambil masa hampir 20 minit itu amat menguja murid-murid dengan kehadiran maskot Chicky. Demonstrasi tersebut berakhir pada pukul 7.45 pagi.